Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, March 5, 2010

Mufti Yang Berdarjah Paling Tinggi Di Malaysia Pun Cakap Bohong Ke?

Ahmad Awang dakwa mufti Perak 'tokok tambah cerita'

Abdul Rahim Sabri
Mac 5, 10
8:09pm


Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Ahmad Awang mendakwa Tan Sri Harussani Zakaria telah menokok tambah perbualan mereka ketika mufti Perak itu menghubunginya bagi memujuk PAS untuk bersama Umno menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak selepas pilihan raya umum 2008.

Ahmad (kiri) mengulas kenyataan Harussani, dalam program dialog Zaaba di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam, yang mendakwa PAS Perak dengan angkuh menolak cadangan tersebut walaupun pada dasarnya mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan dipersetujui kepimpinan parti itu.

"Apa yang beliau cakap dalam dialog itu adalah tambahan kemudian. (Perkara) Itu tidak betul," katanya sambil menambah, dalam perbualan tersebut, mufti Perak itu tidak memberitahunya yang cadangan itu mendapat perkenan baginda.

"Perbualan tentang ayat al-Quran dan hadis itu tidak ada. Ia direka-reka kemudiannya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Sebagai pesuruhjaya PAS negeri ketika itu, Ahmad mengakui - dalam perbualan telefon dengan Harussani - mufti Perak itu telah memujuknya parti itu bersama-sama Umno membentuk kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun, katanya, beliau berkeras tidak mahu bekerjasama dengan Umno kerana mendakwa Umno adalah "zalim" termasuk memberi contoh pengalaman PAS bersama dengan Umno satu ketika dahulu.

Ahmad juga mengakui dalam perbualan dengan Harussani (kanan) - lebih kurang 10 minit itu - beliau membuat ketetapan untuk bersama-sama dengan DAP menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Dalam perbualan telefon itu juga, Ahmad berkata, Harussani berkata kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu berteraskan Melayu dan Islam, sedangkan mufti Perak itu mendakwa pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham anti-Islam.

Ahmad berkata, beliau menjawab dengan berkata bahawa beliau mengenali pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham sejak tujuh atau lapan tahun lalu, dan mengetahui beliau beragama kristian.

"(Tetapi) Ngeh tidak pernah bersikap anti-Islam," katanya.

Menurut Ahmad lagi, dalam perbualan tersebut, Harussani juga tidak menyatakan tentang tawaran jawatan menteri besar dan exco kepada PAS dalam kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu.

Sebaliknya, kata beliau, tawaran tersebut hanya dibuat oleh seorang wakil rakyat yang mewakili ketua badan perhubungan Umno Perak ketika itu, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali, beberapa hari selepas Pakatan Rakyat menang pilihan raya umum tersebut.

Ahmad juga berkata, dalam perbualan telefon itu, beliau membidas mufti Perak yang banyak menyentuh dalam ceramahnnya mengenai gejala murtad di kalangan orang Melayu yang menganut Kristian.

"Saya cakap kepadanya bahawa beliau mengenali (perdana menteri ketika itu) Tun Abdullah (Ahmad Badawi), dan pernah menghantar memorandum (mengenai gejala murtad), tapi kerajaan tak buat apa-apa pun.

"Jadi kita tak boleh harap dengan Umno. Macam mana nak berpakat," katanya.

Ekoran bidasannya itu, Ahmad berkata Harussani "mati akal" untuk menjawab hujahnya dan seterusnya menamatkan perbuatan mereka

Sumber malaysiakini

10 comments:

  1. salam pakcik,

    maaf le teman rasa tok mufti ni cuma jadi balaci sbg org tengah. jadi sapa kah tuan balaci tersebut? heheheh kan bagus kalau tok mufti berterus terang. rakyat perak pun tahu sapa depa nak sokong nanti dlm pru 13. buat tok mufti bila teman cakap rakyat perak maksudnya semua bukan melayu amno je.

    ReplyDelete
  2. salam uncle masih tak dapat email..

    double check.

    bagindanajibtunya@gmail.com

    ReplyDelete
  3. ada yg makin lama patutnya makin bagus tapi rupa² makin pelik.

    ReplyDelete
  4. Salam tuan.

    Dia bukan bohong, dia cuma tambah sikit ayat untuk bagi umphhh...!!!

    Alah, macam kita masak tambah ajinomoto sebab nak bagi lemak lagi masakan kita tu laaa...

    Kah kah kah...

    Tapi masalahnya boleh ke mufti buat macam tu???

    MasyaAllah!!!

    ReplyDelete
  5. W'salam paloibinmulau

    Kalau nak jadi baliaci tak payahlah belajar agama sehingga rabun mata. Kesian!

    Kalau benar begitu, amatlah malang Muslim di Malaysia. Mufti pun bertaraf balaci. Jenis pengecut mana berani nak berterus terang!

    ReplyDelete
  6. baginda

    Uncle dah forward menggunakan email yang diberi.

    ReplyDelete
  7. piewahid

    Tuan kan tahu makhluk dekat dengan ajal ni biasanya buang tabiat. Maka bertambah peliklah jadinya.

    ReplyDelete
  8. W'salam jai.

    Kita rakyat dan insan biasa lagikan tidak boleh tambah ajinomoto sesedap rasa. Inikan pula seorang Mufti yang bertaraf tinggi. Agaknya lagi dalam nerakanya kot?

    ReplyDelete
  9. Teman ikut juge le kesah (cerita) "Kerajaang Perpaduang' versi Perak ni selepas drp PR menang PRU12 hari tu. Memang orang agama (termasuk yg kroje/kerja majlis agama perak etc) ade kabo UMNO dah cube pujuk sambey ugut (biase le biot UMNO sape tak tahu yek?) PJ PAS Perak masa tu. Orang kroje pejabat agama ni memang pro-UMNO pun, jadi memang suke le UMNO-PAS berbaik-baik kononnye perpaduan. Pasei tinggey denye sorang je 'waras', hat pemimpin PAS lain ade nyokong cadangan 'unity' tu & ade yg ternganga pun ade. Las las PJ Prk degil juge nak bersama DAP tubuh kerajaan bersama.

    Ate tak heran le gagasan 'Kerajaan Perpaduan' ada ahli & penyokong PAS suka & ada yg pening & ramai juga tak berkenan. Termasuk le teman..ha ha ha

    ReplyDelete
  10. Hanz_Azdi

    Tak sangka rupanya tugas Mufti adalah menjaga Melayu dan UMNO!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa