Masa diri merasa kuat di labelkan dengan macam-macam label yang jelik
Kafir Harbilah, Cina Komunislah, Cina Perkaumanlah dan macam-macam lagi gelaran yang memedihkan telinga dan menyakitkan hati sehingga PAS pun dituduh sesat kerana berkawan dengan DAP
Tapi bila hampir tersembam, melambai tangan minta pertolongan
Apakah jenis makhluk begini?
Tak ker takut jadi sesat macam PAS?
Apa pula fatwa Tok Guru gila di Pengkalan Kubur tu kata nanti?
Ada Fatwa baru kot?
Nik Aziz: 'Dulu tuduh kafir harbi, sekarang ajak DAP masuk BN'
11 Mei 2013
SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyindir kerana masih ada pemimpin dalam Umno, parti yang pernah melabel DAP sebagai "cauvinis, komunis dan kafir harbi", kini mengajak parti itu menyertai Barisan Nasional (BN).
"Bukankah DAP yang dituduh sebagai cauvinis, komunis dan kafir harbi selama ini?" kata Nik Aziz di laman sosial pagi ini.
Selain itu, kata Nik Aziz, bukankah DAP yang dituduh berusaha menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian dan berusaha menggadaikan kalimah ALLAH?
"Bukankah DAP yang dituduh sedang berusaha menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian dan berusaha menggadaikan kalimah ALLAH? Tiba-tiba hari ini DAP ditawar masuk BN?" kata beliau Menteri Besar Kelantan ini mengulas kenyataan bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang menyarankan agar DAP menyertai BN untuk menguatkan kerajaan BN.
"Saya bagaikan kurang percaya bagaimana seorang bekas pemimpin Umno yang masih setia kepada parti tersebut boleh mengeluarkan cadangan seperti ini?" katanya.
Sehubungan itu Nik Aziz menambah, "saya kira inilah bukti jelas menunjukkan bahawa BN sedar mereka semakin dipinggirkan rakyat."
Politik perkauman dan penindasan yang diamalkan semakin ditolak sehingga menyebabkan mereka terpaksa mencari dahan baru untuk berpaut.
"Dalam tidak sedar, sebenarnya bukan dahan baru yang perlu dicari, bahkan pohon tua bernama BN itu perlu ditebang terus," kata Nik Aziz.
Katanya, daripada DAP masuk BN, lebih baik Umno keluar BN dan menyertai Pakatan Rakyat.
"Sedarlah, ideologi perjuangan Umno hari ini sudah ketinggalan zaman, di Semenanjung Malaysia yang agak maju dari sudut teknologi dan pendedahan maklumat, mereka telah ditolak dan Pakatan Rakyat telah menang!
"Sudah sampai masanya BN dan Umno bermuhasabah, jika tidak akan sampai masanya mereka dibuang terus dari pentas politik negara, pada masa itu tiada yang akan sudi menerima, jatuh di tanah ayam tidak patuk itik tidak sudu," ujar beliau.
Yang menuduh asalnya adalah PAS ketika itu PAS bersendirian... apabila PAS bekerjasama dengan DAP (sebenarnya bagus dan banyak kebaikan) maka BN mentertawakan PAS kerana PAS lah yang mula-mula menuduh UMNO berkawan dengan kafir harbi... Kesimpulannya: SAMA... PAS adalah parti Islam namun orang-orang yang mengendalikannya tidak semestinya bersih keislamannya... contoh terdapat sebilangan ahlinya yang melanggar hukum-hukum agama seperti berzina, berkhalwat, berjudi dan lain-lain lagi dan malangnya yang membuat itu adalah pemimpin.....
ReplyDelete