Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, March 9, 2010

Kesihan Zul

Saya tidak kenal Zul Nordin secara peribadinya. Saya tidak tahu juga apa yang dia mahukan. Saya juga di dalam kesamaran kenapa dia memusuhi Khalid Samad sehingga membawa kepada Laporan Polis. Tapi pendiriannya sedikit sebanyak dapat disoroti melalui Kenyataan Akhbar dan blognya.

Apa yang saya tahu dia ini suka buat bising dan sukakan gimik. Daripada bermotosikal ke Parlimen sehinggalah ke isu nama Allah. Isu nama Allahlah juga yang menjadikan dia seorang yang terbuang di dalam PKR sehinggalah dia benar-benar dibuang.

Walau pun dia terbuang/dipecat dari PKR namun pendiriannya terhadap Perjuangan Pembangkang tetap dipegang sehingga ke hari ini. Dan dia masih lagi bersama Barisan Pembangkang. Hari-hari yang mendatang belum tentu dan tidak siapa pun yang tahu.

Nampaknya Zul akan kehilangan tempat dan dahan berpaut. PKR membuang dan PAS menolaknya. Rasanya dengan pendiriannya, dia tidak akan masuk DAP. UMNO belum tentu. Sekiranya Zul ingin masuk UMNO, sudah pasti dia dialu-alukan.

Tapi adakah Zul akan bersama UMNO selepas ini. Parti yang disifatkannya zalim sebelum ini? Kepastian politik Zul setakat ini belum tentu. Dan sudah semestinya politik sifatnya begitu. Orang Politik juga pragmatik sifatnya.

Sehingga hari ini Zul dihentam kiri dan kanan oleh kawan dan lawan di dalam bekas partinya sendiri. Ada kalanya membawa kekeliruan sama ada kecaman itu bersifat peribadi atau politik. UMNO masih diam membisu. Mungkin mengatur langkah atau mengintai gerak.

Hati kecil saya bersimpati dengannya. Kenapa dia diperlakukan begitu setelah sekian lama tidur sebantal bertilamkan duri bersama PKR? Adakah dia langsung tiada sumbangan kepada PKR selama bersama?

Di dalam isu nama Allah walau pun dia senada irama dengan UMNO, namun tidakkah layak dia dihormati kerana pendirian peribadinya itu? Apa yang saya nampak pendiriannya itu adalah pendirian agamanya. Dia sudah kata yang dia tidak akan kompromi. Itulah pendiriannya.

Pada saya di dalam PAS juga ramai yang berpendirian begitu termasuk Harun Din. Tetapi mereka diam kerana 'wala' . Maka PAS aman dari bantahan. Namun malang bagi Zul, pendiriannya ini membawa padah politik baginya semata-mata kerana mulut luasnya dan dia sendiri yang gagal mendiamkan dirinya selaras dengan kehendak parti.

Tapi kenapa dia dikeronyok habis habisan dengan segala cerca dan nista seolah sudah habis perkataan? Dia dibalun bagaikan musuh nombor wahid bagi PR melebihi taraf musuh UMNO. Sehinggakan ada yang meletakkanya bertaraf gila. Di manakah letaknya kesusilaan kita sebagai saudara seIslam, lebih-lebih lagi dia adalah seorang rakan sebelum ini.

Agaknya ke mana dia akan membawa diri selepas ini?

Saya masih pening menantikan jawapan....

4 comments:

  1. Salam bro...saya orang kulim. Malaun ni boleh dikatakan tak turun d lapangan. Masalah rakyat banyak ahli2 majlis yang selesaikan tapi dia mengaku dia yang buat.Duit ringgit dan peruntukan kepada rakyat? kedekut taik hidung masin.. Nak cerita banyak bro? nanti kita yang malu ada ahli parlimen macam malaun ni...Bro ingat orang dan rakyat kulim bb suka kat dia.... orang kulim ada yang nak baling taik kat mangkuk ni...

    ReplyDelete
  2. Sheikh.. jangan ikut rentak malau ni.. pemecatan dia takde kena mengena dengan isu Allah.. dia tu ta;ibarut umno.. sayangkan elaun MP 12ribu.. masalah dia tak berdisiplim ni dari dalam PAS lagi.. oirang macam ni sebenarnya bertugas dari unit cawanga ni..n khas memporak perandakan sesuatu organisasi...

    dia ni ibarat talibarut UMNO.. maca tulisan zulkifli Sulong, anda akan tahu siapa mamat

    ReplyDelete
  3. akirakini

    Itu sebabnya saya katakan yang saya tidak kenal Zul baik dari pendirian poltik dan peribadinya.

    Rakyat Kulim yang lebih mngenalinya. Cuma pada saya tak elok dia dihentam dan dikeronyok sehingga lumat. Itu saja.

    ReplyDelete
  4. Kita minta Zulkifli terus aktif 'terjah' & lawan dalam hal lain selain politik sajalah...Mungkin dalam medan mahkamah melibatkan hak-hak umat Islam seperti kes murtad, hak penjagaan anak kpd mualaf, cerai, etc. Tu pon kalau dia cukup hebatlah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa