Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, September 12, 2012

Dana Asing: 135 NGO Bantah Siasat Suaram

KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan menjalankan siasatan terhadap Suara Rakyat Malaysia (Suaram) berhubung isu penerimaan dana asing bagi membiayai pertubuhan tersebut mendapat bantahan daripada lebih seratus pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Pengerusi bersama Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga mendakwa tindakan kerajaan menjalankan siastan terebut menimbulkan keraguan terutama kepentingan politik.
"Mengapa selepas Presiden Rangkaian Melayu Malaysia (JMM) mempersoalkan kesahihan Suaram sebagai badan NGO, barulah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menjalankan siasatan mereka?
"Jika dilihat persatuan-persatuan yang mempunyai kaitan dengan kerajaan, mereka juga menerima dana asing.
"Kita ingin beritahu kerajaan bahawa Suaram tidak akan berdiri sendiri, kita akan menyokong mereka," katanya pada Selasa.
Beliau berkata demikian pada sidang media bersama 135 NGO yang menyatakan sokongan terhadap Suaram.
Suaram sebagai sebuah NGO bebas sebelum ini dipersoalkan berikutan menerima peruntukan tahunan secara konsisten dari 'National Endowment for Democracy' (NED) yang berpangkalan di Amerika Syarikat, sejak 2006.
Menurut portal AIDC, seperti dinyatakan dalam laporan tahunan NED, Suaram menerima sejumlah US$385,000 (RM1,218,328.65) bagi tahun 2006, 2007, 2008 dan 2009.
Dalam pada itu Pengarah Suaram, Dr Kua Kia Soong berkata, NGO yang menerima dana asing daripada pelbagai sumber menggunakan peruntukan tersebut untuk menjalankan program tanpa campur tangan mana-mana pihak.
"Jika itu adalah wang George Soros (spekulator mata wang), apa yang dia lakukan (salurkan dana) adalah urusan dia. Tetapi mengapa kerajaan cuba mempertikaikan dana ini kerana semata-mata Soros terlibat dalam spekulasi mata wang pada lewat 90-an," katanya.
"Ia bukan dana asing, ia adalah pembiayaan global. Kerajaan Malaysia juga ada menerima pembiayaan dari negara luar dan memberi dana kepada negara luar untuk program tertentu, adakah ini bermakna mereka berkhidmat untuk kepentingan asing?," katanya.
Suaram juga dianggarkan menerima dana berjumlah RM558,000 daripada sebuah NGO di Amerika Syarikat yang dikaitkan dengan Soros.
Mendedahkan perkara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, berdasarkan dokumen masing-masing bertarikh 17 Oktober 2007, 18 Disember 2008 dan 12 Februari 2010, dana berjumlah keseluruhan AS$188,775.65 diterima Suaram daripada Open Society Institute di New York di mana Soros ialah pengasas dan pengerusi NGO terbabit.

2 comments:

  1. Si Sabri nie pun nak jadi macam Madey juga tak dak kereja dia nak buat kot, Kalau dah takut sangat dekat NGO yang tak pro BN/UMNO terima sumbangan dari luar ,yang kerajaan dok pi taja putera UMNO dok pi bagi duit kat negara luar tu buat apa, walhal rakyat Malaysia sediri belambak lagi yang kelaparan dan papa kedana. Suaram nak bela rakyat sediri dok pi tekan depa buat apa.

    ReplyDelete
  2. biasalah tujuan yahudi untuk porak perandakan keamanan dalam sebuah negara dan menyokong pihak yang mana bakal lebih boleh menguntongkan mereka.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa