Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Saturday, May 13, 2017

Tindakan tepat: Azmin minta 3 Exco PAS undur

Saturday, 13 May 2017
TINDAKAN TEPAT, TERPUJI AZMIN ALI
Menteri Besar Selangor, Azmin Ali dilaporkan telah mengadakan pertemuan mengejut dengan tiga Exco Pas dan meminta mereka mengundurkan diri daripada kerajaan negeri.

Tindakan Azmin memanggil mereka itu adalah susulan keputusan Majlis Syura Pas memutuskan kerjasama politik dengan PKR.

Selain  tiga Exco berkenaan iaitu Iskandar Abdul Samad, Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Mohd Zaidy Abdul Talib, pertemuan tersebut dikatakan turut dihadiri Pesuruhjaya Pas yang baru, Solehan Mukhyi.

Difahamkan wakil-wakil Pas yang hadir terkejut dengen permintaan Azmin dan meminta untuk berbincang dengan parti terlebih dahulu sebelum tampil dengan satu keputusan.

Namun, Azmin  memberi jaminan bahawa meskipun tiada jawatan Exco, PAS masih boleh kekal sebagai sebahagian daripada kerajaan negeri selaras dengan mandat kemenangannya pada pilihanraya umum 2013.

Difahamkan, turut diberi jaminan ialah wakil PAS akan terus menikmati peruntukan pembangunan negeri, kekal sebagai ahli majlis perbandaran dan jawatankuasa kampung.

Langkah 'luar jangka'  Azmin itu telah mengejutkan pimpinan PAS kerana parti itu tidak mempunyai rancangan untuk melepaskan mana-mana jawatan dalam kerajaan negeri walaupun Majlis Syura telah membuat keputusan menamatkan hubungan politik dengan PKR.

Tahniah dan syabas Azmin!

Sebenarnya inilah tindakan paling tepat dan terpuji daripada Azmin setelah Pas masih cuba untuk tinggal serumah dalam kerajaan negeri walaupun mulut mereka menjaja dan melafazkan perkataan cerai ke hampir setiap hari.

Sesuai dengan adat Pas yang melafazkan cerai terlebih dahulu, maka merekalah yang seharusnya keluar meninggalkan rumah yang diduduki bersama selama ini, bukannya Azmin yang harus memecat mereka.

Azmin hanya perlu memecat tiga Exco berkenaan jika PKR yang bertindak memutuskan hubungan dengan Pas.

Namun demikian, oleh kerana Pas seperti "tiada maruah" dan "tak reti bahasa" untuk keluar daripada rumah yang didiami, tindakan Azmin meminta mereka berundur adalah wajar sekali.

Pas pula tidak perlu berdalih dan memberi pelbagai alasan lagi untuk tidak akur terhadap permintaan Azmin itu.(ShahbudinHusin 13/05/2017)

Posted by Shahbudin Husin at 13:13

* Dah diarah oleh yang melantik, nak bincang dengan parti apa lagi? 
Kan parti dah buat keputusan?

Ini kata TITM: Akur tapi sandar kat Sultan pulak!

PAS Sedia Lepas Jawatan Di Selangor

4 comments:

  1. ITULAH YANG SEBAIKNYA, LEBIH BAIK MEREKA BERUNDUR SECARA BERMARUAH, JIKA DIPECAT DIMANA MARUAH MEREKA???? BERUNDURLAH SEBELUM DIPECAT.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kata anta...Pas ni konar situ, konar sini. Berbelit-belit. Tapi ana gumbira gumbira Pas permainkan maruah parti. Itulah bila guna siku nge lutut, Pas Selangor pun..main konar-konar pulak.

      Delete
  2. Meluat betul dgn tok lebai ni.....macam2 dalih, hanya nak membenarkan tindakan hadi.

    ReplyDelete
  3. Satu cadangan yang baik. Biarkan exco diminta berundur atau berundur secara bermaruah. Jawatan ahli2 Pas bawahan dalam kerajaan biarkan...hargai usaha dan tenaga mereka yang sebenarnya penggerak kempen PR masa PRU 13.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa