Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, March 3, 2010

Nafi Pula

Tadi jam 6.00 petang semasa di dalam kereta pulang dari ambil isteri dari tempat kerja, saya mendengar yang dari berita radio yang 12 orang YB PKR menafikan keluar parti dan telah melafazkan taat setia kepada parti dan pimpinan pula. Tindakan itu adalah baik dan melegakan semua pihak terutama Pengundi dan Penyokong PKR yang selama ini di dalam keraguan apabila cerita lompat tercetus.

Sebenarnya dari awal lagi cerita lompat ini dicetuskan oleh manusia kecewa dari PKR. Kecewa kerana kehendak nafsu mereka tidak dituruti. Maka mereka akan mencari Induk yang sanggup menurut dan menunaikan kemahuan nafsu dunia mereka. Biarkan... biarkan mereka terjun dengan labu-labunya!

Apa sebenarnya yang berlaku? Adakah PKR sememangnya goyah kerana digoyang sogokan dari pihak lawan kepada MPnya yang lupa akhirat dan Pengundi mereka kerana gilakan dunia? Apakah benar PKR adalah parti cacamarba yang menghimpunkan segala Toyol dan Puaka yang bersedia memamah siPemelihara mereka sekiranya tidak mendapat habuan yang dikehendaki mereka?

Apakah sebenarnya Anwar dan Pimpinan PKR jahil dan terlalu naive untuk mengenali Watak-Watak di sekelilingnya untuk diletakkan di tempat sepenting itu mewakili parti dan rakyat? Dan pimpinan PKR tertipu dengan perlakuan awal watak-watak katak dan biawak yang cuba berlindung dan akhirnya mengambil kesempatan dari situasi melalui sogokan? Adakah itu niat mereka sejak dari awal?

Adakah ini juga kifarah dari teknik dan tektik politik yang tidak menjadi yang dinamakan projek 16 September dulu?

Yang penting sekarang PKR harus meneliti diri/muhasabah diri, perbetulkan mana yang patut. Tampal mana yang bocor, tegakkan mana yang senget. Permusuhan sesama sendiri tidak pernah membawa untung. Apatah lagi segi moralnya di mata rakyat dan Pengundi.

Yang telah menyeberang biarkan mereka pergi. Kalau masih bersama pun mereka adalah liability kepada PKR dengan kerenah mereka. Yang busuk dan buruk biarlah terbuang dan yang baik dan berguna disimpan. Biar sempit asalkan mampat!

Salah seorang yang kecewa adalah Dia

2 comments:

  1. mereka kecewa kerana 16 sept tidak jadi kenyataan...kalau jadi mereka inilah yg dulu melobi nak jadi menteri...

    ReplyDelete
  2. Sdr. Din

    Ini bermakna mereka ini ada opportunist politik. Orang begini walau di mana mereka pun, mereka memang tidak boleh dipercayai.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa