Pada masa itu saya di awal remaja. Di tingkatan satu. Rumah Orang Tua saya berdapurkan lantai yang disimen di atas tanah. Bahagian ini memang menjadi tempat kegemaran Tikus Tanah yang sebesar anak betis berpesta dan bersuka ria dengan apa saja makanan di dapur yang boleh digeledah. Jadi kekadang kami termakan sisa mereka tanpa disedari. Tahu-tahu ada najisnya di dalam kuah. Kekadang ada bulunya pada pinggan. Sungguh memualkan.
Ada juga saya cuba taruk racun dengan umpan sisa makanan. Tapi masalahnya bila mati busuk satu rumah sebab mereka yang termakan racun akan lari menyorok di dalam lobang-lobangnya yang banyak di bawah lantai dan di sekitar dinding luar rumah.
Pada suatu hari seorang Orang Tua memberikan saya 'Petua'. 'Petua' ini entah temberang entah betul, saya terus ikut dan buat. Caranya tangkap seekor Tikus yang besar, jahit lubang najisnya dan lepaskan kembali!
Walau pun saya tahu itu menyeksa dan menzalimi binatang, tetapi kerana marah saya lakukan juga. Rupanya 'fatwa' ini menjadi. Selepas beberapa ketika semua tikus ghaib entah ke mana. Hilang semuanya.
Rupa-rupanya tikus besar yang saya jahit lubang najis tu sudah tentu tidak boleh berak. Bila tidak boleh melepas, dia naik gila dan mengacau semua tikus-tikus yang ada. Semua lubang tikus lain diranyau dan dirayau. Bahkan ada yang kena gigit. Kerana dia besar, semua tikus akan lari takutkannya.
Itulah sebabnya semua tikus hilang dalam masa yang singkat. Dan akhirnya tikus pengacau dan perosak tadi mati juga.
Apakah tabiat ini juga sudah dijangkiti Datuk Zahrain? Kawan dan lawan semua dikacau dengan temberang dan bohongnya dalam terang. Kerana dia semua orang naik panas terutama kabilah UMNO yang dikaitkan dengan projek 16 September.
Apa yang saya nampak temberang dan bohongnya sudah menampakkan tembelangnya yang sebenar. Kerana masalah diri sendiri dia tinggalkan parti dan Pengundi. Memalitkan lumpur hanyirnya kepada semua orang.
Adakah dia juga akan sasau sebagaimana tikus dijahit lubang najis itu?
Akhirnya menggelupur di dalam lubang kubur politik yang digalinya sendiri...
Ini saya tambah lagi sekor tikus mabuk yang memalitkan najis kepada orang lain.
Apakah agaknya punca orang PKR Bagan Serai marah sangat dengan YB sampai memperlakukan YB sedemikian rupa?
Mereka marah sebab saya tidak beri duit apabila mereka datang minta. Hendak bukan sedikit, ingat saya bawa gunung emas ke?
Harapkan duit pencen dan elaun Ahli Parlimen sahaja, itu pun tidak cukup dan kena guna duit sendiri juga sampai perbelanjaan dapur keluarga saya pun kurang.
Kalau saya beri mereka duit, sudah lama masalah ini selesai. Tetapi saya jenis keras, kedekut sebab saya tahu macam mana susahnya cari duit. Kalau datang ke rumah saya di Kajang, Selangor , saya boleh tunjuk saya tanam pokok cabai, pokok limau, pokok durian dan saya bela ikan.
Sebelum pergi Parlimen pun, saya siram pokok dulu. Masa di kampung, saya pagi-pagi pergi bendang. Saya tidak senang macam mereka sangkakan, saya susah.
Ramai orang datang minta duit, saya memang beri tetapi tak banyak sebab mana hendak cari duit banyak-banyak, saya cuma bagi setakat mana yang ada.
Konsep saya, siapa datang kemudian, saya buat pancing dan ikat dengan mata kail dan saya suruh pancing ikan dan beritahu umpan apa yang hendak digunakan, sebab itu mereka marah.
Mereka juga ingat saya tidak layak jadi Ahli Parlimen sebab mereka ingat saya ini YB ‘cokia’ (teruk) dan baru hendak kenal politik.
Ada pimpinan PKR negeri mendakwa parti sudah cuba membantu YB dari segi kewangan tetapi YB tidak tahu menguruskan kewangan. Apakah itu benar?
Bukan satu sen, setengah sen pun saya tidak terima. Kalau ada yang kata saya terima bantuan kewangan daripada PKR negeri, itu satu fitnah yang besar sekali.
Selama ini saya guna duit kocek saya sendiri dan ada juga pertolongan dari kawan-kawan seperti dalam khidmat kesihatan. Ada seorang hamba Allah beri sumbangani alat untuk periksa tekanan darah tinggi dan gula dalam darah.
Masalah ini sudah berlarutan begitu lama, pernah YB ajukan masalah ini kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tindakan?
Saya sudah mengadu pada Anwar tetapi dia cakap tidak ada apa-apa masalah dan minta saya bersabar. Saya juga ada minta tolong Mustafa Kamil Ayub tetapi dengar-dengar ada pimpinan parti hendak ambil tempat saya pula.
Ciluk dari sini
Ciluk dari sini
Salam Ayahanda,
ReplyDeleteLogik jugak tu... jom kita test jahit lubang najis si Zahrain tu...
ha..ha..ha....
W'salam Isa
ReplyDeleteAyahanda sebenarnya baru teringatkan cerita itu bila fikirkan gelagat si Zahrain ni.
SAlam Ayahanda,
ReplyDeleteBagaimana agaknya keadaan tikus itu ketika lubang najisnya di jahit?.
Bila cerita lubang najis ini, teringat pula akan si Saiful Bukhari.
Sinonim sungguh si saiful dengan lubang najis, sehinggakan baca entri ini pun teringatkan dia.
salam tuan,
ReplyDeleteZAHRAIN mengambil masa sehingga 2 Tahun untuk megnhamburkan kata nistanya. itupun dia tidak beranai diluar dewan, bimbang tersalah fakta nanti kena pulak saman.
Hari ini kawan dia yng mula2 dulu buat tahi, sdr Ezam katanya dalam akhbar hari ini rasa TERKEJUT atas keberanian Zahrain. Tapi dia jadi pengecut sehingga tidak berani menceritakan kotak2 ajaib yg dia sorokan tu.
kesian.
ReplyDeletesebab dedahkan komplot nak tumbangkan negara, zahrain dikecam sedemikian.
kesian.
Salam ayahnda kisah perbandingan yang menarik.
ReplyDeleteSaya juga jadi teringat pada SiFoolBukhari bila sebut lobang najis.nampaknya dah jd trademark.
Ingat Lobang najis ingat SiFool,hehehe.
Saya juga teringat petua yang saya pernah dengar.Kalau nak halau kera-kera liar yang mengacau kat kawasan rumah atau kebun.tangkap seekor guna perangkap.Spay bulu dia dengan warna merah,kemudian lepaskan semula.
Kawan2 dia akan lari ketakutan manakala kera tadi akan kejar kawan2 dia sebab nak berkawan.
Mungkin benda yang sama akan berlaku kepada katak-katak politik ni.Kebanyakan katak2 ni berpenyakit dan setiap tindak-tanduk mereka sebenarnya merugikan bukan menguntungkan umno.Ezam sendiri di benci oleh Umno sebab bawa hujjah bodoh.Banyak blogger2 umno yang tak suka dengan Ezam dan katak2 lain.
Panglima Perang Cyber said...
ReplyDeletekesian.
sebab dedahkan komplot nak tumbangkan negara, zahrain dikecam sedemikian.
kesian.
March 20, 2010 9:59 PM
====================================
Kesian.
Satu negara kena tipu kononnya 52 orang MP BN pergi ke Taiwan untuk belajar pertanian.
Tapi hakikatnya sampai ke hari ini apakah pembaharuan dalam bidang pertanian yang dibawa oleh 52 orang MP BN yang pergi ke Taiwan untuk belajar pertanian itu???
Kesian.
Kah kah kah...
ijoks 2009
ReplyDeletejgn lupa kwn ezam, zaid md arip..geng sumpah keramat le ni. Mulut jahat..kalu berceramah asik mencarut jer dia ni..sanggup kata dato nik aziz ****mak. apa standard panglima tempang ameno ni..artis wardina dan dato siti nurhaliza pon dh penah dtg melawat mb kelantan sbb ada rasa respect kt mb kelantan nih tp zaid md arip ??...hmm memalukan aruah tun gaffar baba je kalau dia hidup. Aku tgk bab2 mencarut dan berbau lucah makin berleluasa dlm ceramah ameno sjak ada kes liwat
Pembetulan,Bukan nak tumbangkan Negara ,nak tumbangkan BN,kerana sayangkan Negara.
ReplyDeleteKesian blogger Umno tak boleh bezakan antara Negara negan Parti,sebab itulah mereka merasakan Wang negara adalah wang parti,kalau bagi bantuan pun pilih kroni.
Pada mereka UMNO=Malaysia,Malaysia=UMNO.
Sebab tu Gerakan pun dah meluat dengan UMNO.Tunggu...
zahrain keluar PKR kerna tak percaya ANWAR boleh rampas Malaysia cara lompat.. kahakah
ReplyDeletetapi Zahrain masuk Umno sebab dia dah tengok Najib berjaya rampas Perak dengan cara lompat... lagila kahkahkah
tapi sebenarnya zahrain masih samar2 kenapa dia masjuk Umno?
W'salam author faethal
ReplyDeleteAyahanda hilang kesian kerana geram.
Saiful Bukhari hanya saja mencari penyakit!
W'salam Sdr.kulat
ReplyDeleteAkhirnya terburai juga. Tapi tidak menyakinkan.
Penglima
ReplyDeleteSaya kesian dari sudut lain. Kesian kerana cara bebelannya menelanjangkan orang. Tak kira kawan atau lawan. Sape nak mengaku?
Menelanjangkan lawan adalah biasa tetapi menelanjangkan kawan, bagaimana? Bukankah ada kaedah dan cara lain?
Akhirnya orang akan kata dia tak boleh dipakai, merapu..
W'salam anakanda ijoks
ReplyDeleteAyahanda pun ada dengan berkenaan kera tu. Cara itu lebih baik kerana tidak zalim. Ayahanda pun menyesal dan taubat.
Ayahanda pun tidak faham galagat mereka ni. Dah menyeberang bawa pula beban ke rumah baru. Tak boleh ke pakai akal sikit?
jai
ReplyDeleteItukan politik. Sepak terajang politik memang begitu. Kalau tak tipu tak sah!
guadahlupe
ReplyDeleteSiZaid ini pun satu lagi. Mulut langsung tak jaga. Kalau ye pun jagalah maruah saudara-saudara di rumah baru tu!
Anakanda ijoks
ReplyDeleteJangan risai orang akan faham apa maksud sebenar.
baginda
ReplyDeleteNampaknya dia yakin dengan Najib tetapi dia sendiri hilang kayakinan diri.
Maruah terhempas, mulut melalut!