Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, May 11, 2013

Utusan Belum Habis Meracau: Apa Kata Pihak Polis?

Dahlah tajuk pun lucu dan seolah kepala berkarat
Ulasannya pulak menyakitkan hati satu pihak

Pihak Polis janganlah bertindak hanya dengan pandangan sebelah mata...
Biarlah saksama dan dipandang berintegriti........
Kuasa Melayu akan lemah, jika Umno lemah, kata Utusan
KUALA LUMPUR, 11 Mei — Kuasa politik Melayu akan semakin lemah jika Umno menjadi lemah dan ini boleh menyebabkan ketidakstabilan politik, tulis akhbar parti itu hari ini oleh pengarang menjelang ulangtahun ke-67 Umno esok.
Akhbar berbahasa Melayu itu terus menerus menggelar keputusan Pilihan Raya 2013 sebagai “tsunami Cina”, akan tetapi sudah mula mengakui sebahagian rakyat Malaysia — bukan Cina turut mengundi seteru Umno PKR dan PAS.
“Jika Umno lemah, bererti kuasa Melayu juga akan lemah dan mungkin akan mengundang ketidakstabilan politik negara. Inilah yang dikhuatiri,” tulis penulis minda pengarang, Azman Anuar.
Beliau mengatakan pemimpin parti yang mempunyai 3.5 juta ahli itu perlu membangkitkan isu, mengingatkan Umno sendiri mendapat 89 daripada 133 kerusi Parlimen dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.
“Adakah benar perjuangan Melayu dalam Umno sudah tidak ada apa-apa lagi?
“Ringkasnya, dasar dan tindakan Umno dikatakan tidak memiliki kesungguhan politik yang kuat seperti mana parti kaum lain,” katanya.
Beliau mengakui hanya Perlembagaan Persekutuan dilihat perisai yang menentukan tenggelam timbul Umno dan bangsa Melayu untuk masa akan datang.
Untuk parti bergerak kehadapan, beliau meminta agar sejarah penubuhan Umno pada tahun 1946 dahulu dihayati.
“Wajarlah para pemimpin Umno sekarang menerapkan kembali semangat perpaduan dan bersatu orang Melayu seperti di era 1946. Jangan pinggirkan pendapat dan komen akar umbi Umno. Jelajahlah ke seluruh negara untuk memberikan semula keyakinan ahli Umno terhadap parti,” katanya - sumber

1 comment:

  1. Apakah tajuk yang sesuai hai orang bukit? Adakah tajuknya adalah 'Kejayaan Dap melambangkan kejayaan Melayu dalam bidang politik'... oh ya saya lupa jangan sesekali tulis perkataan MELYU ianya begitu rasis... Tajuk sesuai adalah Kejayaan DAP melambangkan kejayaan Malaysia dalam membenarkan kejatuhan parti kerajaan... Ia sebagai satu kerajaan proksi bagi negara barat untuk membendung kemaraan pengaruh negara China di rantau asean... agaknya tajuk dan intipati begini tidak rasis ye orang bukit....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa