Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, March 27, 2015

Harun Din pemarah atau tegas?

Kalau pemarah......amat tidak sesuai sifat ini ada pada seorang yang digelar Ulamak
Rasanya LGE seorang cina yang tidak faham betapa beratnya perkataan itu bagi orang melayu

PKR tetap usaha cari jalan keluar satukan kembali PAS dan DAP
 | March 26, 2015
Jika ada usaha, mesti ada caranya untuk satukan kembali permusuhan antara DAP dan PAS
Datuk-Dr-Haron-Din_600
KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi jaminan akan berusaha mencari jalan keluar untuk menyatukan kembali permusuhan antara parti DAP dan PAS.

Mengulas lanjut mengenai kenyataan daripada Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang menganggap keputusan DAP memutuskan hubungan dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang amat melampau, beliau berkata PR tidak akan berpecah selagi PKR ada cara tersendiri untuk menyatukan.

“Kalau ada usahanya, mesti ada cara. Nak seribu daya tak nak seribu dalih,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen.

Semalam, Haron Din menganggap keputusan DAP memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi memberi isyarat yang hubungan PR bakal berkecai.

Haron dalam laporan Utusan Malaysia hari ini turut mengecam DAP kerana menggunakan istilah “pengkhianat” ke atas presiden PAS dan berkata perkataan itu tidak patut dikeluarkan oleh rakan sekutu dalam PR sendiri.

Apabila diminta mengulas lanjut mengenai cadangan daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) GANTI untuk melantik Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai orang tengah dalam mendamaikan DAP dan PAS, beliau enggan mengulasnya.
“Saya tidak kenal siapa itu (GANTI).

“Siapa yang hendak berusaha menjadi pendamai antara PAS dan DAP, itu terpulang,” ujarnya.

10 comments:

  1. Tak perlu PKR nak bersusah payah cari jalan, kat depan mata dah ada jalan ikut aje.

    ReplyDelete
  2. Salam Moundweller

    Kenapa bila Yong nak komen keluar iklan game?

    It is a put-off to me.

    Sorry....

    ReplyDelete
  3. W'salam Yong

    Tak tahu apa jadi sebenarnya. Saya sendiri pun bila nak balas komen, terus redirect ke page entah apa-apa.

    Terpaksa saya tutup page yang di redirected tu baru boleh buka page yang kita nak.

    Pop-up tu memang banyak. Tak tahulah masalah virus atau masalah googlechrome

    ReplyDelete
  4. aku ni dari dulu2 lagi tak percaya kat geng FORUM PERDANA EHWAL ISLAM ISLAM ni ramai masuk pas,aku tengok depa berebut nak pegang jawatan penting dlm pas,hasan ali awal2 lagi tembelang dah pecah,dah pun kena terajang keluar,ni ada tinggal beberapa org lagi macai forum perdana ,pegang jawatan yg power2 pulak tu,depa ni le pengasas UG dlm pas,ahli pas kena bukak mata,bukak hati,cerahkan otak,pikir2 le jgn jadi dungu,konon2 pro ulaqmak,ulamak2 ni le yg akan melingkupkan pas nanti....dari dulu 2 lagi peranan ulamak2 ni le ygbanyak menyesatkan org islam,pengasas seperti faham muktazilah,qadariah,jabariah,khawarij,qadyiani dan mcm2 fahaman sesat yg yg di ajar hinggakan punya pengikut yg berjuta2 tu ada lah dari kalangan org2 berilmu yg berstatus ulamak....klu org2 jahil dan bebal mcm ramai juga ahli2 pas yg wala tak tentu pasal ni sape nak ikut....pikir2 kan le....DLM QURAN SELALU ALLAH SWT FIRMAN...APAKAH KAMU TAK MAHU BERFIKIR.....di beri akaql wajib gunakan nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn lupa juga kes seorang lg ulama tersohor pas : nakhaei! mat sabu kata dia didik aku dlm usrah, tiba2 cabut masuk umno

      Delete
  5. Haron Din ini Otak Melayu

    Ulamak Otak Melayu mana ada nilai ekonomi

    Cakap cakap saja boleh lah lepaw tu makan gaji

    Cuba buat ekonomi sendiri , jaja jaja agama boleh hidup ke ?

    Cina semua ber fikir dalam alam realiti

    Hidup alam realiti perlu ada nilai ekonomi , dan tiao tiap tindakan mesti ada nilai ekonomi dan bukan bahalol membuta

    Kenapa perlu hidup dengan kepimpinan Otak Gagal

    Hadi adalah Jenama Gagal , macam Najib jugak

    Bahalol saja

    ReplyDelete
  6. biarkan Pas sahaja yang cari pendami.PKR dan DAP jangan buat sibuk.dok diam je dan tenguk je siapa yang layak sebagai pendamai.Sekarang nak cari seperti TGNA jauh sekali walaupun dalam Pas.Ada Mursidul Am Pas ,belum apa2 dan terus mengherdik.cubalah tenangkan hati dan nasihat kedua belah pihak dan tekankan bahawa musuh Pakatan adalah Umno bukanya bolih buat kawan selagi mereka belum insaf.Ini tidak.nak kelamkabut Pakatan pulak.

    ReplyDelete
  7. Perkataan "pengkhianat" sebenarnya dah jadi biasa kepada Adi Awe apabila menuduh sesuka hati 2 Adun di Selangor semasa kemelut perlantikan MB baharu. Datang Harun Din (jutawan pokok jati), macam solah-olah terlalu berat dan terkeluar dari Islam. Untuk pengetahuan pengunjung blog yang beragama Islam, kamu semua berhati-hatilah dengan Musyidul Am PAS yang baru dilantik (siapa yang lantik?) ini kerana beliau benar-benar musang berbulu ayam dan real tali barut UMNO atau dalam istilah Melayu ialah "Munafik Tegar". Jangan percaya kepada air muka dan lebai di kepala sahaja.........

    ReplyDelete
  8. Kenapa bila presiden ditegur mursyidul tidak ambil pusing contoh pabila presiden PAS keluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang yang dianggap dan mengaku ulama sedunia,dan menjatuhkan maruah dan darjat seorang presiden PKR yang tidak deberi kesempatan untuk pertahankan apa yang telah dikatakan oleh presiden PAS ,apakah segala apa yang telah dikatakan itu tidak salah pada hukum yang PAS perjuangkan.Fikirlah dulu sebelum keluarkan komen cubalah tegur secara ilmiah pada rakan yang dalam keliru .

    ReplyDelete
  9. Andai ulamak yang patut jadi pemimpin, Ibnu Abbas & Abu Hurairah r.a lebih layak diangkat menjadi , berbanding Khalifah Abu Bakar r.a. dll.

    Ini kerana, Ibnu Abbas & Abu Hurairah r.a.huma masing-masing jauh lebih 'alim dalam menafsir Al Quran dan periwayatan hadith.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa