Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Saturday, May 6, 2017

Kajian dan pelan terperinci: Itu sebab 66 tahun tak pernah menang bersendirian agaknya!

Rekodnya: Terengganu tak sampai sepenggal (2 tahun 4 bulan 10 hari) ketika Mohd Daud Samad jadi MB dan Kelantan di bawah Dato' Asri Haji Muda

Persoalannya yang membuat keputusan itu 'We' or 'He'?

Tahaluf siyasi: Pas ada pelan alternatif apabila buat keputusan politik- Takiyuddin
Rahimah Abdullah, Astro Awani |  Diterbitkan pada Mei 06, 2017 14:52 MYT
Menurut Takiyuddin, Pas mempunyai Pusat Kajian tersendiri dalam memastikan apa sahaja keputusan dibuat berdasarkan kajian dan pelan yang terperinci. - Foto Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Pas mempunyai pelan alternatif apabila membuat sebarang keputusan politik termasuk keputusan memutuskan kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan PKR, ujar Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan. 

Tegasnya, sesiapa sahaja boleh membuat andaian berhubung keputusan Pas termasuk penganalisis politik yang ada pada hari ini.

"Itu andaian. Siapa-siapa pun boleh buat analisa tetapi kami tahu apa yang kami sedang buat. Kita memahami dan mengkaji. Kita ada pelbagai pelan-pelan atau alternatif plan apabila kita mengambil sesuatu tindakan dalam politik.

"We are not simply decide satu-satu keputusan itu. Namun ia telah diambil kira dan kita telah teliti. Kita ada pelan, kita parti politik yang sudah 66 tahun," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat AJK Pusat Pas di ibu pejabat parti itu di sini hari ini.

Malah, Pas mempunyai Pusat Kajian tersendiri dalam memastikan apa sahaja keputusan dibuat berdasarkan kajian dan pelan yang terperinci.

"Kita ada Pusat Kajian dan untuk makluman 18 AJK Pusat dipilih baru-baru ini sebahagiannya adalah profesional. Kita ada empat doktor perubatan dan lima pemegang PhD. Hari ini dua lagi doktor dilantik," ujar beliau.

Jelas Takiyuddin, tarikh mesyuarat Majlis Syura Ulama bagi membincangkan usul memutuskan tahaluf siyasi masih belum ditentukan.

"Itu (tahaluf siyasi) kita sentuh secara sepintas lalu tetapi bergantung pada Mesyuarat Majlis Syura Ulama, kita belum lagi diberitahu tarikhnya. Itu ditentukan oleh Mursyidul Am dan Majlis Syura Ulamak,"

Perwakilan di muktamar Pas yang baru berlalu telah meluluskan usul sebulat suara supaya tahaluf siyasi dengan PKR diputuskan.

Usul tersebut telah dibawa ke peringkat Muktamar Pas Pusat untuk dibahas selepas ianya diluluskan di peringkat Muktamar Dewan Pemuda, Dewan Muslimah dan Dewan Ulama.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa