Tidak sampai sehari selepas seorang kanak-kanak lemas dalam kereta ibunya di Subang Jaya, Selangor, seorang lagi budak hampir menerima nasib sama di Kota Kinabalu, malam kelmarin.

Bagaimanapun, kali ini, kanak-kanak perempuan enam tahun itu berjaya diselamatkan orang ramai selepas melihatnya tidur seorang diri dalam kereta berkunci dan enjin hidup oleh ibunya yang keluar membeli-belah, lapor Berita Harian.

Menurut saksi, dalam kejadian dekat Telipok, Kota Kinabalu itu, orang ramai mengejutkan kanak-kanak itu dengan menggoyangkan kereta sebelum dia terjaga setengah jam kemudian dan membuka pintu.

Wanita dalam lingkungan usia 20-an dilapor memberitahu orang ramai, dia meninggalkan anaknya dalam kereta kerana tidak sihat.

Khamis lalu, Nawal Iris Samsudin, tiga tahun, ditemui lemas dalam kereta yang ditinggalkan ibunya di perkarangan sekolahnya di USJ4, Subang Jaya etika tergesa-gesa menghadiri mesyuarat