Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, March 4, 2010

SiGedebe Lari Dikejar Seorang Budak

Ada satu cerita klasik yang diceritakan oleh seorang sahabat kepada saya. Cerita berkenaan dirinya sendiri dan Tok 'Gawa Ali satu ketika dulu. Sahabat saya ini dulunya adalah seorang yang dikatakan bakar tak hangus. Beliau lepasan Sekolah Henry Gurney. Di situlah Universitinya.

Semasa di Henry Gurney beliau pernah menyerungkup Warden dengan Tong Najis. Tapi semasa saya berjumpa dan berkawan rapatnya, beliau telah berubah. Ibarat kata dari Syaitan menjadi Manusia yang amat merendah diri dan Warak. Saya panggil dia 'Abang Hashim Jin' . Rasanya rakan yang sebaya dengan saya di sekitar sini ramai yang kenal dengan Abang Hashim ini. Abang Hashim ni beberapa tahun lebih senior dari saya.

Tok 'Gawa Ali terkenal dan tersohor dengan 'Gedebe'nya pada zamannya. Boleh dikatakan orang takutkannya. Sudahlah dia tu Tok 'Gawa dan Gedebe pula. Abang Hashim ada masalahnya dengannya. Semasa itu Abang Hashim masih muda dan Tok 'Gawa Ali sudah separuh umur.

Ditakdirkan satu masa terjumpalah Abang Hashim ni dengan Tok 'Gawa Ali di atas beca sedang menyeberangi Jambatan Sultan Yahya Petra menuju ke Pasir Pekan, dan Abang Hashim dengan basikalnya. Bila ternampak Tok 'Gawa Ali, Abang Hashim terus mengejar sambil mencabar. Abang Hashim bersenjatakan Badik.

Melihat keadaan itu, Tok 'Gawa Ali terjun dari beca dan berlari ketakutan ke seberang jambatan ke Pasir Pekan. Oleh kerana Pasir Pekan adalah kampung Tok 'Gawa Ali, Abang Hashim tidak mengejarnya. Tok 'Gawa Ali ialah Ayah kepada siKatak dari Pasir mas yang masyhur itu.

Itulah ceritanya seorang yang gah dengan Gedebenya lari kepada kepada seorang budak yang baru nak bertatih di dalam dunia Gedebe.

Cerita ini saya dengar dari mulut Abang Hashim Jin sendiri. Kalau Abang Hasim bohong, maka bohonglah saya. Wallahu aklam.

12 comments:

  1. Lebih kurang sama dengan citer YB ameno yang bawa pistol takde lesen dengan budak kat Trengganu tu. Sah deme ni memang spesis yang sama.

    ReplyDelete
  2. ni pulak cerita di kampung aku...kg kubang batang wakaf bharu..ada org pompuan nama siti jariah (sudah meninggal)..org kampung panggil tijiah..dia pernah bergaduh dgn tok gawa ali..dia siap cerita pernah pegang batu tok gawa ali..kalau nak tau lanjut lagi..kau pergi kg kubang batang..semua org tau kisah ni..

    ReplyDelete
  3. salam bang,

    ada cerita sebelum ni tentang ali gedebe ni curi kambing/lembu?.

    boleh sahkan @ cerita semula?

    ReplyDelete
  4. salam uncle... saya baca ulang2 tapi masih tak dapat real meaning untuk gedebe tu...

    garang?
    kebal?
    gemuk?

    ReplyDelete
  5. tp kadang2 tok gawa ali nie bagus gak...
    pejuang rakyat gakla...
    xcaya tanya org2 lama...
    anak die lainla...
    hahahhahahah

    ReplyDelete
  6. Yong

    Cuma dua generasi yang berbeza saja. Plot yang sama dan spesis pun mungkin sama.

    ReplyDelete
  7. Anonymous

    Tak tahu pula saya cerita kat Kubang Batang tu.

    Tak apalah dia pun dah tak ada. Simpanlah saja cerita lucu tu.

    ReplyDelete
  8. W'salam Anonymous

    Cerita curi kambing, lembu ni Abang tak tahu tapi kalau pada zaman itu, kegiatan begitu adalah biasa di sini.

    ReplyDelete
  9. W'salam baginda®

    Gedebe tu kalau mengikut Longhat Kelantan ialah "Samseng", "Keras Kepala" dan bertindak melulu biasanya. Ikut sedap hati dia jerlah.

    Dan biasanya siGedebe ni ramai kuncu-kuncunya.

    ReplyDelete
  10. usai_tribe

    Yang baik tu tetap ada. Takkanlah yang ada pada seorang manusia itu, semuanya buruk. lagi pun dia ni Tok 'Gawa (Penggawa/Penghulu kalau luar Kelantan)

    ReplyDelete
  11. ajar anak mung pakai tudung. tak kan mung nak masuk neraka

    ReplyDelete
  12. Anonymous

    Terima kasih di atas peringatan itu. Semuga sdr. diberkati.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa