Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, March 6, 2010

Bukan Saja Mulut Meloyakan, Hati Juga Busuk

Dari Pak Bakaq

Malaysian Insider hari ini melaporkan Menteri Besar Selangor berkata, "Saya hampir letak jawatan MB kerana isu lembu, kereta" (versi Bahasa Inggeris, "I nearly gave up over cattle allegations, says Khalid"). Persoalannya, siapa yang beri maklumat kepada Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (Gerak) yang membuat laporan lembu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Khalid?

Bekas Pengerusi Gerak, Mohd Nazree Mohd Yunus tahu cerita itu. Ahli Jawatankuasa Kerja Pemuda PAS, Abdullah Karim juga tahu cerita itu. Beliau telah menyerahkan aduannya kepada Setiausaha Agung PAS, Haji Mustapha Ali untuk dikemukakan kepada Jawatankuasa Disiplin PAS.

Malangnya, Cik Gu Pa mendakwa aduan Abdullah itu "tidak cukup merit" untuk diserahkan kepada Jawatankuasa Disiplin (lihat berita Malaysiakini 18/2/10 "Aduan Abdullah ditolak, Dr Haron 'dimaafkan'" dan posting Abdul Rahman Abdul Talib bertajuk "Aduan Abdullah Karim dan Suwardi Yaakob")

Pengkhianatan terhadap Khalid itu akan terbongkar jua akhirnya. Tunggulah.

Saya tidak cuba hendak menyatakan atau cuba merasai bahawa Khalid tu baik sangat. Tetapi bagi saya, Menteri Besar Selangor itu seorang yang sabar. Sebaik sahaja selepas pilihan raya umum 8/3/08 lalu, beliau dan partinya telah dikhianati dengan episod beberapa pemimpin PAS berkendak politik dalam gelap dengan Umno. Surat persetujuan dari PAS supaya beliau menjadi Menteri Besar Selangor, mengambil kira PKR memenangi lebih banyak kerusi dari tiga parti dalam Pakatan Rakyat (PR) di negeri itu, dilewat-lewatkan.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dilaporkan sehingga ke peringkat menengking dengan perbuatan melewat-lewatkan persetujuan itu - maklumlah, nak nanti selesai berunding dengan Umno dulu.

Bila Menteri Besar Selangor itu mengadukan buruk kelaku Datuk Dr Hassan Mohamed Ali yang tak jemu-jemu memburuk-burukkannya (saya dengar sendiri rakaman mulut longkang itu) melalui surat yang dihantar dengan tangan, Presiden PAS mendakwa beliau tak terima surat itu kepada wartawan yang bertanya selepas Mesyuarat Khas PAS yang masyhur ekoran luahan tidak puas hati Mursyidul Am dalam blognya.

Sehingga hari ini pun, saya dengar sendiri orang Dr Hassan terus menghentamnya. Adakah Khalid memerlukan musuh jika beliau mempunyai kawan seperti Dr Hassan?

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa