Sunday, May 7, 2017

Permainan orang gedebe: Parang vs Pistol?

Cedera parah ditembak dalam pergaduhan
22 APRIL 2017
Cedera parah ditembak dalam pergaduhan Din (kanan) meninjau kereta suspek yang terlibat dalam kes tembakan di Kampung Permatang Pasir 

BACHOK - Seorang lelaki berusia 25 tahun cedera parah selepas ditembak pada bahagian rusuk dalam kejadian di Kampung Permatang Pasir pada jam 3.35 petang tadi.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, dalam kejadian itu mangsa lelaki Melayu yang berumur 25 tahun cedera parah akibat tembakan masuk rusuk sebelah kanan melalui paru-paru hingga bawah lengan kiri.

Mangsa dikatakan yang mempunyai dua rekod jenayah berdasarkan laporan yang pernah dibuat di Balai Polis Jerteh dan Gunong.

“Maklumat awal kami dapati mangsa dipercayai menaiki sebuah kereta Proton Waja bersama dua rakannya dikejar sebuah kereta Toyota Vios yang dinaiki dua atau tiga lelaki lain.

“Berlaku adegan kejar mengejar di antara mereka sebelum memasuki jalan kampung dan tembakan dilepaskan ke arah mangsa. Mangsa kini berada di zon merah Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian dan kita yakin dia mampu membantu menyelesaikan kes ini," katanya ketika sidang media di lokasi kejadian.

Din berkata, hasil siasatan awal polis menemui empat kelongsong peluru iaitu dua di bahagian sisi kereta dan dua di bahagian depan kereta.

Selain itu katanya,mangsa juga dipercayai turut menggunakan parang untuk membuat serangan balas terhadap penyerang.

Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti suspek dan punca kejadian. Kes disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa