Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, March 1, 2010

Mereka Bermaruah!

Pak Din Tabek Mohd Alwi N The Geng. Mereka tidak mahu menjadi Tok Pakir dan Pencacai murah macam Tok Pa dan Awang Adek.

Ketua Pembangkang dari Umno/BN, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad menyokong usul yang dibentang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan agar Exco negeri memikirkan tindakan sesuai, termasuk tindakan mahkamah bagi memastikan Akta Pembangunan Petroleum 1974 dipatuhi, lapor Harakahdaily.

Turut menyokong usul itu ialah dua lagi ADUN Umno/BN - Mat Yusof Abdul Ghani (BN–Nenggiri) dan Datuk Abdul Aziz Derashid (BN–Kuala Balah). Mohd Alwi adalah ADUN Kok Lanas.

ADUN Umno/BN yang tidak berdiri iaitu Datuk Nozula Mat Diah (BN–Paloh) dan Adhan Kechik (BN–Bukit Bunga), manakala Datuk Noorzahidi Omar (BN–Pengkalan Kubur) tiada dalam dewan ketika itu, lapor Harakahdaily lagi

Usul itu dikemukakan oleh ADUN Air Lanas, Abdullah Yaakub dibahas dan diluluskan sebulat suara.

ADUN Umno/BN Kuala Balah adalah antara yang bangkit dan berkata "sokong" ketika speaker minta ahli dewan memberi sokongan terhadap usul itu.

Speaker Nasaruddin Daud berkata, selepas meneliti cadangan tersebut beliau mendapati ia memenuhi tiga syarat iaitu perkara yang tertentu dan mustahak, kedua, bagi kepentingan orang ramai dan perlu disegerakan.

Usul tersebut dikemukakan selepas selesai sesi soal jawab secara lisan.

Usul berkenaan berdasar kepada peruntukan Peraturan Tetap Dewan Negeri Kelantan Perkara 30 (1) bagi cadangan menangguh persidangan kerana merundingkan perkara-perkara mustahak bagi orang ramai.

Usul terbabit berbunyi, “bahawa Dun memberi mandat kepada MMK bagi pihak kerajaan negeri mengambil apa-apa tindakan mahkamah yang bersesuaian bagi mendapatkan bayaran tunai yang terhak kepada rakyat dan kerajaan Kelantan mengikut perjanjian dan penyerah hakkan kuasa-kuasa petroleum sama ada di daratan atau di lautan negeri Kelantan yang ditandatangani pada 1975.

“Seperti mana kehendak undang-undang tunggal yang berkaitan dengan pengeluaran petroleum iaitu Akta Pembangunan Petroleum 1974, pada bila-bila masa yang difikirkan oleh kerajaan negeri.”

Cadangan tersebut disokong Datuk Omar Mohamad (PAS – Perupuk).

Ekoran sokongan padu itu Speaker menerima dan meluluskan cadangan tersebut dan kemudian dibuka kepada perbahasan.

DUN Kelantan mempunyai 45 kerusi, termasuk enam yang dimenangi oleh Umno/BN.

Sumber asal mk

Tapi ini komen dari to ggawa pula. Isy... memang jenis manusia tak boleh pakai cakap. Mungkin dah kena tekan dari pihak atas tuu... dah kecut telur!

Blogger tok ggawo said...

Salam !

Puak2 bengong tu tarik balik pulok sokongan.

http://www.malaysiakini.com/news/125387.

jenis biawak lidah bercabang, dasar penderhaka.

2 comments:

  1. Salam !

    Puak2 bengong tu tarik balik pulok sokongan.

    http://www.malaysiakini.com/news/125387.

    jenis biawak lidah bercabang, dasar penderhaka.

    ReplyDelete
  2. W'salam tok

    Apa nak buat, dah memang baka biawak. Ingatkan dah boleh salute dah. Rupanya salah sasaran!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa