Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, March 28, 2015

Kesihan: Dibebaskan setelah dua tahun diculik....

Dua wanita Czech diculik tahun 2013 dibebaskan
PUBLISHED: Mar 28, 2015 05:58pm

PRAGUE, 28 Mac:

Dua wanita muda Czech yang diculik di Pakistan pada tahun 2013 telah dibebaskan dan kini berada di Republik Czech, menurut Perdana Menteri Czech, Bohuslav Sobotka, lapor AFP.
“Saya boleh mengesahkan bahawa Hana Humpalova dan Antonie Chrastecka telah kembali ke Republik Czech,” Sobotka beritahu saluran berita CT24.
Penculikan pelancong Czech di Balochistan berlaku pada 14 Mac 2013 apabila dua pelancong wanita Czech, Antonie Chrastecka (25) dan Hana Humpalova (24), telah diculik berhampiran Nok Kundi semasa dalam bas.
Penculik melalui video menuntut pembebasan Aafia Siddiqui, seorang rakyat Pakistan yang dipenjara di Amerika Syarikat.
Sila lihat pautan berikut:

sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa