Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, May 11, 2013

Tengok, Angkuhnya Satu Pun Tak Ada Yang Mengaku Silap Sendiri!

Nak simpati pun naik malas dan hilang perasaan
Semuanya salah orang lain, tak pernah rasa diri sendiri bersalah
Sebenarnya rakyat nampak apa yang  ko tak nampak atau buat-buat tak nampak
Harapkan Melayu tidur jer yang memenangkan BN.......sedarlah diri sikit!

Kali ni la teruk
Baru beberapa hari menang Pilihanraya dah dihenyak rakyat dengan berbagai jenis kenaikan!
Nak naikkan sebelum menang, bimbang terhumban. Jadi tipulah dengan segala bantuan dan sebagai - termakanlah Melayu-Melayu yang otak layu
Aduyai....apa nak jadi nih?

Pengundi Cina silap percaturan sokong Pakatan Rakyat, kata Nazri

Pengundi Cina telah tertipu oleh pakatan rakyat, kata Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

PADANG RENGAS, 11 Mei — Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata pengundi Cina silap percaturan apabila menyokong pakatan rakyat pada pilihan raya umum ke-13 kerana menganggap hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera akan dihapuskan jika pakatan rakyat menubuhkan kerajaan.
“Bagi kaum Cina mereka tertipu ... mereka hanya kejar pelangi sahaja kerana perkara ini tidak akan berlaku, siapa juga jadi kerajaan, hak keistimewaan bumiputera dan Melayu serta Islam sebagai agama rasmi tidak akan dipinda sesiapa termasuk kerajaan pakatan.
“Mereka (kaum Cina) mempunyai tafsiran bahawa 1Malaysia ini ialah sama rata, bila pakatan pembangkang menang mereka fikir hak Melayu boleh dihapuskan,” katanya kepada pemberita selepas majlis kesyukuran kemenangan Barisan Nasional (BN) Parlimen Padang Rengas di Sekolah Kebangsaan Tanah Merah, Lubuk Merbau di sini hari ini.
Beliau tidak percaya anggota parlimen dan anggota dewan undangan negeri (Adun) yang berbangsa Melayu serta beragama Islam daripada PAS dan PKR boleh bertindak sedemikian.
“Kalau berani saya nak cadangkan, sekarang di negeri Selangor mereka ada dua pertiga (kerusi dewan undangan negeri) dan mereka boleh pinda perlembagaan negeri dan dalam perlembagaan itu menyatakan bahawa menteri besar mesti Melayu.
“Saya nak tanya 15 Adun PAS dan PKR yang Melayu adakah mereka berani nak pinda pelembagaan negeri Selangor dan segala peruntukan yang ada kepentingan pada bumiputera, dia sanggup tak nak pinda?” katanya.
Mengenai pengundi Cina menolak Barisan Nasional (BN) beliau berkata mereka menganggap kerajaan tidak ikhlas dalam melaksanakan konsep 1Malaysia kerana masih mengekalkan hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera.
“1Malaysia maknanya sama rata, tetapi kita (kerajaan) masih ada lagi hak bumiputera dan perdana menteri telah menjelaskan bahawa 1Malaysia berpaksikan kepada pelembagaan,” katanya. — MI

6 comments:

  1. Kah kah kah...

    Bila masa PR kata pada orang cina nak hapuskan Keistimewaan Melayu???

    Kah kah kah...

    ReplyDelete
  2. Dia meroyan sebabDAp tak nak join BN

    ReplyDelete
  3. Pengundi Cina bersatu.... tetapi melayu berpecah atas perkara yang remeh... maksud remeh disini adalah yang boleh dirunding secara tertutup dan bukan terbuka.... kerana pepecahan secara terbuka menyebabkan orang bukan melayu mengambil kesempatan.... ingat mereka suka berjudi dan berpengelaman dalam menghulur umpan dan jika umpan sudah dimakan bagaikan LU MAKAN LU MATI... Saya tidak anti Cina dan saya menerima mereka sebagai rakyat Malaysia. Namun saya bimbang dengan program mereka yang nak mengubah perlembagaan kepada Malaysian Malaysia.... kaum Cina amat licik dalam putar belit dan yang amat memeritkan merekalah yang menanamkan rasa benci kepada Melayu.....Malaysian Malaysia tidak berkonsepkan 'kongsi' ianya berkonsepkan 'yang kuat akan menang'....Bagi melayu pula, anak-anak Melayu juga ditanam perasaan benci dan anehnya kebencian itu adalah kepada kaumnya sendiri...

    ReplyDelete
  4. Kah kah kah... saya percaya ini adalah komen seorang bukan Melayu... 'Bila masa PR kata pada orang cina nak hapuskan Keistimewaan Melayu???'
    Dalam PR terdapat parti DAP yang melaungkan dan menginginkan Malaysian Malaysia.... konsep inilah yang akan menghapuskan keistimewaan orang-orang Melayu... Ingat dalam Perlembagaan Singapura juga ada tertulis hak keistimewaan orang Melayu tetapi ia mungkin sudah diluputkan dengan dasar Singapore Singaporeannya.... Tak kisahlah dasar ini anda terima namun ia akan membuatkan ketidak stabilan negara yang berbilang kaum... terserahlah kepada anda jika anda orang Melayu... tetapi saya jangkakan anda bukan orang Melayu jerana anda ketawa... kah kah kah...

    ReplyDelete
  5. semakin bodoh pemimpin umno . ini akibat umno yang ikut telunjuk mantan presiden yang masih mentadbir umno.

    ReplyDelete
  6. Bang brayok mok mu natang nazeri babi.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa