Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Friday, May 12, 2017

Mengapa kisah Muhammad Wanndy dilihat sebagai tragedi?

Tragedi sebenar Wanddy

  | May 11, 2017
Pelajar di sekolah tidak diajar mempersoalkan retorik militan, seperti mana mereka tidak digalakkan mempersoalkan pendapat imam mereka.
KOMEN
Saya peminat setia filem Melayu 70an sehingga awal 80an. Filem pada zaman itu memaparkan Malaysia yang lebih harmoni dan aman damai.

Satu ciri yang wujud dalam filem itu ialah idea yang belia patut berbakti kepada masyarakat.
Yahya Sulong, selepas membedal penjahat yang menjajah kedai kopinya dalam filem “Da Di Du”, menasihati mereka supaya memperbaiki diri dan berbakti untuk masyarakat kerana “tenaga mereka amat diperlukan”.
Konsep ini lenyap dalam filem 90an dan seterusnya. Mungkin kerana kesan ketiadaan pendidikan tatarakyat dan sivik di sekolah.
Konsep inilah yang, dalam fikiran saya, memberi satu tujuan hidup yang murni kepada belia Malaysia. Dengan ketiadaan konsep ini, muncullah orang seperti Muhammad Wanndy Mohamed Jedi, pejuang IS Melayu yang dikatakan terbunuh minggu ini.
Wanndy yang hanya berumur 26 berasal dari Durian Tunggal, Melaka. Dia merancang beberapa serangan IS di Malaysia tetapi hanya satu serangan di sebuah kelab hiburan di Puchong “berjaya” mencederakan 8 orang.
Kekejaman Wanddy tidak kurang daripada pejuang IS warga Britain, Jihadi John, yang terkenal di Barat dengan video di mana dia memenggal kepala mangsa.
Jihadi John akhirya terbunuh. Wanddy juga menyiarkan video di mana dia memegang kepala seorang mangsa IS yang dikatakannya sebagai “anjing Parti Pekerja Kurd”. Gambar ini yang kemudiannya dipadam oleh Facebook dikatakan sebagai Wanndy sebagai “gambar yang tercantik yang pernah dimilikinya”.
Dia menafikan yang pejuang IS adalah kejam. Kononnya, mereka “hanya” menghukum sesiapa yang menentang “Daulah Islamiyyah” versi mereka.
Saya rasa, kebanyakan rakyat Malaysia tidak mengira bangsa dan agama, akan sangat hairan kalau tidak pun terus jijk dengan retorik Wanddy. Kemanusiaan kita akan diuji apabila melihat manusia yang tidak bersalah dihukum dengan begitu kejam sekali.

Apakah jenis manusia yang dapat melakukan pembunuhan sebegini? Itulah tragedi Wanndy Jedi sebenarnya.
Jika difikirkan daripada segi kebijaksanaan, Wanddy boleh dikatakan seorang yang bijak. Mana tidaknya, dia dapat menggunakan perang psikologi untuk menawan minda orang dengan hanya menggunakan internet.
Pengebom kelab malam Movida di Puchong, Imam Wahyudin Karjono, 21, and Jonius Indie @ Jahali, 24, dipengaruhi untuk melakukan jenayah demikian walaupun tidak pernah bersua muka dengan Wanndy. Dengan hanya berkomunikasi melalui internet (Facebook dan Telegram menurut sesetengah laporan), Wanddy dapat meyakinkan mereka yang dakyahnya dapat membawa mereka ke pintu syurga.
Walau bagaimana kita membenci tindakan Wanndy itu, kita harus memperakui yang dia bukan calang-calang manusia. Dia mempunyai kebolehan yang luar biasa.
Jadi persoalannya, apakah yang boleh mendorong orang yang mempunyai kebijaksanaan dan daya berkomunikasi luar biasa untuk melakukan jenayah sebegini?
Kalau kita teliti maklumat tentang Wanddy, kita akan dapati yang dia seorang “low profile” semasa zaman sekolahnya, kurang bercampur gaul dan dianggap sebagai kambing hitam dalam keluarganya sendiri.
Ini sebenarnya satu ciri yang sering kita dapati dalam biografi pengganas.
Mereka kurang bercampur gaul, atau dalam bahasa Inggerisnya, “introvert”.
Wanddy juga nakal semasa zaman remajanya. Kenakalannya begitu ketara yang ibu bapa di kampungnya tidak membenarkan anak mereka bercampur gaul dengannya.
Ini juga sebenarnya satu unsur dalam kisah hidup seorang militan. Mereka terkenal dengan sifat nakal yang ketara.
Perasaan rasa bersalah (guilt) ialah unsur yang menolong orang yang merekrut mereka untuk meyakinkan mereka “berjihad” di jalan Allah dan memerangi “kafir-kafir”. Ia retorik mantap kepada mereka yang tidak memahami ajaran Islam yang sebenar.
Ini membawa kita kepada faktor ajaran agama di Malaysia. Adakah ianya mencukupi?
Wanndy melalui pendidikan agama yang sama dengan murid Islam yang lain. Pendidikan ini, walalupun mengajar murid cara mengamalkan agama dalam hidup, ia tidak melengkapkan mereka dengan ilmu pengetahuan untuk berdepan dengan ideologi para militan.
Pelajar di sekolah tidak diajar mempersoalkan retorik militan, seperti mana mereka tidak digalakkan mempersoalkan pendapat imam mereka. Mereka menyangka imam mazhab mereka benar dan bukan dipengaruhi oleh budaya masing-masing.
Apa yang patut diwujudkan dalam pendidikan agama?
Pada saya, konsep sasaran. Murid perlu diajar yang agama itu mendorong kita kepada kejayaan yang berlipat ganda di dunia ini. Mereka perlu ditunjuk tempat di mana bakti mereka diperlukan oleh masyarakat.
Sumbangan mereka dalam bentuk masa dan tenaga bukanlah asing daripada ibadat, malahan ia sebenarnya ibadat yang dituntut Allah.
Jika Wanndy dapat dorongan sebegini, nesaya dia tidak akan menjadi teroris, malahan menjadi manusia yang sangat berguna untuk masyarakat.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa