Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Tuesday, May 9, 2017

Siapa PAS sebenarnya: Ketua Biro Strategi dan Dasar Bersatu buka mulut

Ketua strategi dedah perbincangan Hadi-BERSATU
Alyaa Azhar  Hari ini, 11:28 tengahari
WAWANCARA l Mengakui dirinya sebagai seorang ahli politik yang menceburkan diri bukan dengan kerelaan sendiri, Ketua Biro Strategi dan Dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Rais Hussin Mohamed Ariff tidak suka dengan kempen memburuk-burukkan sesama lawan, apatah lagi dengan kawan.

Namun, beliau mengakui tidak boleh menerima atau berdiam diri apabila parti dan pemimpinnya diserang dan difitnah berterusan.

Beliau amat kurang senang dengan laporan akhbar di mana setiausaha politik presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar dipetik sebagai berkata bahawa pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad beralih kepada DAP selepas beliau ditolak oleh PAS.

"(Kini) tiba masanya untuk kita berkongsi cerita, juga, supaya rakyat tahu siapa PAS sebenarnya,” kata Rais (foto, kanan).

Merujuk kepada satu mesyuarat yang diadakan antara BERSATU dan PAS, Rais berkata empat orang hadir pada mesyuarat pada tahun lepas.

Prinsip Islam

Menurutnya, mereka yang hadir termasuk dirinya, bersama-sama dengan Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bekas Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali.

"Dalam perbincangan itu kami bersetuju dan tidak bersetuju dengan beberapa perkara tertentu.

"Saya tidak pernah dedahkan perbincangan ini sebelum ini. Tetapi Samsuri mula mendedahkan perbincangan peribadi dan merangka perbincangan dengan cara yang tidak mencerminkan kebenaran.

"(Katanya) Mahathir beralih kepada DAP selepas ditolak oleh PAS. Ini adalah sangat tidak adil, ia jauh daripada kebenaran," kata Rais, merujuk kepada laporan akhbar bahasa Inggeris itu.

Samsuri dilaporkan berkata bahawa Mahathir beralih kepada DAP untuk mendapatkan sokongan untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas beliau ditolak oleh PAS.

Disoal sama ada beliau berdepan dengan Samsuri berhubung perkara itu, Rais berkata beliau masih belum bercakap dengan kedua-dua Samsuri mahupun Hadi (foto, atas, kanan) berikutan laporan berita.

"Tetapi saya fikir sebagai sebuah parti Islam yang sepatutnya menghormati perbincangan peribadi, mereka harus tahu prinsip-prinsipnya. Saya tidak mahu mengajar mereka apa itu Islam."

Samsuri (foto bawah, kiri), bagaimanapun, berkata bahawa kenyataannya bahawa Mahathir beralih kepada DAP itu sebagai "maklumat awam".

"Apa lagi yang kita boleh kata, selepas cubaan bersama PAS tidak berjaya, maka Tun (Mahathir) beralih kepada pemimpin DAP dalam pelbagai program?

"Ini bukan rahsia, ia adalah maklumat awam.

"Kemudian ada juga orang tertentu seperti Rais yang menaruh idea yang salah sama sekali iaitu 'jika kamu tidak dengan bersama kami melawan BN, maka kamu adalah dengan BN," katanya kepada Malaysiakini.

Merungkai Umno

Sementara itu, mengulas butiran mesyuarat dengan Hadi, Rais berkata beliau menyoal pemimpin PAS itu bagaimana parti - yang dibentuk berdasarkan prinsip-prinsip Islam - dapat bekerjasama dengan Umno yang dituduh oleh sesetengah pihak sebagai kleptocrat.

"Jawapannya sangat mengejutkan. Dengan senyuman sinis, beliau kata, PAS bekerjasama dengan Umno untuk merungkaikannya.

"Saya terkejut, saya kata bagaimana ini boleh berlaku - tuan bercakap mengenai Islam dan di antara prinsip-prinsipnya kita perlu bercakap benar walaupun ia menyakitkan.

"Kemudian saya kata kepadanya, 'tuan lebih daripada seorang ahli politik daripada seorang ustaz'. Dia terkejut, dia soal saya, adakah saya selalu berkata-kata demikian, saya jawab ya."

Pengesahan Hadi itu, kata Rais, memberika keyakinan kepada BERSATU bahawa kerjasama antara kedua-dua mereka akan menjadi kenyataan.

"Saya dedahkan semua ini kerana mereka telah mendedahkan banyak perkara. Jika Hadi merasakan saya tidak bercakap benar, beliau boleh menafikannya.

"Tetapi kebenaran tetap adalah kebenaran. Allah mengetahui apa yang diperkatakan," kata Rais.

2 comments:

  1. Analogi mudah:
    Kami beli produk ni dari kedai D bukannya kerana harga kedai P lagi mahal tapi kerana kami suka produk ni...faham?
    Urghhh terbelit2

    ReplyDelete
  2. Dia x suka kempen buruk2 tapi penasihat dia sendiri kerja buruk2 org lain...chaittt

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa