Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, March 8, 2010

Tersasar Lagi!

Siapa yang sendiri mencalitkan tahi di Kopiah?

Kenapa salahkan orang lain pula?

Kenapa ulasan menjadi hampas?

Bukankah Mufti itu bercakap bagi pihak UMNO dalam idea UG di Perak?

ROMPIN, 8 Mac (Bernama) -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan mufti sebagai agen UMNO adalah satu cubaan merendah-rendahkan golongan itu di negara ini.

Beliau berkata kenyataan itu membawa persepsi buruk yang boleh menjejaskan kredibiliti mufti di negara ini yang pelantikannya diperkenan Raja-Raja dan Sultan-Sultan Melayu.

"Kalau mufti bercakap sesuatu yang tidak memihak kepada parti pembangkang, mengapa mereka dituduh sebagai agen UMNO?

"Apakah mufti tidak boleh bercakap soal politik, soal bangsa dan negara, atau perkara yang berkaitan perpaduan dan keutuhan ummah?," katanya kepada selepas berjumpa dengan guru-guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) daerah Rompin, di sini Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz semalam yang dilapor menyifatkan Mufti Perak sebagai agen Umno kerana mempersoalkan keengganan Nik Abdul Abdul Aziz menerima cadangan pembentukan kerajaan perpaduan antara PAS dan Barisan Nasional (BN) Perak bagi mendapatkan sokongan orang Melayu.

Mengulas lanjut, Jamil Khir berkata pelantikan mufti adalah di bawah bidang kuasa Raja-Raja dan Sultan-Sultan Melayu, bukan UMNO.

Bidang tugas mufti juga kata beliau membenarkan mereka berbicara soal berkaitan bangsa dan politik, selain soal agama tanpa mengira fahaman politik.

"Saya lihat kenyataan Mursyidul Am PAS itu sebagai satu persepsi yang tidak betul," kata Jamil Khir.

Dalam kenyataannya Ahad, Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata sebagai mufti Tan Sri Harussani Zakaria seharusnya berpandangan Islam dan politik perlu selari dan bukannya mengeluarkan kenyataan mengikut pendapat UMNO yang didakwanya memisahkan kedua-dua perkara itu.

Mengulas mengenai perkara berlainan, Jamil Khir berkata pihaknya sedang meneliti skim yang lebih baik termasuk menaikkan elaun guru-guru Kafa di negara ini.

"Skim baru itu kita sedang teliti, masih pada peringkat perbincangan dan ianya akan turut meliputi kenaikan elaun guru Kafa yang ketika ini hanya RM500 sebulan, " katanya yang enggan mengulas lanjut.

-- BERNAMA

2 comments:

  1. salam akhi

    tak sapa nak rendah2kan martabat mufti sebenarnya, orang pndang serong pada mufti kalau mufti jadi pencacai kepada kerajaan zalim seperti ni, dipelaku dan diperkuda oleh penunggang zalim.

    nabi pernah bersadbda, di akhir zaman akan muncul ulama2 su'(jahat) yang hanya mencari habuan dunia dgn agama, renung2kan lah di mana status golongan agama di Malaysia.

    ReplyDelete
  2. W'salam Sdr. Mohamadazhan

    Bukan kita yang merendahkan martabat/Jawatan Mufti sebenarnya.

    Tapi keadaan sekarang ialah manusia yang memegang jawatan itu yang mengundang penghinaan dengan suara dan tindak tanduknya sendiri.

    Jadi kenapa mempersalahkan orang lain?

    Kenapa manusia tidak boleh rasional di dalam mengemukakan pendapat. Kenapa dangkal sangat walau pun seorang Menteri?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa