Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, March 1, 2010

Kah.. Kah... Pak Din Tersalute Kepada Ular Dan Biawak!

Dari malaysiakini.

Kesemua enam ADUN Umno/BN menarik balik sokongan mereka terhadap usul berhubung isu royalti kepada Kelantan selepas usul awal yang dibentangkan di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) itu dipinda kemudiannya.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Mat Yusof Abdul Ghani (Umno/BN–Nenggiri) menjelaskan mereka menyokong usul untuk membawa isu royalti itu ke mahkamah.

Bagaimanapun, mereka menarik balik sokongan tersebut apabila pindaan dibuat terhadap usul tersebut, bagi memaksa Petronas membayar royalti yang dituntut oleh kerajaan negeri secepat mungkin.

Mat Yusof menegaskan demikian ketika diminta mengulas laporan lidah rasmi PAS - Harakahdaily - bahawa usul tersebut diluluskan sebulat suara selepas turut disokong oleh semua ADUN Umno/BN.

lamanweb tersebut menyebut usul tersebut disokong oleh ketua pembangkang Umno/BN, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad (Umno/BN-Kok Lanas) dan Datuk Abdul Aziz Derashid (Umno/BN–Kuala Balah).

Manakala Datuk Nozula Mat Diah (Umno/BN–Paloh) dan Adhan Kechik (Umno/BN–Bukit Bunga) pula dilaporkan oleh Harakahdaily, tidak bangun. Datuk Noorzahidi Omar (Umno/BN–Pengkalan Kubur) pula tiada dalam dewan ketika itu.

Menjawab soalan, Mat Yusof berkata, keputusan untuk menyokong usul awal tersebut telah disepakati oleh keenam-enam ADUN Umno/BN berkenaan.

Perkara itu juga, tambahnya, telahpun dimaklumkan kepada badan perhubungan Umno negeri yang dipengerusikan oleh Datuk Mustapa Mohamed yang juga ahli parlimen Jeli.

Bagaimanapun, katanya, mereka memutuskan untuk tidak mengundi usul pindaan tersebut kerana ianya tidak sepertimana yang mereka persetujui sebelumnya.

8 comments:

  1. Salam, kalau begitu, harakah selalu bawak berita bohonglag ye.... kah..kah..kah...

    ReplyDelete
  2. mulut kata berjuang demi agama, pbuatan menunjukkan demi perut

    ReplyDelete
  3. Salam Pak Din.

    Inilah buktinya dasar lidah biawak tak boleh dipercayai!!!

    Dah azalinya lidah bercabang, mana boleh jadi lidah biasa???

    Pak Din buat2 tak tau pulakkk...

    Kah kah kah...

    ReplyDelete
  4. W'salam YANG GAMBI

    Nampaknya begitulah nak menyedapkan hati sendiri atau ada apa-apa?

    ReplyDelete
  5. piewahid

    Dah dasar munafiq, nak buat macam mana?

    ReplyDelete
  6. W'salam jai

    Pak Din ingat dah diptong dan diasah dengan Mas Dinar!

    ReplyDelete
  7. picit telor skit jah .. trus tukar pegangan wakakaka!

    ReplyDelete
  8. drizzter

    Tukar supaya taklah bangang. Takkan yang salah pun nak sokong dan puji kan?

    Dah terkena salah puji, nak buat macam mana.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa