Kerajaan Malaysia memanggil duta Jerman selepas kedutaan itu dilaporkan mendanai NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

"Tindakan kedutaan Jerman itu boleh disalah anggap dan boleh dilihat campur tangan dalam urusan dalam sebuah negara berdaulat," menteri luar negara dilapor berkata dalam kenyataannya pada Selasa oleh AFP.

"Malaysia sungguh kecewa apabila difahamkan kedutaan terlibat dalam aktiviti sebegiNONEtu yang menunjukkannya berat sebelah dalam isu yang memberi kesan kepada situasi dalam negara Malaysia," menteri luar dipetik sebagai berkata.

Kedutaan hari ini enggan memberikan kenyataan segera berhubung perkara itu, lapor agensi berita nasional itu.

Bagaimanapun, Duta Jerman Guenter Gruber dipetik sebagai berkata kepada Bernama pada 5 September bahawa kedutaan hanya membiayai inisiatif-inisiatif projek spesifik.

Suaram, yang akaunnya disiasat pihak berkuasa, mendakwa kerajaan cuna mengganggunya setelah membangkitkan dakwaan rasuah dalam pembeliaun dua kapal selam Scorpen ketika Datuk Seri Najib Razak (atas) menjadi menteri pertahanan.

"Ganguan politik berterusan terhadap Suaram membuktikan kerajaan mahu menutup mulut suara-suara yang kritikal terhadapnya," kata Suaram dalam kenyataannya pada Rabu. - mk