Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, September 7, 2012

Lebih Baiklah Berenti Dari Makan Hasil Memfitnah Dan Melagakan Pembangkang Di TV3 Tuu......

Nurul Syuhada nafi berhenti TV3 kerana isu Bintulu 'daif'
Pengacara jelita TV3 Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin meletakkan jawatan sebagai kakitangan sepenuh masa syarikat penyiaran swasta itu.

Beliau bagaimanapun menjelaskan tindakan itu tiada kena mengena berhubung kenyataannya dalam isu Bintulu 'daif' yang dibantah hebat parti pemerintah dan pembangkang negeri, lapor Gua.com.my.
NONELaman hiburan itu juga melaporkan pengacara Nona itu sebagai berkata, surat peletakan jawatannya dimajukan sebelum insiden tersebut berlaku.

"Semua perkara berlaku sekarang dan tidak ada kena-mengena dengan insiden Bintulu. Tolong jangan kaitkan ia dengan isu panas ini kerana bagi saya ia hanya kebetulan saja. Lagi pun, saya bukan nak insiden ini berlaku pun.

"Keputusan peletakan jawatan ini dibuat pada bulan lepas iaitu sehari selepas saya mengambil keputusan untuk berhijab.

"Saya menghantar notis peletakan jawatan pada bulan lepas iaitu sebelum kes Bintulu itu berlaku," beliau dipetik sebagai berkata kepada portal itu ketika ditemui di majlis rumah terbuka Media Prima Berhad petang semalam.

Lanjut pelajaran dalam bidang psikologi

Nurul Syuhada sebelum ini dikritik kedua-dua pihak parti pemerintah dan pembangkang di Sarawak kerana didakwa menyifatkan Bintiluu - kawasan pengeluaran gas negara - sebagai daif.

Walaupun meminta maaf, beliau bagaimanapun menjelaskan bahawa kenyataannya dalam satu laporan lintas langsung itu perlu difahami dalam konteks sebenar laporan itu dibuat.
azlanMenurutnya, perkataan 'daif' digunakan untuk menggambarkan Bintulu sebagai lokasi sambutan Hari Malaysia yang kini bertukar wajah kerana manfaat pelan transformasi.

Sementara itu, Nurul Syuhada juga semalam menjelaskan, beliau bertindak demikian kerana mahu memberi tumpuan kepada keluarga dan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang psikologi.

"Malah Insya-Allah, saya juga ingin memiliki cahaya mata dan ia juga sedikit sebanyak menyumbang ke arah itu. Pendek kata, saya mahu ruang peribadi dalam kehidupan keluarga saya," katanya.

Nurul Syuhada juga menafikan menerima tawaran pengacaraan daripada stesen televisyen lain. - mk

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa