Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, March 9, 2010

Harus

Pada saya dari segi Hukumnya jelas. Dari segi moralnya tempang. Tapi yang lebih penting adalah tanggapan orang lain terhadap Agama kita, terhadap bangsa kita.

KUALA LUMPUR: Perkahwinan budak berusia 11 tahun yang berlaku di Kelantan cukup menyedihkan dan memalukan, sekali gus memberi kesan dalam membela serta memperjuangkan isu kanak-kanak, terutama memastikan mereka mendapat pendidikan sempurna dan perlindungan secukupnya.
Naib Presiden Hal Ehwal Wanita (Helwa) Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Fadhlina Siddiq, berkata walaupun perkahwinan itu sah mengikut syarak, budak berkenaan perlu diselamatkan kerana dia masih kecil dan mempunyai masa depan. “Tindakan bapanya amat dikesali dan dia patut dihadapkan ke mahkamah kerana melanggar undang-undang negara,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau mengulas mengenai tindakan seorang bapa dari Jelawang, Kuala Krai mengahwinkan anak perempuannya berusia 11 tahun dengan lelaki berusia 41 tahun yang juga ketua jemaah yang disertainya.

Kes itu adalah kejadian kedua membabitkan pernikahan budak perempuan di negeri itu, selepas seorang budak berusia 10 tahun dikahwinkan keluarganya dengan lelaki berusia 40 tahun di Pasir Mas, baru-baru ini.

Presiden Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Zainul Rijal Abu Bakar, berkata dalam undang-undang negara dan syarak, budak berkenaan sekiranya sudah baligh dan tidak reda dengan perkahwinan itu boleh meminta fasakh (cerai) di Mahkamah Syariah.

“Dalam Islam memang dibenarkan pernikahan dengan perempuan bawah umur kerana Siti Aisyah sendiri berkahwin dengan Nabi Muhammad ketika berusia sembilan tahun.

“Mengikut konsep Islam juga tidak semestinya pasangan yang berkahwin di bawah umur melakukan persetubuhan, sebaliknya menunggu sehingga kanak-kanak itu mencapai baligh bagi mengelakkan kesakitan kepada alat kelaminnya,” katanya.

Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia, Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir, berkata perkahwinan itu sah sekiranya memenuhi rukun nikah, tetapi kesalahan bapa terbabit ialah tidak mendapat kebenaran bertulis daripada Mahkamah Syariah untuk mengahwinkan anaknya yang di bawah umur 16 tahun.

Katanya, mengikut kaedah Islam tidak timbul soal umur dalam perkahwinan kerana bayi perempuan yang baru dilahirkan sekali pun boleh dikahwinkan.

“walaupun undang-undang negara menetapkan syarat tambahan untuk perkahwinan yang membabitkan perempuan bawah umur tetapi ia dibenarkan syarak kerana tujuannya baik untuk melindungi kanak-kanak dan mengelakkan sebarang masalah timbul. “Bagaimanapun, bapa terbabit boleh dikenakan tindakan kerana melanggar undang-undang negara. Bagaimanapun, kita anggap perkahwinan itu adalah kes terpencil dan bukannya satu fenomena,” katanya. Sumber dari sini

12 comments:

  1. tiada apa nak cakap tentang n3 ini, cuma pada suatu ketika mungkin di zaman 40an, 50an memang biasa kita dengar gadis dikahwin di usia 13 tahun, 15 tahun, 16 tahun, dengan lelaki yang tidak berapa jauh beza usianya, minimum pun dalm 10 tahun beza kot. sekarang adalah sangat janggal, apatah lagi 11 tahun.

    entahlah.....

    ReplyDelete
  2. moral tempang? malu pada org lain?
    kalau dh hukumnya harus kenapa ada tapi² lagi?

    tak yakin dgn hukum & kuasa allah, kn?

    kalau cenggitu salah la rasulullah kawen dgn a'ishah yg berumur 9 tahun ek?

    rasulullah tu lain... ooo bertapi² jgak lagi!

    stiap ssuatu yg diharuskan ada hikmahnya & ada kaedah pnyelesaiannya. ada wktu dan ketikanya sgt dperlukan. ada masa boleh dihindarkan. namapun HARUS!

    rasulullah bkn terus tido dan suruh a'isyah mnguruskan r/tangga smasa awl pkahwinan mereka.

    paling mudah, kalau tak mau anak tu kawin, jgn kawinkan... abis criter. xpyh la kita nk fikir patut ke tak patut.

    agaknya sbb tu ramai yg lebih suka gunakan wasiat dari fara'id sbb farai'd 'xadil', kan?

    xkan tertegak islam slagi ada was2 d kalangan pendokongnya sniri ttg ketinggian islam.

    sekadar pendapat, wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  3. salam uncle

    alamak!! macam takde orang pompuan yang 'bersedia' dah utk dikawini. Budak umur sebegitu juga yang dicarinya..

    Itulah nafsu ..

    ReplyDelete
  4. Salam sahabat

    Saya berpendapat tidak perlu Bapa tersebut di bawa ka Mahkamah kerana melanggar undang-undang Negara. Yang melanggar hukum Allah itu lah yang patut di bawa ke Mahkamah Syari'ah. Zina merata-merata, khalwat merata-merata Minum arak dan judi. Itu yang sepatutnya di bawa ke Mahkamah syari'ah

    ReplyDelete
  5. Mak Su

    Perkara yang jatuh kepada harus. Nak buat boleh dan tak buat pun tidak berdosa.

    Tepuk dada, tanya selera!

    ReplyDelete
  6. Sdr. piewahid

    Komentar yang baik. Saya berani katakan moral tempang adalah kerana ianya jatuh kepada HARUS. Kita bebas untuk memilih buat atau tidak.

    Dibuat boleh, tak dibuat pun tidak berdosa. Maknanya perkara ini terbuka, hanya tinggal lagi patut atau tidak dilakukan di dalam keadaan sekarang dengan fikiran masyarakat yang bijak dan dunia yang terbuka luas.

    Pada saya bila perkara-perkara yang menimbulkan malu, adalah melibatkan moral. Kalau saya malu atau tidak tergamak untuk dampingi seorang perempuan yang lebih muda dari anak saya. Maka perkara itu tidak patut saya lakukan walau pun ianya di haruskan. Ini bukannya tidak yakin kepada Hukum. Tetapi hukum HARUS itu sendiri yang memberikan pilihan.

    Adakah Rasulallah menikahi A'esyah kerana nafsu? Dan beliau meniduri A'esyah hanyalah bila tiba masanya yang sesuai. Adakah kita boleh lakukan sebagaimana Rasulallah?

    Sama juga dengan Hukum Fara'id dan Wasiat. Kedua-duanya boleh dipakai. Jadi di situ pilihannya ada. Selagi tidak jatuh kepada HARAM dan WAJIB kita di dalam keadaan terbuka. Itulah keadilan Islam.

    Tetapi pada saya, sekiranya mana-mana hukum yang bercanggah dengan Hukum Allah ianya terbatal dan zalim. Bapa budak perempuan itu tidak boleh dihukum.

    ReplyDelete
  7. pB

    Itulah yang saya katakan tempang moral.

    ReplyDelete
  8. W'salam Rashid.

    Entahlah, perkara yang Harus maka halal tetapi sudah tidak ada pilihankah?

    ReplyDelete
  9. W'salam sahabatku Ayid.

    Saya juga sependapat dengan saudara. Kenapa kita nak merobah Hukum demi Undang-Undang dunia.

    "Bukankah menghukum tidak dengan Hukumku adalah zalim?"

    ReplyDelete
  10. asalamualikum ayahnda
    setuju ngan n3 ayahnda yg ini

    ReplyDelete
  11. Wa alaikumussalam anakanda b.r.u.t.a.l.s.o.l.o

    Kita sebagai makhluk hanya menerima apa yang diperturunkan.

    Bolehkah anakanda baca email ayahanda?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa