Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri Abdul Fatah Mahmood berkata beliau telah menghantar mesej kepada Najib melalui laman sosial Facebook Perdana Menteri itu hari ini.
"Saya juga sudah mengutus surat secara rasmi kepada Perdana Menteri hari ini agar sesuatu tindakan susulan diambil terhadap penganjur yang telah memalukan Menteri Besar (Nik Aziz) dan juga rakyat Kelantan," katanya pada sesi soal jawab persidangan DUN, di Kota Bharu hari ini.
Semalam, nama Nik Aziz sebagai tetamu kehormat yang akan melepaskan peserta di hadapan Istana Balai Besar, digugurkan pada saat akhir tanpa dimaklumkan kepada kerajaan negeri.
Majlis pelepasan perlumbaan jelajah berbasikal terulung Asia yang memulakan peringkat pertama dari Kota Bharu ke Kuala Berang sejauh 174.5km itu disempurnakan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Mat Yusoff Abdul Ghani (BN-Nenggiri) bangun meminta penjelasan adakah benar Nik Aziz yang sepatutnya membuat pelepasan itu atau sebaliknya seperti yang diputus dalam mesyuarat jawatankuasa sambutan sebelum itu.
Abdul Fatah berkata perkara itu tidak timbul kerana pemilihan Nik Aziz diputuskan dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh beliau sendiri.
Ketika ditemui di luar Dewan, beliau berkata kerajaan negeri akan menilai semula peranannya dalam memberikan kerjasama pada masa akan datang.
LTdL kali ini dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan disertai 20 pasukan.
Perlumbaan melibatkan tujuh peringkat sejauh 1,013.9 kilometer untuk merebut hadiah keseluruhan bernilai RM710,650.
Sementara itu, Kelantan meminta Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) melantik segera tiga wakil kerajaan negeri ke dalam lembaga pengarah agensi itu.
Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata pelantikan itu penting dalam menyelaraskan program pembangunan demi untuk rakyat di Kelantan Selatan terutama perkara yang membabitkan soal tanah.
Persidangan DUN ditangguh pada satu tarikh yang akan ditentukan.
malaysiakini
diorang ni kena belajar adab adab sebagai tetamu
ReplyDeletePengkhianat macam ni la yang memburukkan nama orang2 Bachok. Belum pun dapat wang ehsan bawah jagaan dia dah nak tunjuk 'agah' dah. Molek kira kita hapuskan pengkhianat2 sebegini. Kelantan tak rugi kalau tak ada pengkhianat sebegini, kalau ada lagi rugi, daripada dapat Billion, dapat Million jah...tak rugi tuh?
ReplyDelete-Garden
mr edz
ReplyDeleteItulah masalahnya bila Menteri besar kepala, TM sebagai penaja pun dah pandai biadap.
Garden
ReplyDeleteRakyat Bachok memang dah humbankan dia tetapi Najib kutip dan berikan Tengkolok.
Sebenarnya pun memang dia ni 'agah'
kalau allah & nabi pun ada yg sanggup perlekeh, apa sgt la stakat nak perlekeh ulama'...
ReplyDeletepiewahid
ReplyDeleteInilah manusia bangang yang besar kepala.
Dahlah maruah Rakyat Kelantan di letakkan di celah kangkang dalm isu Royalti Minyak.