Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, March 15, 2010

Ular Makan Mayat?

Benar atau tidak cerita ini kita tidak tahu. Tapi dari segi akal kita adakah logik? Dan tabiat pemakanan Ular jenis ini adakah betul? Hanya yang tahu boleh jawab.

Penduduk Bujur Barat, Kecamatan Batumarmar, Pamekasan, Madura, Jawa Timur, berjaya menangkap seekor ular tedung (king cobra) hitam berukuran panjang sekitar empat meter, yang diketahui memakan mayat.

Ular berukuran besar dengan diameter 40 cm meter ini berjaya ditangkap penduduk di Pemakaman umum desa setempat, ketika ular tersebut sedang keluar dari lubang sebuah kuburan yang ambruk.

Ular tedung berukuran besar itu diyakini sebagai pemangsa mayat kerana di pemakaman umum Desa Bujur Barat banyak makam yang ambruk dan mayatnya hilang.

Berbeza dengan ular cobra pada umumnya, ular tedung yang berjaya ditangkap penduduk Desa Bujur Barat, Kecamatan Batumarmar, Pamekasan, itu semuanya berwarna hitam.

Sebahagian penduduk memahami secara mitos kehadiran ular pemangsa mayat tersebut. Kerana, sejak ular sepanjang empat meter dengan diameter 40 cm itu menampakkan diri, hujan tidak pernah turun di Desa Bujur Barat.

“Pada mulanya saya ingin menyerahkan ular itu ke Dinas Peternakan supaya dimuziumkan di kebun binatang, namun penduduk melarang dengan alasan bermimpi bahawa selagi ular tersebut tidak dilepas, Desa Bujur Barat tidak akan turun hujan,” terang Rajaie

Sumber dari sini

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa