Seorang pegawai polis yang bertugas semasa perhimpunan BERSIH 3.0 pada April lalu memberitahu inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini, beliau tidak mengetahui bahawa hak berhimpun dijamin perlembagaan.
"Saya tidak tahu," kata Insp Farid Sairi ketika ditanya berhubung perkara itu oleh peguam Roger Chan yang menjadi peguam pemerhati untuk Majlis Peguam semasa sidang inkuiri yang masuk hari ke-15 hari ini.
Farid merupakan saksi ke-31 yang dipanggil untuk memberi keterangan di hadapan inkuiri yang menyiasat pelanggaran hak asasi semasa dan selepas perhimpunan pada 28 April itu.
Inspektor polis itu serta seorang rakan sekerjanya memberi keterangan di hadapan panel Suhakam hari ini.

masa kita bertugas kita kena ambil tahu apa yang diperuntukan kepada kita dari segi kuasa,kemudahan peribadi dan keluarga barulah kita bertugas rasa selesa.
ReplyDeleteJangan-jangan dia tak kenal kepala otak dengan kepala lutut.
ReplyDeleteKedua-dua anon
ReplyDeleteSaya rasa dia ni bukan tak tahu tetapi menipu yang dia tak tahu untuk lepaskan kepala!