Published: 24 March 2015 12:00 PM
Pendirian jelas Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz semalam mengenai hudud menunjukkan beliau berani berkata benar walaupun tidak menguntungkan dari segi politik. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Mac, 2015.
Kenyataan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berhubung isu hudud semalam memberi harapan kepada masyarakat majmuk di Malaysia, kerana masih ada lagi menteri yang berani berkata benar daripada berpolitik semata-mata.
Nazri yang pernah memegang portfolio undang-undang sebelum ini berkata, dalam Perlembagaan sudah termaktub undang-undang berkaitan hukuman jenayah merupakan bidang kuasa Mahkamah Persekutuan dan bukannya Mahkamah Syariah seperti dimahukan PAS.
Dengan tegas, menteri pelancongan itu menyifatkan pihak yang terus memperdebatkan isu undang-undang syariah Islam itu tanpa mengira parti sebagai "bodoh" kerana ia tidak mungkin dapat dilaksanakan dan bercanggah dengan Perlembagaan.
"Jangan bincang sesuatu yang tidak akan berlaku, ini bodoh, sesiapa sahaja yang bincang hudud," kata Nazri yang sudah berkhidmat di bawah pentadbiran tiga perdana menteri - Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Badawi dan kini Datuk Seri Najib Razak.
Orang seperti Nazri yang sudah lama dalam pentadbiran kerajaan tahu isu hudud dimainkan pemimpin PAS dan Umno akhir-akhir ini merupakan isu politik, tetapi menimbulkan kebimbangan bukan sahaja di kalangan bukan Islam tetapi juga sebahagian besar orang Islam kerana akan menghancurkan asas pembentukan Malaysia.
Nazri berkata, rang undang-undang persendirian yang cuba dibawa PAS ke Parlimen juga tidak akan berjaya didebatkan kerana ia hanya akan dibawa apabila selesai aturan urusan kerajaan.
"Benda itu hanya berlaku kalau kita boleh pinda Perlembagaan.
"Usul persendirian hanya dibincangkan setelah selesai urusan kerajaan, selagi tidak habis kita tidak boleh bincang," katanya.
Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, Umno juga menyedari hakikat ini.
"Saya tidak mahu bincang, ia tidak berlaku kerana Perlembagaan.
"Kalau Umno nak buat pun, bukan Umno tak nak buat. Umno tahu memang tidak boleh buat," katanya kepada pemberita di Parlimen semalam.
Jika ramai pemimpin Umno berani berkata benar seperti Nazri, pentadbiran Najib tidak mungkin berdepan dengan krisis keyakinan seperti dihadapi mereka hari ini.
Seharusnya orang seperti Nazri diletakkan ke kementerian lebih kanan seperti kementerian dalam negeri agar "roh" Malaysia dapat dipertahankan.
Sayangnya hari ini, tidak ramai lagi pemimpin Umno seperti Nazri yang berani berkata benar walaupun tidak begitu menguntungkan dari segi politik.
Tindakan Najib yang terus diam membisu tidak akan meredakan kebimbangan rakyat dan menyebabkan mereka tertanya-tanya apakah presiden Umno itu sanggup memusnahkan "roh" Malaysia yang turut diasaskan ayahnya Tun Abdul Razak Hussein?
Seperti dikatakan bekas timbalan perdana menteri, Tun Musa Hitam sebelum ini, Umno mesti mengambil pendirian tegas kerana hudud merupakan isu nasional yang berimplikasi panjang bagi Malaysia baik di peringkat domestik mahupun antarabangsa.
"Sebagai seorang bekas penganjur Umno, saya penuh percaya hati sanubari Umno sejak ditubuh hingga sekarang, berpendirian hudud tidak sesuai bagi Malaysia yang merupakan negara majmuk berbagai keturunan dan agama ini.
"Kalau saya tersalah faham dalam hal ini, Umno harus menentukan pendiriannya secepat mungkin. Isu ini sangat penting dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja," kata Musa yang juga bekas timbalan presiden Umno, dalam satu kenyataan dari Cordoba, Sepanyol hujung minggu lalu.
Sampai bila Najib mahu terus membisu? – 24 Mac, 2015.
Nazri ni sebenarnya spesis yang sama dengan Aisyah cuma cara dan pendekatan yang dizahirkan je berbeza.
ReplyDeleteKalau hati dah tak mahu dengan hudud dan tiada keinginan bermacam-macam alasan yang ditimbulkan untuk menggagalkan kemaraan hukum Allah SWT ni.
Sebagai umat Islam dan juga pemimpin, sepatutnya Nazri tunjukkan lah usaha kearah memartabatkan hukum Allah SWT ini daripada menghalang usaha yang sedang dilakukan.
sekurang2nya pas telah berusaha, berjaya atau tidak bukan hak pas itu hak allah. sapa yg tak yakin dgn hukum allah swt jawablah diakhirat nanti disana mulut dikunci dan anggota lain yg akan berkata2, tak macam di mahkamah dunia bolih belit lebih habat dari ananconda
ReplyDeleteOrang yg mengaku Beragama Islam wajib menegakkan hokum Allah. Soal possible ke tak possible itu perkara kemudian. Soalnya kamu percaya Atau tidak hudud itu wajib.?
ReplyDeleteRASULULLAH PON ADA BERSABDA,AKHIR ZAMAN GOLONGAN2 INI LAH YANG MENAFIKAN AGAMA DAN UNDANG2 ALLAH,ISLAM PADA MEREKA IALAH MENUNAIKAN ZAKAT DAN NAK BERPOLIGAMI SAHAJA.YANG LAIN SIMPAN DI ARKIB.RAKYAT DITINDAS DENGAN CUKAI YG KETERLALUAN,MUFTI MEMBISU MENJAGA GAJI DAN JUBAH2 MEREKA.LAKNAT DARI ALLAH SEMAKIN HAMPIR.....
ReplyDeleteNazri cakap tu betul
ReplyDeleteSudah tahu Hudud itu undang2 Allah tak boleh di persoal , kenapa nak bincang bincang.
Buat saja
Orang PAS memang bodoh kerana tidak yakin Hudud Hukum Allah SWT yang mesti di lsksana. Cakap cakap tapi tak buat.
Itu sebab bodoh bahalol gaya PAS.
Aku semain sedar sekarang ni , ada apa kepentingan peribadi, maka ditayang ulang lagi hudud bagi menaikkan sentimen baik pas maupun umno,wayang blockbuster yang dah basi. jangan dok berdolak dalih main politik. jika barua kerajaang perpaduang dan kroni nak buat hudud buatlah, jangan peduli apa. aku org islam aku mahu hudud, jika x mampu sematkan azam pun jadilah. niat depa ni nak perbodohkan lagi orang -you can some people all the time,some people for sometime but you cannot fool on all the people all the tima. turun hadi turun and the barua barua perpadu$wang.
ReplyDelete