Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, March 5, 2010

Syafia Humairah, Saja Abadikan Kemarahanku

Disiarkan atas permintaan seorang Sahabat..

Oleh Lebah Kota

Selalunya penulis menulis agar Saiful Bukhari Azlan diberikan peluang untuk menuntut keadilan bagi dirinya yang mendakwa diliwat oleh Ketua Pembangkang negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kali ini, penulis mahu menulis mengenai nasib malang Syafia Humairah Sahari, anak kecil berusia 3 tahun mati dibelasah manusia sial di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, dekat Batang Kali, beberapa hari lalu.

Setakat ini, ramai yang tahu bahawa lahanat yang membunuh anak kecil itu adalah seorang pemandu teksi yang juga teman lelaki ibu kanak-kanak berkenaan.

Dikenali dengan nama Abang Mat di kampungnya dan dikatakan kononnya seorang yang panas baran.

Tahukah bagaimana dia membunuh kanak-kanak itu? Dengan memijak perutnya sambil memakai but bolasepak... .

Sebelum itu dia menyuruh budak itu mengambil bola dan bila budak itu peluk bola berkenaan, dia sepak bola itu sekali dengan anak kecil itu.

Kemudian diangkat anak malang itu dengan sebelah tangan dan dicampak ke atas padang .

Paling menyayat hati...anak itu tidak menangis pun ketika diperlakuan demikian.... mungkin sejak kecil dia didera seperti haiwan hingga akal dan mentalnya sudah rosak walaupun baru berusia 3 tahun.

Sudah dibunuh, ditinggalkan di hospital macam bangkai binatang. Demi Allah...Lebah Kota yang juga seorang bapa menahan air mata semasa menulis bagaimana babi itu membunuh kanak-kanak berkenaan. Doa penulis biarlah dia mati di tali gantung.

Namun, di sini, penulis juga hendak menulis dan menggesa jika ada pegawai polis berpangkat tinggi yang membaca tulisan ini....tolong jangan bersimpati dan melepaskan ibu kanak-kanak malang itu.

Ini kerana, menurut banyak saksi, ibunya juga terbabit mendera anak berkenaan selama ini.

Cuma ketika kejadian di mana pukulan yang membawa maut itu berlaku sahaja kebetulan ibunya tidak hadir.

Tetapi selama ini jalang berkenaan dan teman lelakinya bersama-sama mendera Syafia Humairah.

Kalau kita mahukan keadilan untuk anak kecil itu, kita semua harus bersatu dan menyeru agar wanita sial itu juga dikenakan tindakan.

Ingin tahu serba sedikit latar belakang perempuan sial terbabit? Suaminya bekas polis berpangkat Sarjan yang ditahan di penjara kerana kesalahan membunuh. Dia tidak pernah diceraikan oleh suaminya itu. Jadi secara teknikal, dia masih isteri orang.

Nyata dia curang bersama pemandu teksi itu, dasar perempuan low class... apakah Jabatan Agama Islam Selangor hanya akan membutakan mata dalam hal ini?

Wanita itu sudah memiliki seorang anak luar nikah berusia setahun 6 bulan bersama pemandu teksi berkenaan.

Dan ingin tahu lagi....seorang lagi anak luar nikah sedang membesar dalam perutnya dan akan lahir ke dunia dalam masa beberapa bulan lagi.

Dalam hal anak luar nikah ini, Lebah Kota tidak ada marah atau benci kepada mereka. Walaupun status anak luar nikah...tetapi bukan salah mereka dilahirkan ke dunia ini.

Salahnya adalah ibu sial dan teman lelaki babinya itu.

Lebah Kota tidak nampak sebab mengapa wanita itu tidak ditahan sehingga kini dan didakwa?

Pandai dia berlakon pengsan bila mendapat tahu anaknya itu mati....pastinya pengsan bukan kerana sayang, tetapi kerana takut mengelupur dengan tindakan polis menyiasat kes berkenaan.

Pandai dia berlakon mengalirkan air mata di tanah perkuburan.

Tengok dalam Buletin Utama, memang nyata sekali ibu sial itu berlakon ketika berada di rumah mayat dan tanah perkuburan.

Mengapa dalam hal-hal begini kerap kali ibu kanak-kanak yang didedera akan menjadi yang pertama sekali dilepaskan?

Bukankah mereka ini selalunya tahu anak mereka didera tetapi hanya mendiamkan sahaja. Batang balak mereka lebih berharga daripada nyawa anak sendiri agaknya!

Malang sungguh nasib Syafia Humairah kerana dilahirkan dalam keluarga di mana bapa kandung mereput dalam penjara, ibu bersekedudukan dengan pemandu teksi yang merasa dirinya macho dengan membelasah kanak-kanak yang tidak berdaya melawan balik..

Apa punya keluarga ini? Apa yang mak bapak perempuan sial itu buat apabila tahu cucu mereka sedang didera selama ini?

Mak bapak macam mana yang bagi anak perempuan menyundal sampai ada anak haram dan satu kampung tahu?

Mak bapak jenis ini tak guna dan sepatutnya dah lama bunuh diri dengan terjun bangunan atau minum racun.

Kalau perkara seperti ini berlaku dalam masyarakat India ....laju sahaja kita akan beri label pariah....berlaku dalam masyarakat Melayu Islam nak kata apa pulak....pariah Melayu?

Semua orang ada dosa dalam kematian anak kecil itu.

Baik ibu bapa wanita berkenaan, masyarakat sekeliling, kerajaan dan sebagainya..

Penulis dan anda yang membaca pun berdosa dalam hal ini....jika kita membiarkan ibu kanak-kanak itu yang secara tidak langsung bersubahat dalam kejadian berkenaan terlepas daripada dosanya yang tidak terampun itu.

Kalau anda seorang penulis blog, buatlah jasa dengan menulis entri yang mendesak agar wanita lahanat itu pun diambil setegas-tegas tindakan. Mungkin ia akan berjaya.

Kalau tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.... kalau ibunya tidak menyumbang mungkin kejadian seperti itu dapat dielakkan.

Keadilan untuk sekujur tubuh kecil yang dikebumikan semalam perlu kita perjuang dan ketengahkan juga.


***Beberapa jam selepas penulis habis menulis rencana ini, seorang rakan memberitahu perempuan sial itu kemungkinan besar akan ditahan polis pagi ini (Ahad - 28 Feb).

Al Fatihah buat Syafia Humairah !

4 comments:

  1. jangan salahkan sesiapa jika bala Allah turun kat malaysia ni

    ReplyDelete
  2. Salam Sahabat,
    N3 ni dah berulangkali saya baca.Saya menulis atas stand seorang wanita, ibu, dan isteri.

    Atas stand seorang wanita saya berpendapat, wanita punya fitrah yang Allah kurniakan dengan kasih sayang, perasaan belas kasihan dan beremosi.Soalannya kemana hilang deria emosi ibu Syafia.Tidak terlintas difikirannya DOSA?

    Atas stand seorang ibu pula,perit mengandung selama sembilan bulan,memboyot kehulu kehilir. Bagi saya apabila saya mengandung dengan perut memboyot saya cukup berbangga kerana saya mampu memberi zuriat untuk suami saya. Sedangkan di luar sana ramai wanita tidak mampu mengandung dan melahirkan anak.Keperitan melahirkan anak hanya ALLAH anugerahkan kepada wanita sahaja.Lelaki tidak merasainya.Mengapa ibu Syafia ini tidak menghargai anaknya.Dimana perginya emosi TERIMA KASIH ALLAH?

    Atas stand seorang isteri, bagi saya kesetiaan dan kejujuran adalah kunci.Susah dan senang biarlah kita bersama.Bagi saya biarlah saya demam suami jangan demam.Biarlah saya bangun malam susukan anak suami tidurlah..Mencari syurga ALLAH adalah jagalah harta suamimu ketika kamu di tinggalkan..Insyaallah saya yakin apabila kita jalankan tugas sebagai seorang isteri dengan niat yang ikhlas, keikhlasan kita akan dibayar ALLAH.Kesetiaan isteri yang solehah tidak pernah berbelah bagi.Tetapi dimanakah kesetiaan ibu Syafia ketika suami di penjara dan kamu belum diceraikan dan masih sah menjadi isteri yang halal, kamu boleh buat onar dengan jantan lain? Dimana emosi kesetiaan yang ALLAH anugerahkan?

    Saya lihat disini pepatah melayu power "jangan dok jaga tepi kain orang" dah patut di recycle bin.Kerana pepatah inilah masyarakat jadi tidak perihatin.Sepatutnya masyarakat menegur atuk Syafia, nenek Syafia,mak cik Syafia dan pak cik Syafia..."ANAK KAMU,ADIK KAMU,KAKAK KAMU..sudah buat benda terkutuk"...
    Orang Melayu hanya pandai pegang pepatah "Bila terantuk baru nak tengadah"..padan muka bila dah benjol dahi baru nak ingat kemudian lupa balik bila benjol di dahi dah pulih...

    ReplyDelete
  3. mr edz

    Sudah tentu bala yang kita tempah semdiri

    ReplyDelete
  4. W'salam sahabat anakmuaallaf

    Saya sebagai suami cukup menghargai apa yang telah isteri korbankan, kesetiaan dan kasih sayang. Tentunya saya tidak akan lupa dan itulah kelebihan yang Allah kurniakan kepada makhluk yang bernama Wanita, Ibu dan Isteri.

    Namun apa dah jadi dengan manusia ini sebenarnya. Adakah dia bukan dari jenis yang kita kenal?

    Dan saya sangat setuju dengan ini

    "Saya lihat disini pepatah melayu power "jangan dok jaga tepi kain orang" dah patut di recycle bin.Kerana pepatah inilah masyarakat jadi tidak perihatin.Sepatutnya masyarakat menegur atuk Syafia, nenek Syafia,mak cik Syafia dan pak cik Syafia..."ANAK KAMU,ADIK KAMU,KAKAK KAMU..sudah buat benda terkutuk"...
    Orang Melayu hanya pandai pegang pepatah "Bila terantuk baru nak tengadah"..padan muka bila dah benjol dahi baru nak ingat kemudian lupa balik bila benjol di dahi dah pulih...

    Ini bermakna masyarakat sekeliling juga tidak ambil peduli sehingga melayangnya satu nyawa yang tidak berdosa. Fardhu Kifayah telah terabai, masyarakat tetap berdosa.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa