Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, March 5, 2015

Bila Badot bercakap, penonton pasti gelak!

THURSDAY, MARCH 05, 2015

ILUSI Seorang Ulama'

Pemangku Naib Ketua Dewan Ulama Pas Pusat Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh mendakwa :

1) Individu yang mencabar jawatan presiden parti pada pemilihan akan datang adalah tidak serius dan tidak ikhlas. 

2) Tujuan individu yang mencabar jawatan presiden itu hanya untuk mengeruhkan keadaan. 

3) Individu terbabit adalah tidak jujur dan ikhlas dalam perjuangan Islam malah tidak boleh bertahan lama hingga terpaksa mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan Perlembagaan parti. 

4) "Setakat ini, saya tidak nampak orang yang hendak bertanding melawan jawatan presiden dan saya sifatkan mereka yang mengeluarkan kenyataan supaya orang (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) berundur ini sebagai ‘tidak senonoh’ dalam perjuangan Islam.”

Menjawab perkara 1,2,3 dan 4

Pertamanya, tiada siapa yang tahu individu mana yang akan mencabar presiden yang akan habis tempoh perlantikannya nanti. Kawasan-kawasan belum lagi selesai mengadakan mesyuarat bagi menentukan calon-calon untuk mana-mana jawatan bagi sessi 2015-2017. 

Tidak difahami apa maksud sebenar Nik Zawawi mengatakan 'mencabar jawatan presiden itu hanya untuk mengeruhkan keadaan.' Apakah jawatan Presiden itu jawatan kekal untuk seumur hidup hingga tidak boleh sesiapa pun mencabarnya?

Macamana pula beliau tahu  seseorang itu tidak jujur dan ikhlas dalam perjuangan Islamnya? Apakah pengukuran KPI yang telah beliau sasarkan terhadap individu tesebut? Sila namakan individu yang beliau maksudkan.

Kalau beliau akui tidak nampak ada sesiapa yang akan bertanding lawan presiden , macamana pula beliau boleh tuduh orang itu tidak serius dan tidak ikhlas dalam perjuangan Islam? Malah dituduh sebagai tidak senonoh? Siapa yang tidak senonoh sebenarnya di sini?

Nik Muhammad Zawawi Salleh mendakwa :

5) Jawatan Presiden perlu diisi oleh ulama sahaja dan ia menjadi polisi parti itu sejak 1983. 

6) “Perkara ini (presiden mesti ulama) telah diputuskan dalam muktamar sebelum ini, zaman Datuk Mustafa Ali sebagai ketua pemuda Pas pusat, dia mencadangkan satu gagasan kepimpinan ulama. 

7) Jawatan nombor dua dalam Pas boleh diisi dan ditandingi oleh sesiapa sahaja dan tidak terhad kepada golongan ulama sahaja.Baca lagi  di sini. 

Menjawab perkara 5, 6 dan 7

Setiap kenyataan biarlah berfakta. Jangan lempar sembarangan ikut sedap mulut. Tambahan pula mengeluarkan kenyataan bagi pihak institusi yang terhormat seperti Dewan Ulama PAS Pusat. Amat dikesalkan bahawa kenyataan Nik Zawawi lebih berasaskan kepada ilusinya  sahaja tanpa sebarang fakta yang kukuh. 

Mengikut Perlembagaan PAS Fasal 16 (1) Hak-hak ahli ialah:

(a) Setiap ahli PAS berhak memilih dan dipilih untuk memegang mana=mana jawatan dalam parti dan boleh dicadang untuk mewakili parti. 

Jelas bahawa tidak ada larangan untuk mana-mana ahli bagi mana-mana jawatan termasuk jawatan presiden.   

Bahawa Presiden mestilah ulama hanya illusi Nik Zawai sahaja. Tidak ada dalam perlembagaan menyatakan yang demikian itu.

Perkara (7) yang beliau katakan itu , bukan sahaja terhad kepada jawatan nombor dua dalam Pas , tetapi termasuklah jawatan nombor satu, iaitu jawatan sebagai Presiden Parti.

Sayugia diperturunkan sebahagian daripada sedutan ucapan Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub, ketika Muktamar Ke-46 tahun 2005.

Sedutan ucapan Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub, ketika Muktamar Ke-46 tahun 2005.
Pemimpin boleh bertukar tapi kepimpinan tidak boleh bertukar apabila ia menjadi konsep yang di institusikan. Konsep kepimpinan Ulama’ telah di institusikan menjadi Majlis Syura Ulama’ seperti terkanun dalam Perlembagaan PAS Fasal 7 (1), (2), (3), (4) dan (5).

Petikan ini sudah memadai  untuk menjelaskan bahawa kepimpinan ulama’ adalah gagasan kepimpinan yang merujuk kepada institusi ulama’ yang menduduki Majlis Syura Ulama’ sebagai Ahl Al-Hal wal-Aqd yang berkuasa menerajui parti, memimpin dan melayarkannya ke arah mencapai tujuan-tujuan PAS yang dilembagakan dalam Fasal 5 (1) dan (2) Perlembagaan PAS.

Oleh itu dalam proses menentukan kepimpinan di semua peringkat parti bermula dari Cawangan hingga ke Pusat, Pemuda PAS berpendapat bahawa “benchmark” atau tanda aras utama kepimpinan ialah kemampuan untuk memimpin jemaah secara berkesan. Jatuh bangunnya kepimpinan dalam parti adalah kerana kelebihan, keupayaan atau kelemahan dan kedaifan yang dinilai oleh perwakilan yang memilih bukan ianya ulama’ atau bukan ulama’. 

Almarhum Datok Fadzil Noor dalam ucapan penggulungan beliau dalam Muktamar PAS tahun 2000, pernah meramalkan bahawa suatu ketika PAS akan dipimpin oleh Presiden bukan dari kalangan ‘ustaz’ sebagaimana pengalaman gerakan Islam yang lain, tetapi walaupun senario itu berlaku, PAS masih dibawah kepimpinan ulama’ kerana Majlis Syura Ulama tetap sentiasa memastikan perjalanan jemaah menepati kehendak-kehendak syariah.  

Sekali lagi saya mempertegaskan pada malam ini bahawa inilah falsafah dan matlamat asal perjuangan Pemuda PAS 25 tahun yang lalu yang menerokai dan memperjuangkan PAS mesti dipimpin dibawah Kepimpinan Ulama’ 

Sayugia saya selaku Timbalan Pengerusi PASMA Perak memanjangkan pelawaan PasMa Pusat untuk bersemuka dengan Majlis Syura Ulama.Harap tidak dihampakan. 

Mohamed Ali bin Hussain 
Timbalan Pegerusi PasMa Perak.

- al-Husseyn

7 comments:

  1. Definisi ulama ialah seseorang yg berilmu. Kalau bodoh tahap hadi awang (nampak bodoh dan sememangnya bodoh tegar) masih belum layak bergelar ulama.

    ReplyDelete
  2. Teringin untuk mendapatkan kepastian, apakah ulama dlm PAS semestinya mereka itu yg mahir kluk klek kluk klek kluk klek?

    ReplyDelete
  3. Wah3, nampaknya UG nak jadikan PAS sebuah parti yang memiliki pemerintahan diktator.

    ReplyDelete
  4. Raja mana yang beri gelaran Datuk kepada badut ini.

    ReplyDelete
  5. Macam mana Bahalol boleh jadi Ulamak dalam PAS ????

    Ulamak PAS macam tahap Ostad ngentot dengan Datin dalam keta di Sri Damansara saja.....

    ReplyDelete
  6. Bukan ngentot tetapi bagi nasihat

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa