Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, March 13, 2010

Janganlah Dihina Sebegitu

Pada saya gambar ini tidak wajar di terbitkan di mana-mana blog atau portal berita. Walau pun tidak suka kepada Nasharuddin, tidak perlu menghina begini.

Gambar ini seolah meminta tafsirkan Nasha budak bodoh dan sedang dimarah oleh TGNA. Hakikatnya gambar ini menghina kedua-dua tokoh ini. Kebodohan Nasha dan Keangkuhan TGNA. Adakah TGNA mempunyai sifat begitu?

Sikap saya memang tidak suka menghina sesiapa jua secara keterlaluan. Sebab itu saya tegur juga penghinaan dan kecaman keterlaluan terhadap Zul Nordin.

4 comments:

  1. Salam ayahnda,saya setuju dengan ayahnda dlm hal ini.
    ayahnda juga mesti berminat nak baca artikel ni
    http://beritahairanon9.blogspot.com/2010/03/zulkifli-sulongzulkifli-nordin-yang.html

    ReplyDelete
  2. W'salam anakanda ijoks

    Ayahanda tidak suka manusia menghina sesama Islam secara keterlaluan.

    Ok, ayahanda ke sana nanti.

    ReplyDelete
  3. Hanz walau suka sangat foto tu tapi tak bubuh dlm blog untuk paparan umum...tapi indeed i see the the grand picture, memang patut pun Us.Nasha kena nasihat/tengking/marah dgn TGNA pasal sanggup jadi 'kambing hitam' UG, tapi buatlah privately or masjlis tertutup.

    Nak luku kepala Us. Nasha ke jentik ke tampar muka dia kalau buat pun kena tempat tertutup..tiada liputan (coverage henpon pun tak boleh..hehe)

    In public malu lah Us. Nasha, & harapnya TGNA tak buat lagu tu kat sapa-2 pun.

    ReplyDelete
  4. Hanz

    Benar hanz. Janganlah menjatuhkan maruah Muslim lain di khalayak. Bersembunyi dan hanya Allah dan kita yang tahu, itu cerita lain.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa