Bekas MP PKR yang mengisytiharkan dirinya sebagai ahli bebas itu, minggu lalu mendedahkan bahawa Abdul Ghapur yang mewakili Umno Sabah dinamakan antara kumpulan berkenaan.
Sehubungan itu, beliau mahu ahli parlimen dari Bayan Baru itu segera menarik semula kenyataannya dan menyenaraikan mereka yang dikatakan akan berpaling tadah itu.
Abdul Ghapur juga mencabar Zahrain mendedahkan nama 30 MP yang dikatakan akan menyertai ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rancangan Pakatan Rakyat untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional, jika apa yang didakwanya sebelum ini adalah benar.
Beliau juga memberi amaran kepada Umno agar tidak menerima Zahrain sebagai ahlinya kerana jika bekas ketua PKR Pulau Pinang itu sanggup berpaling tadah terhadap Anwar, dia juga, katanya, suatu hari nanti akan menikam pemimpin BN juga.
Nama lain yang disebut ialah Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat), Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (BN-Jerantut) dan Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang).
Zahrain juga mendakwa seorang timbalan speaker juga dikatakan akan menyertai PKR.
Dari mk
Salam pakcik.
ReplyDeleteNampaknya Zahrain mencipta musuh baru. Rancangan asal beliau untuk memalukan Anwar dan membanggakan Najib, agar senang masuk UMNO. Tapi lain pula jadinya. Peluang untuk masuk UMNO nampaknya berkubur begitu saja. Menyesal tak sudah dia.
W'salam kembara putih
ReplyDeleteKesian... tersalah pilih jalan dan perancangan. Semuanya hancuh!