Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, May 12, 2013

Apakah Ini Bayangan Masih Ada Pemimpin PAS Membabikan Diri?

Kasarkah bahasa aku pada tajuk di atas?
Bukan apa
Hanya kerana aku kesal sekiranya benar ada perangai begitu di peringkat atasan dalam PAS
Rakyat bermati-matian berusaha dengan penuh harapan
Maknanya bukan saja UMNO yang menzalimi rakyat tetapi Pemimpin PAS pun sebahagian darinya
Patutkah tidak diseranah kalau ada pemimpin yang begitu?

Kalau orang PAS tak percaya, aku lagilah was-was

Aura Nasharuddin dan Hasan Jati masih tersisa di dalam PAS?

Orang penting PAS sendiri tak percaya Presiden PAS
Oleh Pak Bakaq

Waktu anak saya Muhammad Sadiq (2/1/94 - 4/12/10) kembali ke pangkuan Allah s.w.t. yang sangat dia harapkan keampunan-Nya dulu, kami suka berkumpul sekeluarga untuk merawat lara dan luka di dalam jiwa. 


La ni, bila penipuan pilihan raya mematikan harapan rakyat untuk menamatkan kuasa Umno Barisan Nasional (BN) yang saya mohon Allah mela'natkan parti itu, tentulah berkumpul sesama sendiri seperti di Kelana Jaya dan di Batu Kawan sangat penting untuk menguatkan kembali semangat (Foto di sebelah ihsan Sky Arts Production).

Sebab tu la aku sakit hati sangat bila Azmin Ali tuduh kita ni bodoh sangat sehingga kononnya kita ni diletihkan, diasak, diheret dan dibuli bila kita berkumpul di Kelana Jaya.

Dan sebab itulah juga saya tetap melihat Azmin sebagai Hasan Ali in the making walaupun dia telah meredakan histerianya apabila melihat rakyat semakin ramai dan nyata berada di pihak Tan Sri Khalid Ibrahim.

Tu satu hal. Tapi yang saya nak tulis di sini ialah mengenai pesanan ringkas yang saya terima dari seorang aktivis PAS yang berada di sekitar puncak kuasa PAS. saya petik tanpa edit:

"Hang tulislah bagi peringatan pada pimpinan pas jgn ulangi 2008 lepas pru jumpa pm.jgn bagi org maki pas"

Setakat itu saja pesanan ringkas beliau.

saya tertanya-tanya, mengapa orang berada sekitar puncak kuasa PAS menghantar sms sedemikian rupa? Adakah dia sedang mengetahui sesuatu yang berlaku yang kita tak tahu?

saya hanya boleh bertanya, kerana saya tak ada maklumat. Kalau saya ada maklumat yang saya yakin sahih, dan maklumat itu bukan dari Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, saya pasti tulis. saya malas nak ambil maklumat dari AJK PAS Pusat sebab takut nanti depa kena bersumpah la'nat dalam mesyuarat yang depa tak bagi maklumat kat saya. Naya la depa.

Jika sesiapa yang ada maklumat bahawa Presiden PAS mengulangi buruk kelakunya selepas pilihan raya 2008 lalu dan berkendak politik dalam gelap dengan pemimpin tertinggi Umno, harap kongsikan maklumat itu.

Namun, dari sms yang saya terima itu, apa yang nyata bagi saya  ialah orang-orang penting PAS sendiri tidak percaya kepada Presiden PAS.

(saya juga ada terima sms dari seorang pengundi Kedah yang berkata "you guys fuck up" kepada para pemimpin PAS berhubung kekalahan PAS Kedah dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu. Nanti saya siarkan)

3 comments:

  1. Sudah sampai masanya ahli2 Pas memikirkan barisan bakal2 pengganti Pimpinan Tertinggi Parti Islam SeMalaysia pada Muktamar yang akan diadakan nanti.Kalau boleh puak2 yang masih menunjukkan kecenderungan ingin bergabung dan bekerjasama dengan Umno wajib digugurkan. Ahli2 bawahan tidak mahu Pas menjadi semakin lemah pada Pru14 nanti.

    ReplyDelete
  2. PAS berpecah kerana berjayanya politik Perkauman ULTRA kemelayuAN. kusyen jiran.

    ReplyDelete
  3. Kenapa sempitnya pemikiran rakyat M'sia ketika ini, dah tak radinal lagi akibat pengaruh si TEMBerang saorang ini. Rendah betul mentaliti mereka ini....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa