Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Tuesday, May 9, 2017

Kartun......kartun, PAS Selangor ni PAS mana?

PAS Selangor kekal dalam kerajaan, mandat diberi rakyat

  | May 8, 2017
Exco Iskandar berkata mereka akan menyokong kerjasama dengan kepimpinan sedia ada demi kestabilan Selangor

PETALING JAYA: PAS Selangor hari ini menepis khabar angin mendakwa mereka akan berundur dari kerajaan Selangor yang dipimpin PKR, susulan pertelingkahan antara kedua parti, dan berkata mereka mahu menunaikan mandat yang diberikan pada pilihan raya umum lalu.
Datuk Iskandar Abdul Samad, yang baru-baru ini digugurkan sebagai pesuruhjaya PAS Selangor, berkata beliau mahu terus kekal bagi memastikan semua program dan inisiatif kerajaan negeri dilaksanakan.
Iskandar adalah exco perumahan, pengurusan bangunan dan peneroka bandar.
Beliau bersama-sama Zaidy Abdul Talib (infrastruktur) dan Yunis Hairi (hal ehwal agama Islam) adalah 3 wakil PAS dalam pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
“Exco akan terus memainkan peranan yang aktif dan berkesan di dalam kerajaan selari dengan komitmen yang telah diberikan untuk mendukung prinsip serta dasar kerajaan negeri sejak Mac 2008,” katanya, merujuk kepada peristiwa pembangkang berjaya memenangi Selangor daripada Barisan Nasional.
Iskandar menambah PAS Selangor akan terus bekerjasama dengan kepimpinan sedia ada.
Pengisytiharaan hari ini menyusuli usul sebulat suara perwakilan PAS pada muktamar bulan lepas, yang mahu menamatkan “tahaluf siyasi” dengan PKR kerana bekerjasama dengan parti serpihan, Amanah.
Mereka tersinggung dengan sokongan terbuka PKR kepada Amanah pada pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar Jun tahun lepas, yang menyaksikan PAS dan Amanah tewas kepada Barisan Nasional.
Kenyataan Iskandar ini juga beberapa hari selepas wakil rakyat PAS Selangor dilihat berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menyambut kepulangan Azmin dari Dubai.

* Tak tahu malu ke?

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa