Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, March 7, 2010

Apa Nih.....

Tak habis-habis merapu....
Anda nilailah sendiri

PAS Sedia Terima Zulkifli

PETALING JAYA: PAS sedia membuka pintu kepada Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin jika bekas anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ikhlas mendokong prinsip dan perjuangan parti mereka.

Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu sedia mempertimbangkan penyertaan Zulkifli ke dalam PAS.

"PAS sentiasa mengamalkan dasar terbuka kepada sesiapa sahaja untuk menyertai kami termasuk YB (Yang Berhormat) Zulkifli.

"Kalau beliau mengemukakan permohonan, pihak jawatankuasa parti akan mempertimbangkannya," katanya.

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang bermesyuarat semalam sebulat suara memecat Zulkifli selepas lembaga disiplin parti itu mengambil kira tindakannya membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkenaan isu kalimah Allah dan kritikan beliau terhadap kepimpinan DAP.

Zulkifli dalam sidang medianya semalam juga menegaskan tidak akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan tersebut atau mengosongkan kerusinya sebagai wakil rakyat.

Beliau bagaimanapun berkata akan mengkaji dan menimbang pilihan yang ada sebelum mengambil tindakan sewajarnya selain tidak menolak kemungkinan menyertai PAS sekiranya parti itu memperjuangkan Islam pada masa depan.

Bagaimanapun Tuan Ibrahim berkata, walaupun PAS mengamalkan dasar terbuka bagi sesiapa sahaja untuk menyertai parti itu, namun berharap penyertaan berkenaan mampu mengukuhkan PAS dan tidak membebankan parti.

"Kami harap penyertaan ke dalam PAS akan dapat membantu menguatkan lagi parti ini dan bukannya menjadi beban kepada parti," katanya.

Selain itu Tuan Ibrahim berkata, PAS menghargai kesetiaan yang ditunjukkan Zulkifli untuk bersama Pakatan Rakyat.

"Kami menghargaai kesetiaannya untuk terus berjuang bersama Pakatan Rakyat, walaupun dipecat daripada PKR beliau tetap mahu berjuang bersama kita... prinsip itu perlu dihargai," katanya.

mStar

Tiada peluang Zulkifli kembali pada PAS

Jimadie Shah Othman
Feb 18, 10
3:31pm


Ahli parlimen Kulim Bandar-Baharu Zulkifli Noordin - yang tersepit kedudukannya dalam PKR – mungkin tidak berpeluang lagi berpatah balik kepada parti asalnya PAS, jika disingkirkan dari PKR.

Setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali membayangkan gelapnya masa depan wakil rakyat kontroversi itu, termasuk tidak berpeluang bertanding lagi dalam pilihan raya umum akan datang atas tiket parti Islam itu.

“Pernah jadi (calon) sekali, lepas itu tidak jadilah,” katanya.

Zulkifli yang terkenal dengan kelantangannya dalam isu-isu Melayu-Islam kini dihadapkan ke lembaga disiplin PKR kerana membuat laporan polis terhadap wakil rakyat PAS Khalid Samad berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Zulkifli pernah menjadi ahli PAS dan bertanding atas tiket parti itu di Kuala Langat dalam pilihan raya umum 2004 tetapi tewas di tangan calon BN, Datuk Dr Shafie Mohd Salleh.

Empat tahun selepas itu, Zulkifli secara tidak dijangka, sekali lagi terpilih bertanding dalam pilihan raya umum, tetapi memakai logo PKR.

Bagaimanapun, status keahlian peguam tersebut sentiasa dipertikaikan ekoran pandangan politiknya yang sering tidak senada dengan kenyataan parti barunya, di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini hari ini, Mustafa mengesahkan Zulkifli tidak pernah menyatakan permohonannya keluar PAS secara rasmi.

“Jadi di tengah kesibukan plihan raya (2008), tidak semua perkara dibuat secara keputusan rasmi. Ada pun (kes) Zulkifli ini, secara terus terang, saya pun tahu-tahu dia sudah jadi calon PKR,” jelasnya.

“Saya rasa beliau mungkin masih ahli PAS. Beliau tidak pernah keluar PAS. Tetapi kita bertolak ansurlah sebab (sesama) kawan (dalam Pakatan Rakyat). Jadi tidak ada masalahlah (untuk bertanding),” katanya.

Mustafa berkata, penglibatan Zulkifli dengan PKR dengan sendirinya menggugurkan keahliannya dalam PAS.

Mustafa bagaimanapun juga enggan mengulas tempat untuk Zulkifli dalam PAS jika disingkir dari PKR dalam masa terdekat ini.

“Saya tidak hendak jawab tindakan yang belum berlaku. Kita tengok dulu. Saya pun tidak tahu apa hendak berlaku pada beliau,” katanya.

Mengulas tindakan beberapa wakil rakyat Pakatan yang dilihat 'sukar dikawal' dalam Pakatan, khususnya PKR, veteran PAS Terengganu itu berkata:

“Saya tidak bimbang. Dua, tiga orang macam ini biasalah dalam parti yang baru (PKR). Parti yang lama pun, DAP ada juga. Tetapi itu kes di Perak itu berlainanlah. Jadi parti yang baru ini sedang menuju kematangannya. Insya-Allah selesailah tu,” katanya optimis.

Mustafa berkata, imej pemimpin seperti Zulkifli mungkin tidak terjejas jika mereka mengambil jalan menyuarakan perbezaan pandangannya mengunakan saluran dalaman parti.

“Perkara ini pun kalau dibuat secara dalaman tidak menjejaskan imejnya (Zulkifli) sendiri,” katanya.

Lembaga PKR dengan panel lebih 10 anggota yang ditugaskan memutuskan tindakan terhadap Zulkifli dalam masa sebulan dijadual bersidang kali pertama petang ini tanpa kehadiran tokoh kontroversi itu kerana menghadiri proragam parti di Korea Selatan.

Kedudukannya sekarang dianggap berpaut pada dahan yang rapuh apabila ditegur banyak pemimpin kanan parti - termasuk Anwar, timbalan presiden Syed Husin Ali dan naib presiden Azmin Ali – sejak lembaga tersebut belum diaktifkan lagi.

mk

12 comments:

  1. Salam Ayahanda,

    Diorang ni semua ahli politik pariah...

    ReplyDelete
  2. salam akhi,

    tu la, ada yg boleh ada tak boleh, tetapi mgkin masing2 ada pndangan mreka selaku pemimpin. apa salahanya buka utk beliau peluang, mgkin beliau bakal berubah lepas ni, seteruk2 YB zul, rasanya lebih teruk lagi puak2 UMNo yang tak tau apa tu kan. mgkin sekrang org terlalu mghina beliau secara berlebih2an, kalau Pak Ibrahim Katak pun pernah diterima PAS, xkan YB ZUL lebih teruk dari pak berahim tu.

    ReplyDelete
  3. Pada pandangan Yong mangkok ni tak pernah jadi ahli PKR. Dia cuma pinjam logo PKR je. PKR terime dia sebab mangkok nih nampak macam pejuang tulin (bukan biawak tulin). Selain Zul, ade jugak yang masih jadi ahli UMNO tapi duduk dalam PKR. Kite pun tahu sape deme tu.

    Biorle mangkok ni jadi MP 1 penggal macam yang lain2.

    ReplyDelete
  4. W'salam anakanda Isa

    Ayahanda pun tak tahu nak lebelkan apa. Bercakap ikut sedap mulut dan hati.

    ReplyDelete
  5. apalah nak jadi dengan pas ni...

    zulkili nordin mengikut setiausaha agong pas:

    1. pernah menjadi ahli pas dan bertanding atas tiket parti itu di kuala langat dalam pilihan raya umum 2004
    2. pada 2008, zulkifli bertanding dalam pilihan raya umum di atas tiket pkr
    3. penglibatan zulkifli dengan pkr dengan sendirinya menggugurkan keahliannya dalam pas

    justeru tidak timbul lagi:
    1. bahawa zulkifli tidak pernah menyatakan permohonannya keluar pas secara rasmi
    2. “Saya rasa beliau mungkin masih ahli PAS”

    apa tujuan mustafa ali menimbulkan dua perkara di atas? apakah zulkifli kuda mustafa dalam projek ug? dari cara bertindak zulkifli dalam banyak hal, dia dilihat tidak sebulu dengan pakatan rakyat. seiras dengan puak dalam pas yang bertindak songsang dari “memperkasakan pakatan rakyat”. persamaan, persamaan…birds of the same feather?

    “penglibatan zulkifli dengan pkr dengan sendirinya menggugurkan keahliannya dalam pas”. jadi bagaimana pula naib presiden pas, tuan ibrahim tuan man boleh membuat kenyataan2 berikut:

    1. parti itu sedia mempertimbangkan penyertaan zulkifli ke dalam pas jika ikhlas mendokong prinsip dan perjuangan pas
    2. pas sentiasa mengamalkan dasar terbuka kepada sesiapa sahaja untuk menyertai pas termasuk zulkifli.

    amat malang bagi pas kerana naib presidennya tidak tahu menahu akan status zulkifli. tidak buat homework terlebih dahulu. tidak pernah bersedia berdepan dengan kebarangkalian. tidak pernah berbincang bagi merumuskan kenyataan bersepadu dalam mendepani episod zulkifli, begitu naïf sekalikah kepimpinan pas kini? sanggup berjalan di khalayak ramai dengan kain sengaja diselakkan? masih tak faham apa itu persepsi? sia2lah seminar khas tempoh hari. sia2lah pandangan prof dr aziz bari dan dr abu hassan.

    "Kalau beliau mengemukakan permohonan, pihak jawatankuasa parti akan mempertimbangkannya," katanya.

    memberi galakan kepada zulkifli, “submit your application zul, we will “look” into it”.

    "Kami harap penyertaan ke dalam PAS akan dapat membantu menguatkan lagi parti ini dan bukannya menjadi beban kepada parti," katanya.

    bukankah mangkuk ni pernah jadi ydp pas kawasan bandar tun razak dulu? janganlah cuba jadikan “membantu memperkuatkan lagi parti” sebagai alasan kenapa zulkifli diterima “masuk” pas. berapa kali masuk ustaz?

    “PAS menghargai kesetiaan yang ditunjukkan Zulkifli untuk bersama Pakatan Rakyat.”

    kesetiaan? satu lagi kemungkinan alasan untuk dijaja kenapa pas terima zulkifli. berapa kali masuk ustaz? dah ada DUA alasan…

    dan mungkin ada alasan yang tersembunyi… zulkifli saman khalid samad ketika jk disiplin sedang menyiasat khalid. supaya khalid dilihat “jahat” maka patutlah dihukum. macam ada kaitan je…

    sikap galak apabila dapat mikrofon masih berterusan.

    dream on pas...

    wallahu'alam.

    ReplyDelete
  6. W'salam Mohamadazhan

    Saya bukan pertikaikan penerimaan Zul ke dalam PAS. Ada baiknya juga Zul diterima kerana mungkin dapat megelakkan dia berdosa kepada Pengundinya. Setidak-tidaknya kalau dia diterima masuk PAS, Pengundinya mungkin tidak akan terkilan sebab dia masih lagi di barisan Pembangkang.

    Apa yang saya pertikaikan ialah, dua orang Pemimpin di peringkat atasan PAS memberikan kenyataan yang berbeza di atas nama parti. Mereka sepatutnya selaraskan kenyataan. Barulah tidak jadi cacamarba dan dipandang lekeh.

    ReplyDelete
  7. Yong

    Batul tu. Seingat saya masa dia bertanding dulu hanya 'di atas tiket' PKR. Bermakna dia bukan Ahli PKR.

    Tapi macam mana pula PKR pecat orang yang bukan menjadi Ahli?

    Pelik....

    Jadi siapa sebenarnya Zul ni?

    ReplyDelete
  8. hussin

    Memang kita jadi bingong dibuatnya.

    Atau memang apa yang saudara katakan itu betul atau kebetulan?

    Sama-samalah kita lihat nanti. Kalau Berudu pasti jadi Katak juga akhirnya!

    ReplyDelete
  9. Kalau PAS ni ada banyak masa lapang dan bersedia layan kerenah Zulkifli yang lebih memberi masalah kepada parti sendiri berbanding parti lawan, elok lah PAS terima dia masuk kembali. Lepas ni PAS pula bakal digoreng dalam media perdana angkara Zulkifli sorang.

    Apa sebenarnya deal antara Zulkifli dengan Najib bila UMNO semudah itu menarik balik petisyen pilihanraya di mahkamah, sedangkan UMNO terangan bakal diisytiharkan memenangi kerusi itu akibat kesilapan Zulkifli yang tidak mengikut prosuder SPR semasa menyertakan pencalonan? Tapi bila Zulikifli lantang dan tidak berhemah dalam beberapa isu yang akhirnya menguntungkan UMNO, maka faham lah saya.

    ReplyDelete
  10. salam bro,
    paling best adalah kenyataan TGNA yg x nafikn & setuju dgn kerajaan perpaduan dgn UMNO spt yg d nyatakn mufti perak hehehe...lepas ni boleh la sindir TGNA spt lu sindir TGHH dlm bab2 UG ni....

    ReplyDelete
  11. kembara putih

    Yang pasti UMNO akan mempergunakan/mengalatkan siapa saja yang menguntungkan mereka.

    Cuma yang kurang pasti, siapakah Zul sebenarnya.

    ReplyDelete
  12. W'salam Anonymous

    Ya, satu soalan yang belum terungkai!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa