Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, March 28, 2015

Semata-mata berdasarkan logik akal

Iman kelabu? 
Bab iman dan niat seseorang memang bukan kita tentukan
Namun begitu kita mampu nilai dengan apa yang keluar dari mulutnya

Hukum dari Allah memang penuh dengan hikmah yang tentunya tersembunyi 
Tetapi hukum dari logik akal hanyalah berkisar terhadap apa yang kita (manusia) yang lemah ini nampak sahaja
Kaki Seks Akan Membanjiri Kelantan Jika Hudud Dilaksana’ – Datuk Noor Farida By canang
 Golongan pedofil dikuatiri akan membanjiri Kelantan sekiranya undang-undang hudud berjaya dilaksanakan di negeri itu, kata jurucakap Kumpulan Tokoh Melayu (G25), Datuk Noor Farida Ariffin.

Bercakap dalam sebuah forum ‘Malaysia, Kebebasan Ekonomi dan Globalisasi’ sempena ulang tahun Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) yang ke-lima hari ini, untuk itu beliau menolak sepenuhnya undang-undang hudud sekiranya ia dilaksanakan di negara ini.

Kata Noor Farida, kaedah undang-undang hudud yang mahu dilaksanakan di negeri Kelantan masih lemah dalam cara perlaksanaannya dan tidak menggunakan teknologi terkini.

Tegasnya, itu mungkin berlaku kerana mereka menolak kaedah pembuktian saintifik dan sebaliknya menggunakan bukti kurun ke-12 sebagai pembuktian untuk kes zina.

“Zina misalnya, saya tidak faham dalam abad ke 21 ini enakmen syariah masih lagi tidak menggunakan teknologi canggih dalam menentukan mereka yang ditangkap kerana berkhalwat.
“Masih mahu mengekalkan kaedah empat orang saksi. 
Mengapa tak adakan ujian DNA dalam menentukan pesalah. Bagaimana nak dapatkan empat orang saksi dalam kesalahan zina?” soalnya.

Katanya hal ini boleh menyebabkan berlakunya kesukaran dalam membuktikan bahawa pesalah-pesalah itu benar-benar bersalah.

“Jika hudud dilaksanakan di Kelantan, golongan pedofil akan membanjiri Kelantan untuk merogol kanak-kanak di sana… dan tiada tindakan akan dikenakan terhadap mereka,” tegasnya lagi.

Sementara itu beliau berkata, dengan kebangkitan banyak kumpulan ekstremis agama dan kaum, adalah juga tidak sesuai jika hukum hudud dilaksanakan.

“Kita perlu sedar apa yang berlaku di dalam negara sekarang. Dengan kebangkitan kumpulan ekstremis agama dan kaum adalah tidak sesuai jika undang-undang hudud dilaksanakan.

“Saya orang Islam dan mempraktikkan Islam tetapi saya tidak mahu hidup di bawah undang-undang hudud. No, thanks,” katanya lagi.

Tambah Noor Farida untuk melaksanakan hukum hudud, beberapa aspek perlu dipertimbangkan.


“Pada 1993, negeri Kelantan telah meluluskan rang undang-undang hudud. Namun Perlembagaan Persekutuan menentangnya.

“Saya tahu, mungkin ada ustaz-ustaz yang akan kata saya tak boleh mempersoalkan hukum Allah. Benar, namun kajian-kajian dari para ilmuan Islam ada dibuat mengenai hudud,” jelasnya.

“Kata para ilmuan, beberapa aspek perlu dipertimbangkan seperti jurang antara kaum dan kesesuaian sebelum ia dilaksanakan. Sekarang pun, jurang Melayu kaya dan miskin pun masih jauh,” kata bekas duta Malaysia ke Belanda itu lagi.

Kerajaan negeri Kelantan kini sedang bercadang membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen bulan depan bagi mendapatkan kelulusan beberapa pindaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 yang akan membolehkan ia melaksanakan hukum hudud dan qisas di negeri itu.

Cadangan pindaan terhadap enakmen tersebut juga akan dibincangkan dalam mesyuarat parti itu pada pagi Ahad ini.

Menurut PAS, sebarang keputusan akan dibuat dalam mesyuarat tersebut sebelum ia dibawa kepada mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) pada sebelah petang hari yang sama. - via ZAKRI ALI

6 comments:

  1. Dinasihatkan Noor Farida berjumpa dgn lge atau lks untuk minta pencerahan mengenai hudud.

    ReplyDelete
  2. Sudah tua, tudung pun tak pakai, duduk dalam keadaan haram, brcakap mengenai hukum islam ???pppuiiiii..

    ReplyDelete
  3. Bikin malu org islam aje... dhlah umur dh mcm baya mak aku.. cakap mcm org takde agama.

    ReplyDelete
  4. nama dia cntik noor.....tpi otak macam otak lembu.

    ReplyDelete
  5. Dia ni lebih pandai dari Allah. Dia lupa Allah yang cipta manusia. Dan Allah tidak ciptakan manusia sekadar mencipta. Allah ciptakan manusia dengan peraturan. Hudud dan Qisas adalah hukum yang Allah aturkan utk manusia. Allah yang mempunyai ilmu, mustahil Allah jahil bila tidak tahu mencipta peraturan nya. Allah memberi tahu dalam Al quran hukuman tersebut sebagai " nakalan minallah ". Melaksanakan hukuman tersebut bukan ciptaan pas atau umno atau pkr atau raja raja atau mana mana kuasa besar.kalau tidak mahu menurutnya cari saja bumi lain yg bukan ciptaan allah.

    ReplyDelete
  6. Mungkin dia ni salah seorang pelopor yg merencanakan untuk meletakkan DNA tertuduh pd bahan bukti, supaya tertuduh boleh sewenang-wenangnya dibuktikan bersalah, walaupun tertuduh sebenarnya tidak melakukan kesalahan seperti mana dituduh. Tidak perlu saksi, cukup dgn penuduh dan bahan bukti yg telah diolah maka tertuduh pun kantoi.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa