Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, March 13, 2010

Cemarkan Imej Dakwah

“Saya macam dipukau dan hanya menurut perintahnya,” dakwa Hussin Mat Salleh, 54, yang menikahkan anak perempuannya, Siti Nur Zubaidah, 11, untuk dijadikan isteri keempat seorang rakan jemaahnya di sebuah madrasah berhampiran Masjid Besar Machang pada 19 Februari lalu.

Hussin berkata, dia baru mengenali rakan jemaahnya yang berusia 41 tahun itu, tiga hari sebelum berlangsungnya pernikahan berkenaan.

Dia kata ini ikut sunnah Nabi, jadi saya setuju saja tanpa sempat berfikir panjang,” katanya.

Sehari selepas majlis pernikahan itu yang tidak dihadiri Siti Nur Zubaidah, katanya, dia bersama ‘menantunya’ itu pulang ke rumahnya di Kampung Jelawang, Dabong, Kuala Krai untuk membawa anaknya ke rumah isteri kedua lelaki itu.

Hussin berkata, pada mulanya Siti Nur Zubaidah enggan menurut perintah dan menangis tidak mahu mengikut ’suaminya’.

“Bagaimanapun, selepas dipujuk dan berjanji akan pulang pada hari yang sama, dia menurut perintah dan keluar dari rumah pada 20 Februari lalu.

Hussin berkata, pada mulanya Siti Nur Zubaidah enggan menurut perintah dan menangis tidak mahu mengikut ’suaminya’.

“Bagaimanapun, selepas dipujuk dan berjanji akan pulang pada hari yang sama, dia menurut perintah dan keluar dari rumah pada 20 Februari lalu.

“Bagaimanapun, sehingga kini dia belum pulang selepas dibawa ‘suaminya’ dan kami tidak tahu di mana Siti Zubaidah. Saya memohon agar dia dikembalikan kerana Siti Nur Zubaidah terlalu muda dan masih belajar,” katanya.

Hussin berkata dia akan berusaha menjejaki anak kedua daripada enam beradik itu dan cuba mendapat bantuan pelbagai pihak untuk membawanya kembali ke pangkuan keluarga.

“Sekiranya ada sesiapa yang menjumpai atau ternampak Siti Nur Zubaidah bolehlah menghubung saya di talian 013-2272755,” katanya.

Ciluk dari sini

Komen Pak Din:

Kalau apa yang dikatakan oleh bapa budak perempuan ini benar, bermakna dia dipukau. Tapi betulkah perkara ini berlaku (seolah dipukau) atau saja nak tutup kebangangan diri?

Jemaah apakah ini? Apa kata Majlis Agama Islam Kelantan? Apa kata Kadhi Daerah? Adakah pernikahan ini sah sekiranya benar Walinya dipukau?

Kalau di dalam keadaan normal, pernikahan ini tetap sah dari segi Hukum tetapi dari segi Undang-Undang Dunia hanya Kadhi dan Mufti yang boleh jawab.

Pihak yang bertanggung jawab perlu lakukan sesuatu.

8 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Apa khabar Pak Din,

    Berkaitan isu yang Pak Din petik dan disiarkan ini, saya berpendapat, semua ini berlaku oleh kerana ketaksupan membabi buta orang kita bila berdepan dengan perkara berkaitan agama.

    Jemaah tabligh ini sudah lama saya perhatikan, membawa satu ajaran, mengikut sunnah secara total.

    Bagi mereka semua perbuatan nabi mesti diikut, maka tidak hairanlah jika mereka mahu mempraktikan satu lagi sunnah nabi, iaitu kahwin dengan kanak-kanak.

    Yang peliknya saya hairan juga, kenapa mereka naik kereta, kenapa mereka tidak naik unta atau kuda...

    Inilah jenis, cerdik tak boleh di ikut, bodoh tak boleh diajar....
    payah.

    ReplyDelete
  2. Salam ayahnda,
    kesian budak tu,Betul ke sah dari segi hukum kalau bapaknya tak di pukau?

    ReplyDelete
  3. saya bukanlah pakar agama... tapi dari apa yg saya belajar.. perkara nikah dan cerai ni kalau cukup syarat sah walaupun tanpa niat... erm.. kalau nak kritik boleh x kita kritik pada individu bukan pada seluruh jemaah? satu kumpulan x boleh dipersalahkan kerana individu dalam kumpulan itu melakukan kesilapan..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Ayahanda...

    Bak kata ababina328, depa ni kutip mana yang seronok jer. Lepas tu laungkan "ikut sunnah Nabi".

    ReplyDelete
  5. Wa alaikumussalam ababina328

    Semasa remaja Pak Din pernah ikut kumpulan ini. Tapi selepas beberapa ketika Pak Din undur sebab tidak sesuai dengan cara hidup yang diajar Rasulallah. Amalanya memang dituntut iaitu Dakwah tetapi mereka gagal memahami intipati Sunnah Rasulallah. Kalau nak menimba Ilmu, bukan dalam kumpulan ini. Belajarlah dari yang Mursyid.

    Bab sunnah ni, Pak Din pernah dengar bila seorang kawan Pak Din menanyakan Guru tentang Jubah. Dia terasa nak pakai jubah. Guru jawab "kau beli unta dan naiklah unta!"

    ReplyDelete
  6. Wa alaikumusslam anakanda ijoks

    Jawabnya yang ayahanda tahu samalah dengan komen rakyat_jelata di atas.

    Bagi ayahanda, Bapanya yang bahlul!

    ReplyDelete
  7. Wa alaikumussalam anakanda best11of4

    Dari pengalaman ayahanda bersama mereka dulu, semua perbuatan Rasulallah adalah sunnah dan mesti buat. Mereka sebenarnya tidak memahami inti sunnah.

    Mereka terikut-ikut dan taksub cara India Muslim di India. Mereka sangat memuja dan menyanjungi Tokoh Tabligh di India. Namanya ayahanda sudah lupa.

    Dan dalam kes ini nampaknya mereka salah gunakan sunnah untuk memenuhi kehendak nafsu.

    ReplyDelete
  8. rakyat_jelata

    Benar, apa yang saudara katakan itu betul.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa