Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, September 7, 2012

Bukan Perkara Besar?

Saya pun setuju kes ini tidaklah sehingga ke tahap dipecat tetapi apakah tidak ada apa-apa tindakan dari PAS yang seolah diperlecehkan pendiriannya oleh Nasha?

Tindak tanduk beliau dan Hasan Jati ada miripnya, dan boleh ditafsirkan sebagai agen UMNO di dalam PAS!

Kenapa kenyataan Harun ini dibuat pada Utusan? 
Utusan amat menghargainya kerana  Utusan adalah mewakli UMNO dan kenyataan ini ada nilainya pada UMNO serta penyokong mereka.....

Isu Nasharudin bukan perkara besar



Haron Din


KUALA LUMPUR 6 Sept. - Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din berkata, beliau tidak pernah membayangkan bahawa Nasharudin Mat Isa akan dipecat daripada Pas ekoran gesaan bekas Timbalan Presiden tersebut supaya parti itu mempertimbangkan semula hubungan dengan pakatan pembangkang sebelum ini.

Sambil mengulangi pendiriannya sebelum ini yang mempertahankan tindakan Nasharudin itu, Haron berkata, apa yang disarankan oleh Ahli Parlimen Bachok itu dianggap sebagai bukan satu perkara besar sehingga boleh menyebabkan berlakunya pemecatan terhadap ahli parti itu.

"Seperti saya katakan dahulu, saya tidak nampak itu sebagai satu perkara besar sehingga boleh berlaku pemecatan semata-mata kerana adanya pandangan peribadi yang mungkin dilihat sebagai bertentangan dengan perjuangan parti.

Lihat apa pula auta yang cuba disogokkan oleh Utusan ke minda pembaca. 
Pada saya hanyalah tujuan melaga-lagakan pimpinan di dalam PAS sendiri dan di masa yang sama melagakan PAS dan PKR
.
Nasharudin dipecat 9 September?

KUALA LUMPUR 5 Sept. - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dipercayai akan dipecat daripada parti itu pada Ahad ini, iaitu sempena mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) pusat dan mesyuarat Majlis Syura Ulama parti tersebut.

Menurut sumber Pas, pemecatan Ahli Parlimen Bachok itu akan dipersetujui pada mesyuarat AJK Pas Pusat yang dikuasai oleh golongan ‘Anwarinas’ yang bersidang pada sebelah pagi 9 September ini.
Katanya, golongan ‘Anwarinas’ itu akan mempengaruhi mesyuarat Majlis Syura Ulama pada sebelah malam tarikh tersebut pula bagi memastikan Nasharudin dipecat.

“Difahamkan (Datuk Seri) Anwar telah memberi arahan kepada puak Anwarinas yang duduk sebagai AJK Pas Pusat untuk memecat Nasharudin pada mesyuarat AJK Pusat yang akan diadakan pada pagi 9 September.

“Anwar dipercayai mahu Nasharuddin dipecat sebelum Majlis Syura bersidang pada waktu malam hari yang sama.

“Kita ingin tahu sama ada Majlis Syura akan terima atau tolak keputusan AJK Pusat jika Nasharuddin dipecat. Kita juga ingin tahu sama ada AJK Pusat Pas sokong atau tolak kegiatan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT)," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jika pemecatan itu terjadi, ia bermakna Nasharudin akan menerima nasib serupa dengan bekas Naib Presidennya, Datuk Dr. Hasan Ali akibat berbeza pendapat dengan pucuk pimpinan parti ekoran tidak bersetuju dengan kerjasama parti tersebut dengan DAP.

Semalam, Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad mendakwa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba mempengaruhi pucuk pimpinan Pas berhubung kedudukan Nasharudin.

Ismail memberitahu, Anwar pada 31 Ogos lalu telah berjumpa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi memastikan usaha menyingkirkan Nasharudin tercapai.

Justeru, sumber tersebut mendesak Anwar agar tidak sesekali campur tangan dalam urusan Pas.
“Anwar sepatutnya memberi tumpuan kepada urusan PKR yang mempunyai pelbagai masalah terutama isu peribadi dan moral Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali," tegasnya.

Nampaknya sosok Anwar ni teramat besar pengaruhnya sehinggakan pimpinan PAS pun terpaksa ikut telunjuknya!

Itulah sebabnya UMNO/BN dan Mahakuthy teramat gerun dan takut kepada bayang Anwar sehinggakan macam nampak hantu!

Boleh juga dirujukkan sama pada N3 ini 

Lidah Ismail Yang Juga Tidak Bertulang

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa