Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, March 12, 2010

Di Mana Zul Nordin, Di Mana UMNO?

Dua watak utama yang gegak gempita kononnya memperjuangkan Islam. Satu terdiri dari Individu dan yang satu lagi adalah satu organisasi yang mempunyai ahli yang ramai. Jutaan

Di manakah mereka bila ini berlaku. Kenapa tak ada pun demonstrasi sebagaimana mereka mempertahankan nama Allah. Mempertahankan Agama anak yang lemah juga bukan Jihad ke?

Isteri Kafir Dapat Hak Jaga Tiga Anak Muallaf

Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menyerahkan hak penjagaan tiga orang anak dalam kes melibatkan seorang mualaf, kepada ibu mereka yang bukan beragama Islam.

Peguam defe
nden, Mohammad Faizal Che Yusof, bagaimanapun, akan memfailkan permohonan menangguhkan pelaksanaan penghakiman tersebut petang ini

Hakim Wan Afrah Wan Ibrahim membenarkan permohonan M Indira Ghandi (kiri) untuk mendapatkan hak penjagaan anak-anaknya yang didakwa diislamkan oleh suaminya setelah perbicaraan lebih setahun.

Guru tadika itu mendakwa bekas suaminya Muhammad Riduan Abdullah yang dahulunya dikenali sebagai K Pathmanathan mengislamkan anak mereka pada April 2009 apabila dia memeluk Islam.

Dia kemudian mendapatkan perintah daripada Mahkamah Syariah bagi mendapatkan hak penjagaan untuk ketiga-tiga anak itu.

Anak sulung pasangan itu, Ummu Salamah, 13 dan anak kedua mereka, Abu Bakar, 12, kini tinggal bersama Indira di Ipoh.

Anak ketiga mereka pula Ummu Habibah, 2 tinggal, bersama Mohd Ridzuan di Kota Bharu, Kelantan.

Pada 22 Januari lalu, Wan Afrah menangguhkan keputusannya selepas meluangkan masa bersama kanak-kanak itu kira-kira 10 minit dalam kamarnya.

Wan Afrah dilaporkan berkata beliau hanya mahu bercakap sendiri dengan semua anak berkenaan untuk memastikan beliau membuat keputusan yang tepat.

Bagaimanapun Mohd Riduan tidak membawa anak bongsu mereka ke mahkamah seperti yang diarahkan.

Sumber mk

12 comments:

  1. islam for sale bila tiada kepentinagn politik peribadi...

    ReplyDelete
  2. oohhh... alahai....tak tahu nak cakap apa.

    ReplyDelete
  3. Siapa yang akan tanggung dosa dalam kes sebini di mana anak Muhammad Riduan, Ummu Salamh dan Abu Bakar kiranya dibesarkan oleh ibu yang bukan Islam? Adakah hakim Wan Afrah, JAIS, pemerintah, kaum Muslimin?

    Undang-undang adalah gubahan manusia. Oleh itu perlu ada kajian maupun perubahan tertentu supaya keadilan tidak membawa penganiayaan.

    Bagaimana jeritan batin dan kekecamukan kedua2 anak membesar dalam suasana Hindu? Bagaimana perasaan bapa mereka dan anak bongsu?. Mereka sajalah yang akan lebih tahu deritanya.

    Saya percaya Mohammad Riduan telah sedaya upaya cuba mempengaruhi isterinya untuk memeluk Islam. Moga Allah buka hati beliau dan ini akan menyelesaikan trauma keluarga tersebut. Ya Allah berilah pertunjukan.

    ReplyDelete
  4. Zulkifli Nordin mungkin tiada di Malaysia saat ini.. mungkin telah terbang ke Al-Azhar untuk membincang & memperjuang hal umat Islam dengan tokoh-2 besar di Al-Azhar Mesir sambil melantik pengganti Syeikh Tantawi. Tunggulah 'hero isu kalimah Allah' ini datang to the rescue kepada bapa mualaf tu & lain-2 mangsa keadaan. So we think he is...hehe.

    UMNO akan dilaporkan oleh kitab sucinya - Utusan Untuk Umat Melayu, akan segera (dalam tempoh 2, 3 tahun ni?) buat 1 mesyuarat tergempar di PWTC demi men=unjukkan mereka memperjuangkan hak umat Islam.

    Demontrasi jalanan oleh Pemuda akan diterajui oleh sedara KJ. Ia sedang dibincangkan saat ini. KJ & jutaan pemuda masih menunggu penaja=penaja yang bermurah hati menginfaqkan sikit harta yang diragut dr khazanah negara. Tunggguu!

    ReplyDelete
  5. piewahid

    "islam for sale bila tiada kepentingan politik peribadi..."

    Tiadalah kerja dan usaha.

    ReplyDelete
  6. Mak Su

    Kita tidak ada kuasa. Apa yang kita boleh luahkan hanyalah kekesalan dan kekecewaan.

    ReplyDelete
  7. al-Deen-amin

    Hakim tanggung dosa, Kerajaan (Pemimpin yang sedang berkuasa)tanggung dosa dan kita juga akan tanggung dosa (fardhu kifayah) sekiranya tidak dibantah dan tanpa apa-apa usaha untuk kembalikan yang hak.

    ReplyDelete
  8. Hanz_

    Hah... satu harapan dan cadangan yang pintar!

    Siapa lagi kita nak harapkan. Apa kata Tok Peti Haru sana sini?

    ReplyDelete
  9. Salam semua,

    Doakan agar kami diberi kekuatan ya! UMNO ke, PAS ke, sesiapa sahaja pun yang mengaku Islam haruslah pro aktif dalam hal-hal sebegini.

    Ia akan terus timbul dari masa ke masa.

    Salam jihad.

    ReplyDelete
  10. Hanz_ Pemuda Umno dah tak boleh buat demo sekarang sebab dato Mufti mereka Dr.Mashit'ah telah keluarkan fatwa haramkan demonstrasi.keh keh keh

    ReplyDelete
  11. luaskanmata

    Betul. Islam dan untuk kebajikan tidak mengira parti dan bangsa.

    N3 Pak Din ini atas dasar itulah juga.

    ReplyDelete
  12. Assalamu alaikum anakanda ijoks

    Kalau melacur pun difatwakan boleh/harus, takkanlah berdemo haram pula.

    Betul ke ni anakanda?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa