Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Wednesday, May 10, 2017

Bukankah ini menunjukkan rasa gentarnya yang cuba disembunyikan?

Pas tidak gentar, tiada fakta PH akan menang PRU14
10 Mei 2017 | MALAYSIA DATELINE
Pas tidak sesekali gentar dengan kewujudan Pakatan Harapan kerana tiada fakta dan bukti khusus yang membayangkan gabungan itu akan berjaya menggantikan kerajaan sedia ada.

“Setakat ini tiada lagi ramalan kata Pakatan akan menang, ataupun mereka sekuat parti-parti lain,” kata Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob seperti dipetik Sinar Harian.

Mengulas mengenai kenyataan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa yang menyatakan Umno dan Pas perlu meraikan persamaan yang ada di antara kedua-dua parti itu, beliau berkata, sehingga kini Pas dan Umno tidak mempunyai apa-apa persefahaman dan parti itu masih lagi musuh tradisi Pas.

Menteri Besar itu juga berkata, walaupun Pas meraikan hubungan kerajaan dan kerajaan dengan Umno dan BN, namun Pas masih kukuh bersama blok ketiga yang telah dibina dan bersedia segala kemungkinan pada PRU14 kali ini.

“Sememangnya kita meraikan hubungan (kerajaan dan kerajaan) itu demi kepentingan rakyat, apa pun yang melibatkan hubungan tersebut, kita hormatlah bagi memastikan hak rakyat dapat diperjuangkan, namun dari segi politik, kita masih seperti dulu,” katanya.

Beliau hadir pada Seminar Ahli Majlis dan Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri Kelantan di Kota Bharu.
* Mad Yaacob bercakap tentang perkara yang sama dalam dua hari berturut-turut. Apa maknanya?

Bukankah itu menunjukkan rasa resah, gelisah dan kegentarannya terhadap sambutan rakyat kepada Amanah dan Bersatu di Kelantan?

Dia mungkin sedar kepercayaan rakyat terhadap PAS telah kian pudar dan terhakis bahana dari 'Politik Matang' Hadi yang kian mesra UMNO, malah ada pandangan yang mereka akan berkahwin semula setelah bercerai tahun 1977 dan dalam PRN tahun 1978 PAS hanya tinggal batu nisan.

Maka dari tindak tanduk pemimpin lama dan keceluparan serta lagak pemimpin muda PAS membuatkan ramai penyokong yang liberal (bukan totok) merasa muak dan menyampah. Ditambah pula dengan sikap kluk-klek pimpinan atasan, lagilah membenihkan keraguan penyokong. 

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa