Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, May 12, 2013

Ngeri: Kejam Yang Tak Terbayang - Entah Makhluk Jenis Apa......

[Amaran: Gambar Ngeri] 
Apabila Nafsu mengatasi akal
Tarikh : Sunday, May 12 @ 12:00:00 MYT
Oleh TKOOffline

Berita ini sudah berlaku beberapa minggu lalu, tapi atas rasa kesedaran tentang anak muda sekarang terutama bila muda mudi begitu bebas bergaul, rasanya saya nak paparkan untuk melihat tindakan bodoh, serta tidak berakal akan berlaku bila kesalahan yang dibuat disebabkan nafsu.

Kekejaman jenayah buang bayi ibarat mencapai tahap kemuncak apabila seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui mati dengan kepala berkecai dipercayai akibat dicampak dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Sentul Utara.

Bayi berkenaan dipercayai masih hidup sebelum dicampak. 

Dipercayai bayi itu dibawa seseorang ke tingkat lima pangsapuri berkenaan berdasarkan kesan darah yang ditemui di tangga bangunan itu. Penduduk yang menemui mangsa, Ahmad Azhari, 34, berkata ketika itu dia baru meletakkan keretanya di tempat letak kenderaan di bawah pangsapuri berkenaan. Menurutnya, ketika berjalan menuju rumahnya, dia melihat benda seakan-akan bayi terbaring di tepi tong sampah di atas jalan.

“Saya pada mulanya menyangka benda itu anak patung, namun pelik apabila melihat ada kesan darah. Saya kemudian berjumpa jiran yang berada berdekatan dan menyuruhnya memeriksa objek itu dan terkejut apabila mendapati ia mayat bayi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Jirannya, Mokhtar Ahmad berkata, ketika melihat mayat bayi itu dari dekat, hatinya amat tersentuh kerana terdapat kecederaan teruk pada kepala bayi itu. Tak sangka ada manusia tergamak melakukan perbuatan kejam ini,” katanya yang melaporkan kejadian itu kepada polis!

Banyak kali apabila berlaku keterlanjuran, perempuan menjadi mangsa keadaan. Sebelum ini seorang wanita di penjara 10 tahun kerana membunuh anaknya. 

Tapi banyak kali berita tentang hukuman dan tangkapan tidak juga menginsafi muda mudi sekarang kerana KERAJAAN yang memerintah masih lagi membuka ruang maksiat ini bermaharaja lela.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa