Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Wednesday, May 10, 2017

Kerana Melayu senang diperbodohkan........

* Maka Melayu dan Agama digunakan untuk meraih sokongan dan kesinambungan kuasa dan survival politik bagi golongan elitist yang sedang tercekik

Rakyat Diperbodoh Atas Nama Bangsa Dan Agama
Published on May 9, 2017  in Politik/Utama & Sensasi
KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak mahu berkompromi dengan mana-mana pihak yang terus `memprovokasikan’ tentang bangsa dan agama dalam agenda politik mereka.

Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, Pakatan Harapan sebaliknya mempunyai matlamat membentuk sebuah negara yang memperjuangkan semua rakyat Malaysia berasaskan idealisme.

“Pendiriannya teguh iaitu reformasi menyeluruh tata kelola negara berasaskan Perlembagaan Negara dan prinsip-prinsip keadilan, kebenaran, kebebasan, inklusif dan telus.

“Pakatan Harapan sedia bekerjasama dengan pihak yang mahukan perubahan negara dan tidak mahu berkompromi dengan mana-mana pihak yang terus memperbodohkan rakyat atas nama bangsa dan agama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pakatan Harapan merupakan sebuah gabungan parti pembangkang yang diketuai parti sekular DAP dan dianggotai PKR serta Parti Amanah Negara (PAN).

Pakatan Harapan ditubuhkan oleh DAP dan PKR bagi menyingkirkan PAS daripada gabungan parti pembangkang dua tahun lalu sebelum ia disertai PAN yang merupakan parti serpihan PAS.

Gabungan parti pembangkang itu kemudian memeterai perjanjian dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menjalin kerjasama memburuk-burukkan UMNO.

Mahathir bertindak demikian gara-gara berdendam dengan UMNO kerana beberapa kepentingan peribadinya dalam bidang perniagaan dan politik tidak dipenuhi Kerajaan Persekutuan. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa