Bukankah ini juga akan menarik perhatian?
MP: Wanita pakai skirt pendek punca jenayah seksual
Seorang MP PAS hari ini meminta agar menteri pembangunan wanita Datuk Rohani Abdul Karim memperketatkan etika pemakaian wanita di tempat awam bagi mengelak jenayah seksual berlaku.
Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) mendakwa, pemakaian seluar dan skirt terlalu pendek di tempat awam itu merupakan salah satu punca berlakunya jenayah seks melibatkan wanita.
"Kita minta kementerian beri kerjasama untuk kuatkuasakan etika berpakaian. Lihat punca berlakunya jenayah seksual sebagai contoh, pakaian yang tak sopan di tempat awam.
"Kita lihat fenomena baru yang dibawa oleh kerajaan BN iaitu artis-artis korea yang suka memakai seluar pendek dan budaya ini berleluasa di kalangan gadis.
"Begitu juga pramugari yang memakai skrit yang sangat pendek, terbelah di belakang," katanya.
Beliau berkata demikian semasa bertanya soalan ketika Rohani memberi ucapan pergulungan di Dewan Rakyat hari ini.
Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu tidak mempedulikan soalan Zailah dan meneruskan ucapan penggulungan kementeriannya.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa