Kerana rakus dan takutlah yang menjadikan Royalti kepada Wang Ihsan. Disebabkan kerakusan Kerajaan Pusat menghakmilikkan 2 billion ringit Royalti Minyak yang sepatutnya menjadi milik Kerajaan Negeri Kelantan ditukar dan dinamakan Wang Ihsan menjadi hanya 20 juta ringgit sahaja akan yang disalurkan kepada JPP Kelantan khabarnya pada bulan April ini. Menjadi kenyataan atau tidak, wallahu aklam.
Kerana sifat rakus UMNO Kelantan jugalah UMNO dan JPP Kelantan sanggup menerima sedekah yang bernama Wang Ihsan dari Kerajaan Pusat berjumlah hanya 20 juta walau pun sepatutnya Royalti berjumlah 2 billion. Wang Ihsan ini pula khabarnya akan diberikan kepada warga susah yang dalam kategori 'Miskin' dan bantuan untuk 'Pelajar Miskin'. Bagus tu!.
Kalau duit ini dibelanjakan dengan betul dan ikhlas oleh UMNO dan JPP Kelantan adalah satu perkara yang baik. Juga berita yang baik kepada Warga Miskin Kelantan sekiranya diagihkan secara adil dan tanpa mengira fahaman politik dianuti .
Yang membimbangkan adalah kebocoran dan keborosan. Maklumlah bila duit berada di genggaman dan kuasa berada di pundak maka segala macam kebobrokan boleh saja berlaku. Duit di tangan aku, kuasa ada padaku, aku punya pasallah. Kenapa kau menyibuk?
Satu sebab lagi adalah 'Ketakutan'. Mereka membela hantu yang bernama 'Takut' di dalam minda mereka. Mereka takut sekiranya Wang Royalti di salurkan terus kepada Kerajaan Negeri, duit yang ada sebanyak 2 billioan kerjaaan Kelantan berupaya membangunkan Fizikal dan Rohani untuk Rakyat Kelantan dengan lebih baik dan berkesan.
Berbelanja dengan jujur tanpa kebocoran dan telus. Rakyat akan menilai kejujuran dan keberkesanan tindakan Kerajaan Negeri Kelantan melaksanakan pembangunan di Negeri Ini. Sekiranya rakyat berpuas hati dan kepercayaan rakyat bertambah teguh maka Kerajaan PAS akan kekal dan BN akan kemponan entah berapa lama lagi. 2 billion bukannya jumlah yang kecil untuk sebuah Kerajaan Negeri sekiranya diurus dengan betul dan tidak berlaku kebocoran yang ketara. Inilah sebenarnya yang amat ditakuti oleh UMNO Kelantan. Inilah 'hantu' yang mereka bela.
Sekarang 'hantu' dah jadi 'Puaka'. Kerana Puaka inilah walau pun hak sebenar 2 biliion ringgit tetapi sanggup menjadi pengemis dan menerima sedekah hanya 20 juta ringgit sahaja. Tak ke bengap namanya?
Tidakkah nampak sangat sifat mereka yang penting diri dan parti mereka, mereka sanggup gadaikan maruah dan hak rakyat keseluruhannya?.
Mereka lupa atau buat-buat buta yang rakyat akan menilai mereka. Rakyat Kelantan akan melihat dan memerhati ke mana duit itu akan tumpah. Kalau telus dan memang tumpah kepada kepentingan rakyat, alhamdulillah mereka mungkin akan selamat.
kalau saya uncel.. amik je wang ehsan tu tapi off record tapi tuntut jugak royalti.. sebab itu hak... wang ehsan kalau dia bagi kat erajaan takpe gak.. nih bagi kat Tok Pa..
ReplyDelete