Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Saturday, May 13, 2017

Ambang PRU14: Tahniah Hj. Hadi Awang

[ Ambang PRU14 ]

Tahniah Hj Abdul Hadi Awang

Inilah "hadiah paling bermakna buat Umno" sempena Ulangtahun 71 party melayu itu malam ini.

1. Robohlah sudah kota sakti atas linangan airmata serta jerit-peluh Al-Marhum Ustaz Fadhil Noor sejak 20/9/1998 itu. Ijtihad agung yg membangkitkan islah dan tajdid buat ummah dan negara!

2. Kami bangkit malam itu, aku dan sahabat berkumpul hadapan rumah DS Anwar Ibrahim melihat betapa besarnya jiwa dan qiyadah ummah Ustaz Fadhil Noor memasuki pagar rumah "musuh politik" yg menyerangnya selama itu, demi menyatakan bahawa beliau menghulurkan tangan demi keadilan utk rakyat.

3. Empat hari lepas itu, tertubuhnya GERAK yg dipengerusikan sendiri oleh Ustaz Fadhil Noor itu, sehingga akhirnya almarhum sendiri melontarkan pula idea partai baru, Parti Keadilan Nasional (PKN) pada 1999 itu demi mengisi kekosongan yg ditinggalkan.

4. Bukan sahaja parti yg berbeza ideologi termasuk DAP mampu disatukan dlm kerjasama "tahaaluf siyasi" meruntuhkan kezaliman Umno/BN. Bahkan kejayaan paling manis apabila pelbagai jamaah atau NGO Islam berjaya dirapatkan demi maslahah ummah dan negara. Merentasi bangsa dan agama.

Benar kata Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat;

"Bersyukur akhirnya Allah kurniakan juga kita satu peluang utk melakukan dakwah kepada bukan Islam yg selama ini kita abaikan. Dan Allah balas pengorbanan kita itu dengan kebangkitan rakyat menolak kezaliman yg ada..."

Namun itu dulu.
Genap 20 tahun ia berlalu. Hancur.

5. Awal 2015, tatkala perginya Tok Guru, serta terikatnya DS Anwar di balik jeriji Sg Buluh itu, maka bermaharaja lelalah Hj Abdul Hadi Awang memusnahkan setiap inci pengorbanan 20 tahun mereka itu! Kota Damansara, Sg Acheh serta berbelas lagi khianat kamu dlm 2014 dan 2015 itu akan terus dikenangi buat generasi mendatang, selamanya.

Ingatlah!

Itulah "pengkhianatan dakwah serta pembohongan politik" yg paling melampau kamu laksanakan sejak PRU13, hingga kini. Segala perit-lelah mereka terdahulu itu runtuhkan sekelip mata sahaja. Hanya atas alasan, ie. demi melayu dan Islam, serta hudud yg kamu bohongi itu.

6. Nah Umno. Silakan bentang permaidani merah menyambut pahlawan cemerlang yg berjaya meruntuhkan pakatan musuh kamu itu. Taburkanlah lagi segala macam dedak atau apa sahaja yg mereka impikan, demi membalas pengorbanan Presiden Pas buat kamu itu..

7. Dan, biarkan kami menerus dan mengorak langsung jalan dakwah, islah dan tajdid yg telah diterokai oleh guru dan murabbi kami yg telah pergi itu. Amanah kami sungguh besar menanti di hadapan sana. Masa yg tiada utk terus melayan fitnah itu.

8. Biarkan kami bersama pakatan baru ini terus melakarkan negara bangsa Malaysia yg lebih cemerlang tanpa Umno BN dan sekutunya di masa hadapan kelak.

Alhumma aamin..!

- NORISLAH G5

1 comment:

  1. Tahniah Hj Abdul Hadi dan pengikut pengikut sekelian, ALLAH MAHA MENGETAHUI apa nawaitu kalian, biarkan rakyat menderita asalkan nawaitu kalian tercapai, jawablah diHADAPAN ALLAH NANTI.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa