Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, May 11, 2013

Demam Selangor Belum Kebah?

Benarkah isu Menteri Besar Selangor adalah kerana mainan politik PAS dan DAP?
Apa yang aku nampak bukan kerana PAS dan DAP tetapi masalah dalaman PKR sendiri

Stand PAS dan DAP menyokong Khalid adalah betul berdasarkan track record Khalid yang cemerlang sebelum ini mengemudi Kerajaan PR Selangor

Azmin kata dia bukan kemaruk jawatan MB tapi kenapa susah payah mengeruhkan kejernihan PKR dengan polemik dengan sidang media lagi?
Dan betina celupar Zuraidah pulak nak apa sebenarnya?

MB S’gor: Antara polemik dan dilema Pakatan
Oleh Fadzli Ramli May 11, 2013
Dengan PAS dan DAP, masing-masing mendapat 15 kerusi serta PKR mendapat 14 kerusi, tidak ada satu parti pun memperoleh kerusi majoriti.
Polemik tentang siapa akhirnya yang akan mengisi kerusi Menteri Besar Selangor belum reda, malah semakin hangat dibahas oleh pimpinan Pakatan Rakyat terdiri PKR, PAS dan DAP kerana belum ada apa-apa yang muktamad mengenainya.

Keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) menyaksikan PAS dan DAP masing-masing memperoleh 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), PKR 14 kerusi, manakala Barisan Nasional 12 kerusi dan jika dilihat secara individu, tidak ada satu pun parti politik memperolehi kerusi majoriti untuk memerintah.

Dengan ketiadaan majoriti itu, PAS, PKR dan DAP perlu membentuk sebuah kerajaan campuran di Selangor, bagaimanapun dengan polemik yang berterusan tentang siapa Menteri Besar Selangor, yang belum lagi terjawab, mampukah ketiga-tiga parti itu menghadapi cabaran yang lebih besar selepas ini?

Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata polemik Menteri Besar Selangor itu tidak seharusnya berlanjutan sehingga menjadi isu politik, yang seterusnya memberi kesan kepada kesejahteraan negeri itu.

Beliau berkata isu itu telah menjadi permainan politik antara PKR dan PAS, buktinya sokongan terbuka Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada besar Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menjadi batu penghalang kepada Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali untuk menjadi Menteri Besar Selangor.
“Bukan sahaja Abdul Hadi, Lim Kit Siang (Penasihat DAP) turut menyatakan sokongan kepada Abdul Khalid menambah batu penghalang Azmin. Tidak perlulah bermain ini semua, pemimpin mereka perlu duduk semeja, kerana jika perkara ini mereka tidak boleh diselesaikan, bagaimana nak selesaikan perkara lebih besar,” katanya kepada Bernama.
Syarat utama menjadi Menteri Besar Selangor berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 ialah berketurunan Melayu dan beragama Islam, yang membuatkan DAP tidak layak menerajui Selangor kerana tiada calon menepati kriteria itu.
Khamis lepas Abdul Hadi telah menyatakan sokongan PAS agar Abdul Khalid kekal Menteri Besar Selangor, bagaimanapun sebelum itu Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman telah menyatakan kesediaannya bagi menduduki kerusi panas itu.
Permainan politik PKR dan PAS pula berterusan semalam apabila Dewan Pemuda PAS Selangor melalui Timbalan Ketuanya Mohd Sany Hamzan menegaskan tiada sebarang perjanjian mengatakan jawatan itu mesti diperuntukkan kepada PKR jika gabungan parti PAS, PKR dan DAP memerintah negeri itu.
Tidak sedar diri
Mohd Sany berkata kenyataan Azmin, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dan Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei yang menekankan bahawa kerusi itu adalah kerusi tetap PKR ibarat orang tamak haloba yang tidak sedar diri terhadap kemampuan diri sendiri.
Percakaran dalaman PKR mengenai jawatan itu pula bertambah buruk semalam apabila Azmin mempersoalkan surat yang dihantar Presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung calon Menteri Besar.
Azmin, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa berkata surat yang dihantar Dr Wan Azizah semalam itu dibuat tanpa sebarang perbincangan dan persetujuan bersama oleh semua Anggota Dewan Undangan Negeri parti itu.
Abdul Aziz berkata sama ada Azmin, Abdul Khalid atau sesiapa sahaja yang mendapat perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah nanti, Menteri Besar Selangor itu nanti perlu mengatasi pelbagai masalah yang timbul berikutan kegagalan pemerintahan kerajaan campuran PAS, PKR dan DAP pada penggal lepas.
Beliau berkata Abdul Khalid telah gagal menyelesaikan perkara asas untuk rakyat Selangor antaranya isu air dan sampah selain enggan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan berkenaan isu air, justeru Abdul Khalid tak seharusnya dilantik semula sebagai Menteri Besar.
“Katanya ‘Pakatan Rakyat’, tetapi mengapa mereka semua tidak boleh berpakat atas satu perkara pokok iaitu Menteri Besar Selangor. Jangan terlalu bermain politik, kerana jika terlebih politiking, yang sengsara adalah rakyat, bukan mereka,” katanya.
Kuasa Sultan Selangor Namun satu hakikat yang harus disedari ialah bahawa kuasa melantik Menteri Besar adalah pada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Kuasa baginda untuk melantik Menteri Besar Selangor diperuntukkan dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 berdasarkan Artikel 51.
Sejarah mencatatkan, semasa pemerintahan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, baginda cukup tegas dalam menentukan pengganti Tan Sri Muhammad Muhamad Taib yang telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar pada 14 April 1997, di mana baginda mahu calon berkenaan disaring dan disemak bagi memastikan calon itu benar-benar bersih.
Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz menegaskan bahawa calon itu haruslah jujus dan ikhlas, dan baginda akan menolak seorang Menteri Besar yang mengejar kemewahan untuk diri sendiri.
Pada pertemuan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz dengan Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad pada 21 April 1997, baginda bertitah bahawa calon yang sesuai untuk jawatan itu masih belum dipilih dan pada 2 Mei baginda berkenan memilih Tan Sri Abu Hassan Omar sebagai Menteri Besar Selangor.
Profesor dan Penasihat Undang-Undang Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof Datuk A. Halim Sidek berkata pelantikan Menteri Besar Selangor yang bakal dilakukan Sultan Sharafuddin Idris Shah adalah berpandukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 dan mengambil kira dua artikel penting.
“Pertama, baginda berhak untuk melantik seorang anggota Dewan Undangan Negeri yang menurut pertimbangan baginda mendapat keyakinan majoriti dewan. Manakala kedua, orang yang dilantik mestilah berketurunan Melayu dan beragama Islam,” katanya.
Beliau berkata demikian dengan merujuk kepada Artikel 51 (1) berdasarkan Artikel 53 (2)(a); dan Artikel 51 (2) tertakluk kepada Artikel 53 (4) dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.
Turut menarik perhatian ialah Artikel 51 (1A) yang menyebut baginda juga berhak memilih seorang Timbalan Menteri Besar Selangor.
DAP tidak layak
Prof A. Halim berkata jika mengikut perkiraan bilangan kerusi, calon dari PAS, PKR dan DAP sama layak, tetapi dengan kuasa yang ada pada baginda berdasarkan artikel tadi, DAP tidak layak kerana mereka tiada calon Melayu beragama Islam di Selangor.
“Sama ada calon itu daripada PAS atau PKR tidak menjadi persoalan walaupun PKR kurang satu kerusi daripada PAS, kerana mereka boleh muafakat letak satu calon.
“Tetapi akhirnya kuasa memperkenan calon mereka itu terletak di tangan baginda, memperlihatkan baginda mempunyai hak mutlak memilih Menteri Besar Selangor,” katanya.
Ketua Biro Transformasi Muslim, Majlis Perundingan Melayu, Datuk Dr Mohamed Ghazali Md Noor ketika mengulas kepentingan Menteri Besar Selangor berketurunan Melayu dan beragama Islam itu, berkata klausa itu penting bagi memastikan baginda mempunyai penasihat yang arif dalam isu berkenaan Melayu dan Islam.
“Baginda merupakan payung bagi orang Melayu dan tunjang kepada agama Islam, jadi perlulah seorang Menteri Besar yang berketurunan Melayu dan beragama Islam. Jika sebaliknya, bagaimana mahu menasihati baginda?” katanya.
Dr Mohamed Ghazali berkata satu lagi faktor yang perlu diteliti adalah faktor sejarah di mana negara ini sebenarnya telah mula dibina oleh Kesultanan Melayu itu sendiri dan kerajaan mula dibentuk oleh Kesultanan itu subur hingga ke hari ini sebagai Kerajaan Malaysia.
Mohamed Ghazali berkata Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu iaitu wasiat yang dititahkan Raja-Raja Melayu semasa menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957, jelas menyatakan kepentingan faktor orang Melayu dan beragama Islam itu.
“Wasiat itu merupakan amanah diberikan kepada pentadbir dipilih bagi peralihan daripada Raja Mutlak kepada Raja Berperlembagaan antaranya menyebut kepentingan Melayu dan Islam itu sendiri. Raja-raja Melayu mempunyai hak memilih pentadbir yang mampu mendukung kepentingan Melayu dan Islam ini,” katanya.

3 comments:

  1. Akan tiba masanya DAP akan mendesak agar jawatan MB itu diberi kepadanya.... (orang Melayulah) sehingga suatu masa yang sesuai di mana perlembagaan tubuh negri Selangor diubah dengan perkenan Sultan yang membolehkan MB dari rakyat Selangor berketurunan selain Melayu.... its not wrong... but think.... Lihatlah semasa hari pengundian dan jelaskan kenapa 'HANYA ORANG-ORANG YANG RUPA PARASNYA BANGLA DISYAKKI SEBAGAI PENGUNDI HANTU' walhal dalam negara kita ada ramai pendatang Indonesia dan juga dari negara China yang berkemungkinan disyakki boleh mengundi secara haram... think..... kenapa pula ejen-ejen calon membawa lampu suluh semasa memantau pengundian dengan alasan 'black out'? Walhal tiada satu tempat pun yang black out ketika proses pengiraan.... IANYA semacam TELAH DIRANCANG.... think .. kesimpulannya KAUM CINA adalah kaum yang luar biasa (kiasu) yang merancang, mengeksploit orang lain untuk diri kaum mereka... dan hak mereka tidak dikatakan rasis TETAPI jangan sesekali you sebut 'Melayu' ianya terus dijeritkan rasis, malah keretapi tanah melayu juga tidak lagi berani mempergunakan perkataan melayu melainkan KTMB sahaja...think... tetapi jika hendak gunakan perkataan Melayu hendaklah untuk menggambarkan orang yang bodoh, suka rasuah, lemah dan malas serta amat bergantung dengan orang lain...

    ReplyDelete
  2. ko dah macam listen..listen laa plak..tp ko think...think..think...last2 ting tong

    ReplyDelete
  3. ko dah macam listen..listen laa plak..tp ko punya think......think ......think...jangan ting tong dah leeee

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa