Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, March 29, 2015

Umno berharap dapat sisihkan MIC?

Umno mahukan undi kaum India, tetapi berharap dapat sisihkan MIC
09:30AM Mac 29
oleh Tan Jooi Long

SEKILAS PANDANG: Merangkumi 7.5% populasi di negara ini, kaum India Malaysia sebenarnya membentuk 10% jumlah pengundi.
Mereka terdiri lebih dari 20% pengundi di sekurang-kurangnya tiga kawasan parlimen, sementara di kerusi DUN, mereka merangkumi 35% pengundi.
Kaum Indian Malaysia oleh itu menjadi penentu pengundian. Mereka bagaimanapun bukannya komuniti yang mengundi dengan corak serupa.
Pada PRU13 dua tahun lalu, 14 wakil rakyat India menang kerusi parlimen, sementara 24 lagi terpilih wakil rakyat di 11 kerusi DUN di Semenanjung.
Komponen BN yang lemah MIC menyumbang hanya 9 daripada 38 wakil rakyat daripada kaum India Malaysia.
Daripada 9, 4 menang kerusi parlimen sementara 5 menang kerusi DUN di tiga negeri.
Bagi pihak oposisi, 10 wakil India menang di parlimen dengan 6 daripada DAP dan 4 PKR.
19 wakil India Malaysia daripada Pakatan Rakyat menang kerusi DUN di 6 negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan. 
Semua kawasan DUN dengan jumlah pengundi India yang ramai seperti Buntong (48%) di Perak, Perai (36%) di Penang dan Seri Andalas (35%) di Rakyat.
Ironi ini disedari parti komponen BN iaitu MIC yang hanya dapat menyumbang 4 kemenangan di parlimen sementara DAP, rakan Cina Pakatan, menghantar 6 wakil India ke parlimen. PKR pula menyumbang  ahli parlimen.
Bagi kerusi DUN MIC hanya menang 4 kerusi daripada 18 yang ditandingi. Ia memiliki ADUN di tiga negeri - Johor (3), Melaka (1) dan Negeri Sembilan (1).
DAP dan PKR menyumbang 19 ADUN kaum India
Hasilnya Pakatan diwakili di 6 negeri - Penang (5), Negeri Sembilan (5), Perak (4), Selangor (3), Pahang (1) dan Kedah (1).
Dengan 3  tahun sebelum PRU14, MIC terlibat di dalam kemelut dan mungkin akan diharamkan. Ia tak upaya mengekang asakan DAP dan PKR.
BN kecewa dengan MIC secara umumnya dan presiden MIC Datuk Seri G Palanivel khusunya.
Apabila timbalannya Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata MIC perlukan perubahan kepimpinan, maksudnya beliau perlu menerajui.
Hakikatnya MIC perlu perubahan pukal kerana sekian lama terperosok dengan terlalu ramai jeneral tanpa cukup soldadu.
Malah perdana menteri dan pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak membuat kenyataan terlalu banyak parti politik mewakili kaum India di Malaysia.
Peluang MIC memenangi hati pengundi pula tipis dengan Palanivel didakwa terlibat dalam video menyelar kaum India, sambil mendedahkan hubungannya dengan pemimpin PKR.
Beliau menafikan dakwaan itu sebagai tipu helah semata-mata.
Ke mana agaknya tujuan MIC?

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa