Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, March 9, 2010

Ini Lebih Santai

Kepala Dua Ekor Tupai Tersangkut

GAMBAR menunjukkan kepala dua ekor tupai tersangkut ke dalam tempurung kelapa di fareham, Hampshire, Britain
baru-baru ini.

LONDON - Disebabkan asyik menikmati kelapa, kepala sepasang tupai tersangkut di dalamnya sehingga ke paras bahu di sebuah taman milik seorang penduduk Jane Roberts, lapor sebuah akhbar semalam.

Dua ekor tupai itu memasukkan kepalanya ke dalam tempurung kelapa tersebut untuk memakan isinya.

Haiwan itu merupakan pengunjung setia taman Jane di Fareham, Hampshire.

Sebelum ini, ia sering mencuri makanan untuk burung, tetapi kini tupai tersebut sukakan kelapa.

"Kali pertama saya nampak mereka makan, saya hampir pengsan ketawa. Mereka nampak seperti dua orang angkasawan," katanya.

- Agensi

8 comments:

  1. Assalamualiakum Pakcik Din..

    Ingatkan tupai tu pakai helmet tempurung tadi...gaya dh mcm samseng jalanan..hahaa

    ReplyDelete
  2. Comel sungguh haiwan ciptaan tuhan yang Maha Kuasa..

    ReplyDelete
  3. Wa alaikumussalam UXOP

    Akibat keghairan,akhirnya sendiri terperangkap.

    ReplyDelete
  4. author faethal

    Kebesaran Tuhan untuk kita fikir dan nikmati.

    Kita terhibur dengan gelagat mereka.

    ReplyDelete
  5. piewahid

    Keajaiban kejadian Allah. Kita terhibur.... memang cute!

    ReplyDelete
  6. Hampshire? oh aku ingat sana musim spring...ada pokok kelapa ke sana?

    hehe

    ReplyDelete
  7. Hanz

    Rupanya kat situ ada pokok kelapa. Sebelum ini uncle tertanya-tanya dari mana kelapa yang nampak fresh itu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa