Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, March 24, 2010

Banyak Yang Tersirat Dari Tersurat

Nampak ada benar apa yang MSO tulis di blognya. Terlalu banyak perkara yang tersirat daripada yang tersurat sepertimana yang di titahkan oleh Pemangku Raja di bawah. Banyak sangat nampaknya itik-titk telur belaan di luar lingkungan pagar istana.

KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Ismail Yahya Petra, masih gering dan tidak boleh menjalankan tugas berhubung hal ehwal negeri mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan, demikian menurut anakanda baginda yang juga Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra.


Tengku Muhammad Faris Petra bertitah, bahawa mengikut klausa (1)(b) Artikel 22A undang-undang itu, Baginda yang dipilih menjadi Pemangku Raja pada 24 Mei tahun lalu, kini menjalankan tugas-tugas pemerintah dan Yang DiPertuan Negeri sehingga Sultan Ismail Petra sembuh.

Dalam satu titah yang disampaikan Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad, pada satu sidang media di Istana Balai Besar di sini, hari ini, baginda menegaskan bahawa sebarang kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak tanpa terlebih dulu mendapat laporan perubatan daripada panel doktor pakar yang telah dilantik adalah tidak tepat, tidak sah dan tidak terpakai. "Kita telah menitahkan panel doktor-doktor pakar yang telah dilantik untuk membuat pemeriksaan kesihatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan dan mengangkat maklum kepada kita dalam tempoh secepat mungkin bagi mengelakkan sebarang kekeliruan," titah Tengku Muhammad Faris Petra.

Baginda juga bahawa bertitah seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29 Jan lalu, isu mengenai kesultanan Kelantan hendaklah diputuskan oleh Majlis Perajaan Negeri dan bukannya oleh mana-mana individu di luar majlis berkenaan.

"Sehingga Majlis Perajaan Negeri bersidang dan membuat keputusan mengenai perkara tersebut, kita selaku Pemangku Raja Kelantan tetap kekal sebagai Pemangku Raja Kelantan dan akan terus menjalankan fungsi-fungsi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan mengikut perlembagaan negeri," titah baginda. - Bernama

2 comments:

  1. itik2 telur?.. haha
    saper tu pak din?

    ReplyDelete
  2. Anonymous

    Hakikatnya yang kita nampak memang banyak, tetapi kalau dedah mungkin akan didakwa fitnah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa