Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, March 23, 2015

Kenapa? Musa takut kena hududkah?

Hudud: Tidak sesuai – Musa Hitam
 | March 22, 2015
Nur Jazlan pula kata tiada keperluan Hudud buat masa ini
musa hududPETALING JAYA: Hudud tidak sesuai untuk negara kita, kata Tan Sri Musa Hitam.
Bekas Timbalan Perdana Menteri berkata, sebagai bekas pemimpin UMNO, beliau percaya sejak penubuhan lagi sehingga hari ini, pendirian UMNO jelas bahawa Hudud tidak sesuai untuk sebuah negara berbilang kaum, berbilang agama seperti Malaysia.
“Dari awal lagi, saya secara peribadi berpendapat bahawa Hudud tidak sesuai untuk negara kita,” kata Musa dalam satu kenyataannya, Sabtu.
Sehubungan itu, tambah beliau, UMNO perlu mengambil pendirian tegas mengenai pelaksanaan Hudud di Kelantan.
“Isu tersebut mempunyai implikasi yang sangat panjang untuk negara ini, kedua-dua di dalam dan di peringkat antarabangsa,” katanya yang kini berada di Cordoba, Sepanyol menyertai sesi meja bulat Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF).
Beliau juga berkata bahawa pihak pembangkang tidak seharusnya berpura-pura seperti mereka tidak tahu apa-apa.
Musa menyatakan bahawa rakyat tidak perlu terkejut dengan rang undang-undang Hudud PAS, kerana mereka telah memperjuangkan sejak sekian lama.
“Jika saya salah mengenainya, maka UMNO perlu menyatakan pendirian mereka secepat mungkin. Isu ini adalah penting dan tidak boleh diketepikan, “katanya lagi.
Sementara itu dalam perkembangan serupa, Sinar Harian melaporkan, Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed menjelaskan kenyataannya sebelum ini, bahawa tiada keperluan untuk kerajaan PAS Kelantan melaksanakan undang-undang Hudud di negeri itu pada masa ini.
“Saya tidak menolak Hudud atau menolak hukum ALLAH,” kata beliau sambil menyambung bahawa Kerajaan PAS Kelantan sepatutnya memfokus perkara lain yang lebih penting daripada memberi keutamaan kepada soal pelaksanaan Hudud di negeri berkenaan.
Beliau berkata, PAS nampaknya lebih mendahulukan hukuman itu daripada memberi keutamaan kepada perkara lain. Mereka sepatutnya menumpukan usaha membangunkan Islam dan bukannya menghukum orang Islam.
“Bukan saya menolak Hudud apatah lagi menolak hukum ALLAH, tapi setakat ini saya rasa negara kita sudah maju sejak berpuluh tahun kebelakangan ini dan tiada rakyat yang tercicir tidak kira beragama Islam,” katanya kepada pemberita, Sabtu.
Nur Jazlan berkata, kerajaan Pas Kelantan sepatutnya lebih memberi keutamaan kepada soal membantu rakyat di negeri itu yang terjejas teruk akibat banjir hujung tahun lalu.
Terdahulu, Dun Kelantan meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang hanya terpakai kepada orang Islam apabila ia dilaksanakan kelak di negeri ini.
Dilaporkan kesemua 44 ahli dewan meluluskan sebulat suara rang undang-undang berkenaan termasuk 12 Adun BN.

6 comments:

  1. komen dari sijahil mengenai hukum Allah berselindung disebalik alasan yang memang dah diketahui

    tak tolak tapi tak sesuai dijalankan ,apa ni ayat untuk orang bodo bole la

    makin terserlah wajah wajah yang menyanggah
    masa hidup ni lah manusia perlu ambil perintah dari Quran bila dah mati tak guna lagi
    duk pi baca 100 malam Quran atas kubur pun tak jadi apa dah untuk simati yang masa hidup tidak yakin sepenunya Quran

    ReplyDelete
  2. Biar lah musa hitam bagi pendapat dia

    Hudud sekarang ini hudud PAS bukan hudud mengikut hudud dalam quran pon

    Yusof Qardawi pun bagi tau dah hudud biar hidup dalam islam dulu

    Tangkap bebudak melayu makan rasuah tu dulu.....


    Jangan buat hudud tuk dapat jawatan kedudukan pangkat dan bila BN menang Kelantan dalam PRU14 , hudud ke mana si ulamak PAS ke mana dengan Mercedes Bentley dan Bini Muda

    Hadi dah bukti kan dulu bila jadi MB kan ???

    ReplyDelete
  3. Dari apa yang dinyatakan oleh Musa Hitam, shohih dan benarlah UMNO itu sekular yang diwarisi dari rekayasa penjajah.Apakah ingin memartabatkannya dulu, kini dan selamanya...?
    Dan kenyataan Jazlan pula menampakkan begitu rapuh pegangan Islam dan ilmunya.Hudud itu hanya salah satu daripada hukum Islam yang berkomponenkan Hudud, Kisos dan Takzir.Pecahan dari Hudud itu juga banyak dan pelbagai.Dan yang utama adalah hukum berjalan atas orang Islam dan kenapa orang bukan Islam yang sibuk.Mungkin mereka sibuk nak tahu dan sepatutnya Musa Hitam dan Jazlanlah yang bertanggung jawab memberitahu dan mentarbiahkan mereka.Sebab itu Allah menyeru dalam Quran; Hai orang yang beriman... Hai orang orang yang beriman... Masuklah Islam secara kaffah, secara keseluruhan.Kalau rasa tak beriman tak usah buat dan carilah pelbagai alasan sebagai helah bela diri.Sampai satu saat nanti... dah mati... baru padan muka.Masa itu kedudukan dan harta tak berguna.Tk

    ReplyDelete
  4. tak tolak tapi tak sesuai. bahalul punya statement. pandai dia dari tuhan, tuhan buat undang2 yang tak sesuai. macam tuhan tak reti. tak dak ilmu.nak kata gugur akqidah, kan berat sangat. timbang timbanglah kalau nak bercakap. jangan pakai otak semata2.

    ReplyDelete
  5. Tak habis-habis dok wirid undang-undang tuhan, undang-undang tuhan. Kamu semua pun masih kelabu asap tahi anjing lagi dengan makna "hudud". Orang kata hudud, kamu kata hudud, orang lain kata undang-undang tuhan maka kamu pun kata itu undang-undang tuhan (nak tunjuk kepatuhan kamu walaupun solat lima waktu tak pernah cukup). Perbaiki dahulu keadilan, pentadbiran dan sistem politik di negara ini sebelum kamu semua nak ber-hudud. Jangan jadi hudud yang meruntuhkan seperti di sudan, Pakistan dan Nigeria pernah amalkan. Adakah sistem kehakiman dan penguatkuasa di negara ini lebih baik dari mereka? Sedangkan di Brunei sendiri keluarga di raja tidak termasuk dalam kanun tersebut. Burung kakatua Melayu banyak ingin menulis sekarang ini.

    ReplyDelete
  6. Golongan munafik akan bagi sejuta alasan supaya syariat Allah tak dilaksanakan, nama ja Islam tapi dalam hati benci Islam dan tak dak langsung cita2 nk mendaulatkan Islam.. Baca komen pn dh blh agak mindset mcmana.. Kamu blh brhelah tp Allah tau apa dlm hati kamu, jawabla nnti.. At least PAS dh usaha setakat mana ruang yg ada, tp apa sumbangan kamu, sokong atau atau xsokong, tu ja...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa